Sunday, March 7, 2010

Raja Lawak 4: Sibidi Pon! Pon!

Pentas akhir Raja Lawak Musim ke-4 baru saja berakhir tadi. 3 peserta yang berjaya ke akhir sangat bersaing. 2 solo dan 1 berpasukan.

Ternyata tahun ini, mahkota Raja Lawak berpindah dari N9 ke Sabah, bilamana Kumpulan KECIK berjaya menjadi juara.

Pembukaan yang sangat simple.

Aku dan IKA sama-sama minat ini orang, sbb karya-karyanya memang hebat.

Persembahan pertama KECIK tadi sedikit boring, sebab ada pengulangan2 punchline yang lama, yang dah ada sebelum ini..

Bagi aku yang mengikuti program ini sejak mula, hati sudah melekat pada peserta kecik molek lagi manis berhidung mancung.. (ahakss!) iaitu IDLAN. Kenapa? Tarikan utama adalah kerana dia berlawak guna bahasa Utara. So, lawak dia terasa sangat dekat di hati dan jiwa.

Aksi yang menjulang KECIK menjadi Juara Lawak 4.


Peminat setia ABANG KASSIM... Statement "bias" dari seorang juri, tapi telus.

IDLAN berlawak dengan konsep bersiri di mana dia membawakan watak ABANG KASSIM (or sometimes PAK KASSIM bila ada tema tertentu) dan watak itu begitu serasi dengannya dan diterima sendiri oleh juri. Walaupun ada ketikanya lawaknya tidak menjadi, sedikit kelamkabut dan berselerak, ABANG KASSIM tetap menjadi suatu watak kegemaran kami sekeluarga.

ALEX dari Sabah juga, menjadi antara peserta favourite, tetapi beberapa kesilapan mungkin, so dia di tempat ke-3.



Tadi, memang persembahan pertama IDLAN tidak berapa menjadi, tapi sungguh tidak disangka pada persembahan kedua berkonsep muzikal, IDLAN muncul penuh meriah. Apa yang best? Sebab dia tak pandai menari...! hahahahah.. sungguh kayu gaya tariannya. Cuma, lagu lama yang dipilih sungguh meriah dan catchy, sehingga 3 juri yang lawak tak hengat pun naik menari sama... wehhhh apa hal? Ohhh hampir aku yakin dia yang akan jadi juara..!


Lagu Sibidi Bong! Bong! menjadi Sibidi Pon! Pon! bakal menjadi trademark peminat dia selepas ini.. Gerenti!

Menari keras macam kayu, tapi itulah lawaknya!

Berapa lama agaknya juri-juri besarrrRRRR ni tunggu peluang nak goyang sama? Fuhhhhh!


Tahniah kepada Kumpulan KECIK yang menjadi juara. Dapat Sorento dan RM14K tuuuu.. They deserved it..! Persembahan mereka yang konsisten sepanjang 10 minggu melayakkan juara milik mereka.

Cuma aku rasa, jika program tadi dibuat sama seperti tahun lepas iaitu ada tempoh masa sementara menanti undian ditutup, pasti akan ada lagi undian masuk untuk IDLAN. Kerana dia peserta akhir membuat persembahan dan itulah kemuncak baginya, tempoh tidak sampai 5 minit tidak cukup bagi undian bertambah. Sayang sekaliiii.... Apapun aku tahu nilai hadiah itu sudah cukup besar baginya. Kereta NAZA Optima dan RM11K (dll hadiah) sungguh besar maknanya bagi ABANG KASSIM.

Melihat serba sedikit latar belakang keluarganya, sungguh sedih dan tulus bila dia berkata, program ini bakal merubah sedikit kehidupan keluarganya yang katanya, serba kekurangan. Melihat rumah keluarganya di kampung (Kulim, Kedah), aku tahu seorang anak muda bernama IDLAN ini begitu bersungguh untuk mengubah nasib keluarganya.

Sedutan dari Ceritera, IDLAN balik kampung berjumpa keluarga.

Sedih dan sebak bila dia berkata, "sejak masuk Raja Lawak, saya merasa mandi air paip, tidur atas tilam. Sebab di rumah saya tidur atas tikar sahaja..." Matanya bergenang, nadanya sebak.

Dan, baru aku tahu, MILAH yang sering disebut-sebutnya itu sebenarnya adalah seekor monyet peliharaannya yang ditinggalkan di kampung. Hakhakhakhak!!

InsyaAllah jika sudah berjaya begini (permulaan sebuah kehidupan yang lebih baik), jangan sombong dan sentiasa ingat dari mana asal. "Asal Dari Kampung!" kata KECIK, pasti rezeki akan sentiasa murah.

Tahniah buat semua...

Setakat ni belum ada gandingan yg begitu serasi lagi lawak selain dari budak "giler" dua orang nih...




Apasal kali ini aku rasa program macam cepat jer habis? Tiada pelawak undangan? Masa terhad? Stadium MBSA pun macam tak penuh jerrr.. Crowd tak meriah pun macam masa SEPAH dulu?

Kenapa aku suka Raja Lawak? Sebab aku suka gelak...!
Simple jer alasan aku, kan?

10 comments:

  1. heheheh.. panjang lebor kak nyer ulasan ye! pepe pon best lah akak nyer review.. heheheh~

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu sama- sama Abang Kassim The Series pula...

    Tahniah untuk Idlan selepas kejayaan ini semuanya akan berubah untuk keluarganya..dimana ada kemahuan di situ ada jalan...

    So sesapa rasa nak mengubah hidupnya tunggu musim baru tahun hadapan pula....masuklah ujibakat...

    P/s: sedih rasanya bila Idlan tak menang..hampeh baru ku tahu sapa Milah nie ;)

    ReplyDelete
  3. "Ternyata tahun ini, mahkota Raja Lawak berpindah dari N9 ke Sabah, bilamana Kumpulan KECIK berjaya menjadi juara." eh, bukan musim lepas sepah yg menang ke? Kan sepah tu budak johor...akak terminat kat nabil sgt ni kut...

    ReplyDelete
  4. kak azie..

    sy pun frust jugak laa abg kassin (Idlan punya pronouns) x menang no 1.. tapi x pa.. rezki dia sorang je dah 11K.. kecik kena kongsi sorg 7K.. Alex mkn sorang 8K.. yang pasti Siti jugak dapat 'K' yg banyak duit.. erk?! banyak ke??

    lepas ni akak nak layan realiti show apa plak? ahaks!

    ReplyDelete
  5. Azie,
    Saya tak follow Raja Lawak sejak musim pertama lagi. Ketawa pun tak!

    ReplyDelete
  6. AJAKO > hikhikhik! Terimakasih betulkan fakta KAk AZIE... Kak Z dah teringat dah, tapi tak ingat nak tukar... thanks!

    ReplyDelete
  7. kena pada tempatnya si IDLAN menang.. walaupun dia tak seberapa pandai berlawak.. tapi nasib membelahi dia.. dapat hadia lumayan. tahniah abang kasim. ponnn ponnn

    ReplyDelete
  8. Hai AMY SUP > Salam kenal. Minat IDLAN jugak yerrr... Ponn! Ponn!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. ALEX... adalah idola saya sejak awal lagi, banyak mesejnya menarik & kelakar pada malam final amat menarik; si Idlan asyik terlupa skrip & asyik mahukan ayam berkokok cepat. Paling teruk masih ada waktu dah habis berlawak macam tak ada modal.

    ALEX... saya suka sebab perutnya seboroi saya, keluarganya pun sama macam Idlan orang susah, biar pun dia bukan Muslim tapi saya berharap Astro akan bantu naikkan namanya lagi demi membantu keluarganya; naik motor dengan perut begitu penatlah amat!.

    ALEX... tak semachoo pelawak lain maka itu dia kurang yang undi SMS dia; paling tidak di hati juri pasti ALEX di tempat kedua.

    Persembahan pertama Adlan hancur tapi persembahan kedua memang dipuji.

    Kecik pun sama persembahan pertamanya bagaikan skrip berulang undian banyak membantu Kecik.

    Apa-apa pun ketiga-tiga mereka memang raja lawak!. Tahniah.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails