Sunday, March 7, 2010

Sambutan Maulidur Rasul lagi...

Pagi tadi aku berpeluang menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Surau Al-Falah, di taman perumahan aku Pandan Jaya. Alhamdulillah.


Walaupun aku tidak menjadi peserta perarakan (dulu pernah sekali), aku tetap tiba awal di surau. Sebenarnya sambutan bermula semalam Sabtu lagi (aku pi Gathering Blogger) dengan pelbagai program sudah diatur dari pagi hingga malam dan bersambung hari kemuncak pada Ahad.




Selesai perarakan, semua penduduk yang hadir mendengar ceramah motivasi dari Ustaz Azrun, seorang anak muda yang berasal dari Terengganu (sekarang menetap di Bandar Baru Bangi, anak murid Ustaz Syukri) yang berceramah tentang Akhlak, penuh semangat dan ada sedikit lawak. Cuma bila ceramah sudah melebihi 40 minit sehingga mencecah sejam, yang seronok menjadi sedikit kendur dan ramai kelihatan mengantuk...



Sekitar pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 5-9 tahun..







Antara aksi yang sempat dirakam...




Bacaan al-Quran oleh En. Anuar.


Ceramah motivasi oleh Ustaz Azrun.





Memenangi anugerah pakaian paling menarik. Digelar Pakaian 3 Dekad.

Ada pertandingan mewarna, pertandingan azan, cucuk tasbih (untuk wanita), kuiz Islam untuk anak-anak... Juga ada anugerah Kumpulan Perarakan paling Bergaya, Peserta Perarakan Paling Tua (lelaki sorang pakcik berusia 72 tahun dan sorang makcik berusia 63 tahun). Peserta paling awal tiba pun diberi hadiah, AJK Serba Boleh, Peserta Cilik Paling Ceria pun dapat hadiah. Seronok tu. Sebenarnya, suatu penghargaan sebagai menggalakkan lagi pelbagai lapisan umur memeriahkan lagi surau.

Anak-anak beratur mengambil Nasi Minyak berlauk Daging Kurma.

Tahun ini, sambutan ternyata lebih meriah dari tahun lepas.


~...aku mungkin lewat skit update dan upload pic tentang Gathering Bloggers. MAAF jika sesapa yang ada wajah dirakam aku, lum boleh nak copy lagi... Tungguuuuu...~



7 comments:

  1. banyak betul aktiviti kak azie ek?

    ReplyDelete
  2. salam buat azie..
    memang meriah majlis tu....naper tak jadi ahli kumpulan nasyid...?

    ReplyDelete
  3. ICE > yg banyak tu aktiviti orang. Kak Azie ni cuma sekadar tunjuk muka, jenguk sana, intai sini, jengah situ, tinjau sinun.. hehehe..

    Takda tak mengurangkan, masuk pun tak menambahkan.. kata orang gitu lerrr..

    ReplyDelete
  4. PAKLONG > nasyid? uhhhh... nanti sumbanglah pulokkk... :P

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Seronok bila ada aktiviti begini yg boleh rapatkan ukhwah sesama Islam...syabas utk khariah tersebut.

    ReplyDelete
  6. Nape Kak Azie tak join kumpulan nasyid tu..?he3

    ReplyDelete
  7. Salam SHANIZA > ya, setuju. Jika ada program, bergotong royong sesama penduduk, jiran tetangga. Masa ni beramah mesra bertanya khabar. Maklum bukan selalu dapat berjumpa.


    ZUREEN > Bukan taknak join, dah ler skang musim ujan. Elok2 ujan selalu petang, tetiba nanti ujan pagi plakkk.. Jenoh nak lari nanti... heheheh..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails