Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan 21: musim durian yang menggoda sanubariku...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-07-2015


Musim durian datang lagi. Bulan puasa pulak tu. Musim panas selama 2 minggu pertama Ramadhan, tidak memungkin saya menunaikan hajat di hati. Takut demam nanti semuanya jadi serba tak kena.

Lalu hajat untuk makan durian terpaksa ditahan selagi mampu.

Tetapi, hari tu MyToklaki beli Pulut Sibaq dengan durian di pasar Ramadhan. RM3.50 sebekas begitu. Mana saya boleh tahan kalu dah cantik dan enak camtu. Aduhaii...


Saya peminat durian. Paling kuat dalam keluarga. Sebiji boleh hadap sorang sekaligus tanpa henti. Syukur setakat ini saya belum ada sebarang penyakit, no darah tinggi no kencing manis (bulan lepas check-up tekanan darah, doktor puji tekanan darah saya bagus memandangkan umur saya dah tak muda). Jadi peluang makan durian tu memang direbut tanpa ragu!

Kemudian seorang kawan seopis offer durian yang dibawa khas dari Batu Kurau. Antara tempat durian kampung yang terkenal di Perak. But, 3 biji dengan harga kengkawan RM10 tidak mencapai piawaian tekak saya. Kena beli lain nampaknya.

Musim cuti Raya nanti, dalam kepala dah plan. Balik kampung nak cari durian di merata ceruk kampung. Hasrat seorang kawan lama mempelawa makan durian di dusunnya juga sedang dinanti ulang-pelawa. Kalu jadi, aduhai makan sakan la saya nanti!

Tayang-tayang:


Pari Rebus. Kemudian saya rendam dengan Air Asam (yang ada belacan, kerisik, air limau dsb). Menu berbuka hari apa hari tu.

*ramai merungut bahan buat kuih dah makin mahal. Tiap tahun harga naik. Jadi harga kuih raya ikut naik sama. Tak boleh elak. Orang yang tak buat kuih raya or tak reti buat macam saya ni... kena la beli. Sapa soh tak rajin belajar masak? Hahahaha!




 ~...semasa moreh semalam, bukan SERI BULAN tidak mendengar soksek kata puji anak-anak dara dan mak-mak dara tentang HISYAM yang dilihat sangat cemerlang bagai ingin dibela ditatang, dan Mak Utih yang turut terpasang telinga hanya mampu sengih-angguk kerana cuba berada di tengah situasi yang jika tidak dibendung boleh merobek hati dan jantung...~




8 comments:

  1. wow...durian tu mmg menggoda :)

    ReplyDelete
  2. Merasa gak mkn durian ahad lepas, berbuka puasa kt rumah SIL.

    ReplyDelete
  3. Azie
    Tabiklaaaa
    Akak dan suami dahulunya mmg penggemar durian tp as umuq meningkat.... Makan setakat jamah seulas dua sahaja....
    Anak2 pun tidaklah beriya2 makan sangat.
    Cukup sebiji durian utk 4 org.

    ReplyDelete
  4. dalam keluarga kecik saya, saya je bukan penggemar durian.. hehehe..
    pari rebus tu nampak menarik.. ;)
    yup.. tak reti buat kuih raya, jadi terpaksalah membelinya..

    ReplyDelete
  5. Sejak puasa ni 2 kali dah beli durian...tak menahan baunya tu yg beli.

    Biskut tetap buat...wajib sebab rumah mak memang tak berkuih kalau balik tak abwak kuih.

    ReplyDelete
  6. Minggu ni kak zai makan dua kali durian. Memula hubby beli 4 biji. Dua hari lepas tu pulak bos hubby bagi durian musang king 2 biji.

    ReplyDelete
  7. Durian dgn ikan pari 2 2 menggoda..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails