Friday, July 31, 2015

Syawal: rumah terbuka sudah budaya, jangan dicemari kata perli...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-07-2015


Rumah terbuka sudah menjadi budaya. Cuma, berbeza dengan cara di kampung yang tiada jadual. Sesiapa boleh datang. Malah sampai malam pun masih seronok berborak gelak-gelak.

Masa saya kecik dulu, semasa sudah boleh diharap buat kerja dapur, bila time Raya paling seksa adalah time basuh pinggan dan gelas. Walaupun bergilir dengan kakak-kakak saya, tapi memang penat sebab orang datang tak putus-putus. Zaman dulu jangan haraplah nak fikir bab pinggan pakai buang. Dan time orang datang, suasana macam kenduri.

Harini, especially kita kat bandar, rumah terbuka ada jadual. Tuan rumah tentukan satu tarikh dan kepenatan dan kemeriahan serentak pada hari itu. Yang best kita yang hadir pun akan berpeluang berkumpul dengan sedara mara dan kawan-kawan yang lain juga.


Saya singgah ke rumah kawan sekolah lama. Yang sudah 30 tahun tidak berjumpa. Tak sangka jumpa juga 2,3 orang lagi kawan sekolah lama yang juga singgah.


Anak Mami seorang ni pernah menjadi kawan baik dan geng kamcing saya semasa sekolah menengah dulu. Ini kali pertama kami berjumpa semula selepas terpisah 30 tahun dulu.

Rumah terbuka MyBonda secara rasmi berlangsung pada hari Raya ke-3 tetapi tetamu boleh datang bila-bila masa sahaja.


Laksa beras buatan sendiri. Abang kawan saya yang buat. Wahhh terujanya bila dengar orang lelaki pandai buat laksa beras.

Ada orang suka pergi rumah terbuka. Saya pun. Sebab jumpa ramai kawan dan sedara mara. Tapi ada orang bila ziarah rumah orang, mata suka buka luas pandang sana sini. Mata meliar, orang kata. Mak saya kata, itu tak sopan.

Jangan cemari adab berziarah dengan perlakuan yang membuat orang meluat dan rasa menyampah.




 ~...SERI BULAN mudah terasa hati, mudah juga merajuk berhari-hari tetapi kali ini dia benar-benar rasa ingin lari...~




6 comments:

  1. Saya pun suka. Tapi bila ada jadual lebih teratur. Ada masa untuk family. Kawan. Kawan ofis. Dan macam2 kumpulan rekaan. Haha. Tuan rumah la tak menang tangan. Takpe dosa kecil dibawa pulang tamunya.

    ReplyDelete
  2. Kita jemput tetamu, kita raikan mereka, kita muliakan tetamu kerana itu yg dituntut agama dan besar pahalanya.

    ReplyDelete
  3. Tahun ni mcm kurang org buat open house, bsrjimat cermat la kan.
    Ermmm, sedapnya laksa, lama tk mkn, lama tk buat sbb susah nk cari laksa melayu.

    ReplyDelete
  4. ramai je yg bertandang mata melilau meninjau seisi rumah . nasib tak baik , siap tanya lagi itu ini , mana beli , berapa harga ... selagi bernama manusia ... redha je lah wpun kekadang geram amat ...

    ReplyDelete
  5. best nya jumpa kawan lama lepas 30 tahun terpisa ye... hehehehehe... :)

    tapi betul kak.. kit asebagai tetamu, kena jaga adab dan jaga hati tuan rumah.. datang beraya untuk eratkan silaturrahim bukan keruhkan lagi hubungan sedia ada... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails