Sunday, March 7, 2010

Raja Lawak 4: Sibidi Pon! Pon!

Pentas akhir Raja Lawak Musim ke-4 baru saja berakhir tadi. 3 peserta yang berjaya ke akhir sangat bersaing. 2 solo dan 1 berpasukan.

Ternyata tahun ini, mahkota Raja Lawak berpindah dari N9 ke Sabah, bilamana Kumpulan KECIK berjaya menjadi juara.

Pembukaan yang sangat simple.

Aku dan IKA sama-sama minat ini orang, sbb karya-karyanya memang hebat.

Persembahan pertama KECIK tadi sedikit boring, sebab ada pengulangan2 punchline yang lama, yang dah ada sebelum ini..

Bagi aku yang mengikuti program ini sejak mula, hati sudah melekat pada peserta kecik molek lagi manis berhidung mancung.. (ahakss!) iaitu IDLAN. Kenapa? Tarikan utama adalah kerana dia berlawak guna bahasa Utara. So, lawak dia terasa sangat dekat di hati dan jiwa.

Aksi yang menjulang KECIK menjadi Juara Lawak 4.


Peminat setia ABANG KASSIM... Statement "bias" dari seorang juri, tapi telus.

IDLAN berlawak dengan konsep bersiri di mana dia membawakan watak ABANG KASSIM (or sometimes PAK KASSIM bila ada tema tertentu) dan watak itu begitu serasi dengannya dan diterima sendiri oleh juri. Walaupun ada ketikanya lawaknya tidak menjadi, sedikit kelamkabut dan berselerak, ABANG KASSIM tetap menjadi suatu watak kegemaran kami sekeluarga.

ALEX dari Sabah juga, menjadi antara peserta favourite, tetapi beberapa kesilapan mungkin, so dia di tempat ke-3.



Tadi, memang persembahan pertama IDLAN tidak berapa menjadi, tapi sungguh tidak disangka pada persembahan kedua berkonsep muzikal, IDLAN muncul penuh meriah. Apa yang best? Sebab dia tak pandai menari...! hahahahah.. sungguh kayu gaya tariannya. Cuma, lagu lama yang dipilih sungguh meriah dan catchy, sehingga 3 juri yang lawak tak hengat pun naik menari sama... wehhhh apa hal? Ohhh hampir aku yakin dia yang akan jadi juara..!


Lagu Sibidi Bong! Bong! menjadi Sibidi Pon! Pon! bakal menjadi trademark peminat dia selepas ini.. Gerenti!

Menari keras macam kayu, tapi itulah lawaknya!

Berapa lama agaknya juri-juri besarrrRRRR ni tunggu peluang nak goyang sama? Fuhhhhh!


Tahniah kepada Kumpulan KECIK yang menjadi juara. Dapat Sorento dan RM14K tuuuu.. They deserved it..! Persembahan mereka yang konsisten sepanjang 10 minggu melayakkan juara milik mereka.

Cuma aku rasa, jika program tadi dibuat sama seperti tahun lepas iaitu ada tempoh masa sementara menanti undian ditutup, pasti akan ada lagi undian masuk untuk IDLAN. Kerana dia peserta akhir membuat persembahan dan itulah kemuncak baginya, tempoh tidak sampai 5 minit tidak cukup bagi undian bertambah. Sayang sekaliiii.... Apapun aku tahu nilai hadiah itu sudah cukup besar baginya. Kereta NAZA Optima dan RM11K (dll hadiah) sungguh besar maknanya bagi ABANG KASSIM.

Melihat serba sedikit latar belakang keluarganya, sungguh sedih dan tulus bila dia berkata, program ini bakal merubah sedikit kehidupan keluarganya yang katanya, serba kekurangan. Melihat rumah keluarganya di kampung (Kulim, Kedah), aku tahu seorang anak muda bernama IDLAN ini begitu bersungguh untuk mengubah nasib keluarganya.

Sedutan dari Ceritera, IDLAN balik kampung berjumpa keluarga.

Sedih dan sebak bila dia berkata, "sejak masuk Raja Lawak, saya merasa mandi air paip, tidur atas tilam. Sebab di rumah saya tidur atas tikar sahaja..." Matanya bergenang, nadanya sebak.

Dan, baru aku tahu, MILAH yang sering disebut-sebutnya itu sebenarnya adalah seekor monyet peliharaannya yang ditinggalkan di kampung. Hakhakhakhak!!

InsyaAllah jika sudah berjaya begini (permulaan sebuah kehidupan yang lebih baik), jangan sombong dan sentiasa ingat dari mana asal. "Asal Dari Kampung!" kata KECIK, pasti rezeki akan sentiasa murah.

Tahniah buat semua...

Setakat ni belum ada gandingan yg begitu serasi lagi lawak selain dari budak "giler" dua orang nih...




Apasal kali ini aku rasa program macam cepat jer habis? Tiada pelawak undangan? Masa terhad? Stadium MBSA pun macam tak penuh jerrr.. Crowd tak meriah pun macam masa SEPAH dulu?

Kenapa aku suka Raja Lawak? Sebab aku suka gelak...!
Simple jer alasan aku, kan?

Sambutan Maulidur Rasul lagi...

Pagi tadi aku berpeluang menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Falah, di taman perumahan aku Pandan Jaya. Alhamdulillah.


Walaupun aku tidak menjadi peserta perarakan (dulu pernah sekali), aku tetap tiba awal di surau. Sebenarnya sambutan bermula semalam Sabtu lagi (aku pi Gathering Blogger) dengan pelbagai program sudah diatur dari pagi hingga malam dan bersambung hari kemuncak pada Ahad.




Selesai perarakan, semua penduduk yang hadir mendengar ceramah motivasi dari Ustaz Azrun, seorang anak muda yang berasal dari Terengganu (sekarang menetap di Bandar Baru Bangi, anak murid Ustaz Syukri) yang berceramah tentang Akhlak, penuh semangat dan ada sedikit lawak. Cuma bila ceramah sudah melebihi 40 minit sehingga mencecah sejam, yang seronok menjadi sedikit kendur dan ramai kelihatan mengantuk...



Sekitar pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 5-9 tahun..







Antara aksi yang sempat dirakam...




Bacaan al-Quran oleh En. Anuar.


Ceramah motivasi oleh Ustaz Azrun.





Memenangi anugerah pakaian paling menarik. Digelar Pakaian 3 Dekad.

Ada pertandingan mewarna, pertandingan azan, cucuk tasbih (untuk wanita), kuiz Islam untuk anak-anak... Juga ada anugerah Kumpulan Perarakan paling Bergaya, Peserta Perarakan Paling Tua (lelaki sorang pakcik berusia 72 tahun dan sorang makcik berusia 63 tahun). Peserta paling awal tiba pun diberi hadiah, AJK Serba Boleh, Peserta Cilik Paling Ceria pun dapat hadiah. Seronok tu. Sebenarnya, suatu penghargaan sebagai menggalakkan lagi pelbagai lapisan umur memeriahkan lagi surau.

Anak-anak beratur mengambil Nasi Minyak berlauk Daging Kurma.

Tahun ini, sambutan ternyata lebih meriah dari tahun lepas.


~...aku mungkin lewat skit update dan upload pic tentang Gathering Bloggers. MAAF jika sesapa yang ada wajah dirakam aku, lum boleh nak copy lagi... Tungguuuuu...~



Fazreena ~ Aiman Chan Abdullah

Walimatulurus, puteri kedua Puan Hajjah Zulizan dan En Ameer. Aku dan sekian ramai sahabat dijemput hadir pada Jumaat lalu bertempat di Dewan Anjung Felda.

Majlis meriah, makan sedap. Cenderahati menarik, pengantin pun cantik.



Kak IZAN...


Pengacara sama seperti masa si kakak berkahwin di PWTC dulu, tetap NASH berganding dengan Noraini Ibu (Kak ANOY). Majlis meriah dan begitu ramai kenalan yang hadir, sungguh seronok bertemu muka, berbalas senyum bersalaman, bertanya khabar serba sedikit dalam majlis malam yang singkat itu.




Gambar pengantin tidak dapat dirakam kerana jauh dari pentas pelamin dan cahaya kurang membantu hasil yg baik.

Terimakasih atas jemputan, Selamat Pengantin Baru semoga jodoh berkekalan...

Buat KAK IZAN, selamat menerima menantu, semoga berbahagia dan murah rezeki. Budi baik sentiasa menjadi kenangan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails