Friday, July 3, 2015

Ramadhan 16: pertanyaan tentang Kuih Abuk-Abuk ~ nostalgia kuih lama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
03-07-2015


Pada entri yang lalu berkaitan iftar dan kuih berbuka, ada beberapa pertanyaan tentang kuih tradisi yang saya selalu dok buat bila tiba Ramadhan. Kuih Abuk-Abuk:



Saya dah pernah tulis tentang cara buat kuih ini secara ringkas dulu.



Bolehlah semak entrinya di SINI...


Menyebut tentang kuih tradisi, biasanya juga dikaitkan dengan musim yang lebih besar seperti Hari Raya. Bila tiba Syawal pelbagai jenis kuih tradisi yang sedia kita maklumi akan mula rancak dilihat di mana-mana. Buat sendiri atau juga merata tempat orang berjualan.

Bagi yang setia dengan cara lama, agak sukar hendak menerima kuih lama yang dijual sekarang apatah lagi bila ianya dibuat secara moden. Feel tentang nostalgia membuat kuih itu sendiri sebenarnya lebih dinantikan...

Saya tak pandai buat kuih raya. Hanya pernah semasa zaman anak dara saja. Bila dah kerja dan kahwin, memang tiada masa nak buat, lalu feel nak buat tu langsung menghilang lalu saya terus jadi tak pandai. Bila anak-anak dara dah besar dan pernah tanya kenapa kita tak buat sendiri pun, saya masih tak dapat memecahkan tradisi buat sendiri. Memang tak berani nak mulakan sesuatu yang tidak pernah saya pelajari. Keinginan itu tidak cukup kuat. Lalu saya merasa saya sudah terlalu tua dan sudah kekurangan tenaga untuk bertungkus lumus kat dapur nak mengerjakan kuih raya. Adehhh...!

Cuma, tekak saya masih gemar kuih lama. Malah saya tidak makan Kuih Makmur lain kecuali yang dibuat MyBonda — yang sudah berpuluh tahun dah dia tak buat — lalu keinginan untuk membeli kuih raya juga tidak seghairah orang lain, mungkin. Beli hanya menunaikan hajat anak-anak dan sebagai pelengkap sambutan Aidil Fitri.

Korang buat kuih apa?



 ~...bila Pak Utih mengajak HISYAM ke baruh mencari kayu getah dan kemudian menyebut tentang sabut kelapa yang harus dikering-kumpul dan Mak Utih pula mula mengumpul telur itik, SERI BULAN mula memahami suasana sibuk akan kembali lagi, kerancakan berjaga malam memukul telur sambil ditemani HISYAM yang suka bercerita kisah lawak-tak-lojik dan bersambungan dengan kisah duka-lara Mak Utih, SERI BULAN tiba-tiba merasa sayu di malam hari...~




5 comments:

  1. saya pun suka kuih tradisi.. tak ghairah pun nak beli kuih moden.. kuih abuk abuk ni mak saya suka buat..leceh sikit nak menggulungnya.. tapi sedap.. satu lagi saya suka kuih lopes de squera yang balut ngan daun pisang tu.. baunya wangi..makan dengan air gula masak dengan daun pandan.. sedap betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kak azie pun suka sangat Kuih Lopes. Toklaki pun minat. Cadang mcm nak buat jugak la suatu hari nanti...

      Delete
  2. Saya suka sangat kuih abok abok ni tapi tak pandai buat....susah nak jumpa kat lembah klang nih....satu lagi kuih saya suka kuih peria kalau kat melaka dipanggil kuih ku ....kuih baba nyoya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih lama memang sedap enak. Itulah uniknya ianya sedap tapi rumit membuatnya. Tapi bila kita dah cuba dan pandai semuanya jadi mudah jerr....

      Delete
  3. Baru makan buka puasa semalam nenek a.k.a pengasuh lama anak2 bekalkan.. sedap.. dari dulu ai suka kuih ni cuma jarang dpt merasa..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails