Showing posts with label Shoe Festival. Show all posts
Showing posts with label Shoe Festival. Show all posts

Friday, April 29, 2016

Shoes Festival 2016: melepas la sayaaa....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
29-04-2016


Ohh Shoes Festival datang lagi. Kali ini di PWTC.

Saya mula terjebak dengan Shoes Festival ni sejak 2 tahun lalu. Di PWTC juga. Masa tu, saya pi sensorang jer. Malas nak susahkan kawan-kawan. Yang minat kasut sangat, adalah saya. Tak perlu nak berteman segala.

Tahun lepas, ianya diadakan di KL Convention Centre. Agak jauh ke belakang bangunan pamerannya. Jauh juga saya menapak. Minat punya pasal, saya redah. Walaupun bukan nak beli sangat pun, sekadar nak puaskan hati dan minat. Tengok rekaan yang menarik dan unik.

Boleh baca ceritanya di sini:
Kalu dah hantu kasut

Juga entri ini: Pameran kasut – Lone Ranger

Tahun ini, ianya sudah bermula hari ini. Nampak gaya, tahun ini saya takda peluang nak pergi.


Posternya menarik hati saya, tapi kerana harus berada di luar kawasan esok, tiada peluang bagi saya tahun ini.




Capal bersaiz gergasi. Semasa MISF tahun lepas di KLCC.



Replika kasut besar milik Zhang Toi ini sekali lagi dibawa ke pentas tahun ini. Ini adalah pentas semasa pelancarannya di Sungei Wang, Kuala Lumpur.


Saya juga ada kenangan bersama kasut besar itu pada tahun 2014 dulu.

Ya... saya memang peminat kasut. Ironinya, hampir kebanyakan masa saya keluar, saya lebih selesa berseliper Jepun dan tidak Jepun. Ahaks!





 ~...pertama kali warga Kampung Separuh Desa melihat SERI BULAN tiba dengan kasut bertumit setinggi 3 inci, bagai ngeri mengenangkan seandainya dia jatuh atau tersandung ke hadapan tanpa siapa yang sempat menyambut, tetapi tidak kurang juga yang berangan-angan hendak cuba memasang tumit sendiri lalu HISYAM tidak jemu cuba menyorok kasut kesayangan temannya itu agar tiada siapa bakal jatuh, tiada siapa bakal tersembam...~




Monday, March 16, 2015

Pameran kasut lagi: MISF 2015 ~ lone ranger

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-03-2015


Sabtu lalu, lepas kija, walaupun tanpa geng dan tanpa kawan menemani, saya tetap pergi ke pameran kasut tahunan. Malaysia International Shoe Festival 2015.

Walaupun lokasi tahun ini agak jauh (di KL Convention Centre) berbanding PWTC tahun lalu, tidak susah pun nak pergi.


Kerana saya seorang peminat kasut, pameran sebegini menjadi agenda tahunan dalam kalendar saya. Walaupun tak berniat nak borong pun (tahun lepas beli 2 pasang saja) tapi menjamu mata sudah cukup memuaskan.

Rupanya agak jauh dewan Hall 6 dalam KL Convention Centre ni. Penat juga menapak hingga ke hujung. Dewan-dewan sebelumnya penuh dengan exhibition akademik yang disertai oleh banyak universiti dan kolej-kolej swasta terkenal.

Berbeza MISF tahun lalu orang awam bebas masuk, kali ini setiap pengunjung wajib daftar.


Hanya perlu log in akaun Facebook dan like page MISF 2015. Yang sudah mendaftar akan di"chop" di atas tangan dengan dakwat purple bercorak love.


Pentas runaway. Ada fashion show jam 6.00pm tapi saya tak tunggu. Terlalu lambat. Saya dah set dalam minda, 1 jam dalam dewan ni cukup. Takut tergoda beli. No budget plus sebab kasut yang ada masih elok.


Jenama Dato' Zhang Toi yang setiap tahun menjadi tarikan utama. Ada model berdiri di situ dan ramai pengunjung bergambar sambil selfie dengannya.

Saya tak jumpa booth pameran rekaan Dato' Jimmy Choo tetapi ada satu booth yang menayangkan slide pereka-pereka terkenal termasuk Dato' Jimmy.




Beberapa rekaan unik dan kreatif dipamer, tetapi saya tak jumpa dewan khas untuk pertandingan rekaan seperti tahun lalu. Yang saya hairan ada pula satu booth developer yang agak besar mempamerkan model lot-lot rumah semi-D dan shophouses di celahan booth kasut.




Ada satu booth yang meletakkan sandal kulit bersaiz gergasi ini yang sungguh menarik perhatian. Traditional Malay Shoe. Capal Melayu.


Ini perekanya. Sibuk menjawab soalan-soalan pengunjung bukan Melayu yang nampak tertarik dengan reka bentuk dan buatan capal kulitnya. Membuat secara live di booth sebegini memang sungguh menarik perhatian. Saya sendiri tak pernah tengok orang gunting kulit dan ketuk material capal kulit secara manual begitu di depan mata.




Di sebalik kemeriahan dan keindahan kasut-kasut rekaan moden, melihat rekaan tradisional sebegini membuatkan saya rasa seronok dan bangga. Walaupun kita sedar ianya pasti mahal tetapi nilai budaya itu mengatasi nilainya di pasaran.

Lawatan sejam yang memuaskan.

Tayang-tayang:



Koleksi terbaru. Masih baik jadi tiada sebarang buruan di pameran. Jamu mata saja dah cukup.






 ~...HISYAM sudah menyebut surat di bawah tempurung tidak lagi sesuai untuk berhubung kerana dibimbangi basah dek hujan yang sering tidak menentu tetapi SERI BULAN yang berasa sedih kerana surat kiriman HISYAM yang dikumpul dalam bakul anyaman rotan itu pasti tidak akan bertambah dan hubungan dikhuatiri akan tidak lagi basah...~




Tuesday, April 1, 2014

5th MISF: kalu dah hantu kasut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-04-2014


1st April huh? Jangan main April Fool tau...! Btw, hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran seseorang yang pernah istimewa di hati saya. Selamat Hari Ulangtahun, kawan. Saya harap kita terus menjadi kawan sampai bila-bila.

Sabtuday lalu, memang dah pasang hajat mesti nak pegi juga melawat. Yeaaa.. pameran kasut antarabangsa. Dah banyak kali plan, sejak tahun-tahun lepas. Baru tahun ini dapat peluang. MISF = Malaysia International Shoe Festival.

Lalu lepas keja (wpun agak lewat sebab kuar opis pun dah 4:30pm), saya singgah juga PWTC. Hall 2. Tahun ini sudah menjadi tahun ke-5 festival.

Hall 2 ialah hall di seberang sungai (belakang bangunan utama PWTC). So agak jauh untuk ke situ. Takpa. Minat punya pasal, so gigih.





Jangan harap la nak jumpa Dato’ Jimmy Choo. Sebab perasmian dah pun berakhir.


Antara kemeriahan.

Walaupun hall pameran cuma satu, dan tidaklah seluas dan sebesar Pesta Buku Antarabangsa, tapi bagi peminat kasut (macam saya) tak kisah pun berpusing 3,4 kali nak kasi hati puas. Juga ada ruangan untuk pertandingan merekacipta design kasut. Juga banyak dipamerkan kasut yang unik-unik. Kompom la kita tak akan beli sebab tak akan pakai pun.


Ada banyak lagi kasut dengan rekaan unik yang saya snap. Tapi tak larat nak upload semua, sebab saya dah masukkan dalam album di FB saya.

Hasil rembatan saya? Cuma 2 pasang yang berbaloi dan padan dengan poket. Saya snap agak lewat tak sempat nak upload masuk laptop, hp dah hilang kena curik!


Yang paling menarik perhatian ialah kasut bersaiz gergasi ini. Di booth pereka terkenal Zhang Toi, memaparkan tema Swarovski Element. Berebut orang nak bergambar kat sini...


..termasuk si puan blog. Hmmmm sesuai tak kalu dijadikan header blog saya? (peminat kasut kunun, tapi pi pameran kasut pun pakai seliper Jepun!)





 ~...sebuah kedukaan yang pernah terjadi di kota metropolitan dulu rupanya tidak berjaya dilupakan begitu mudah oleh SERI BULAN walaupun sudah agak lama menjadi warga Kampung Separuh Desa, jika tidak kerana HISYAM yang sentiasa di sini menjadi penyeri di jiwa dan hati, sudah pasti SERI BULAN itu tidak bersinar seperti bulan, tidak berseri seperti orang Beseri...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails