Tuesday, January 20, 2015

Dunia hiburan: mengangkat martabat disebut orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-01-2015


Dah ramai yang menulis dan memberikan komen tentang majlis Anugerah Juara Lagu 2014 yang berlangsung Ahad lalu. Sejujurnya saya baca di FB semua keputusan dan komen. Malam itu saya hanya dimaklumkan oleh anak saya waktu dia tune 'info'. Kerana dah lama sangat stesen tu tidak begitu menjadi paberet rakyat dalam rumah, lalu AJL tetap tak menarik minat sapa pun di kalangan kami. Kebetulan waktu itu saya sibuk meneman bebudak buat kerja skulah.

Keputusan penuh saya tak kuasa nak semak. Juara dan lain-lain keputusan penting, ramai sedia maklum. Termasuklah kumpulan busker yang "diangkat martabat" mereka oleh komposer hebat Edry Halim (yang sejak kahwin dan jadi bapa makin macho makin hensem) lalu menang Persembahan Terbaik. Saya kemudian persembahan tonton Caliph Buskers malam itu di video dalam FB.

Kagum.

Sebenarnya persembahan nyanyian jalanan ni sudah tidak asing bagi kita terutama orang bandar. Pelbagai cara dan gelagat. Sejak tahun 80-an lagi sudah popular. Dulu paling banyak di Pasar Seni dan sekitar pasar malam hari Sabtu di jalan TAR. Malah kita pun sering dikunjungi kumpulan yang busking ketika kita makan di mana-mana medan selera.

Ramai juga ahli busker ni yang kemudian berjaya menjadi penyanyi. Artis tempatan memang ada tapi saya tak pasti yang mana satu. Malas nak Google. Jika di Indon, Tegar itu juga asalnya busker, kan?

Samada cacat atau sempurna anggota, bakat tidak terhad. Semua orang miliki bakat. Cara menengahkan bakat itu juga berbeza lalu kejayaan sebegitu disokong oleh minat dan usaha dan mungkin juga tuah dan dorongan.

Ramai yang kagum. Menghargai lalu semakin "buka mata".


Salah seorang busker yang naik dan menyanyi dengan iringan gitar (berdua sebenarnya) di atas bas kami semasa percutian saya ke Bandung bulan lalu. Gambar mereka bernyanyi saya tak ingat simpan di mana atau dah delete.


Katanya mengutip dana bantuan. Tanggungjawab sosial, ada di hati manusia sejagat. (Macam muka Badul pulak penyanyi ni)

Tiba-tiba teringat pasangan suami isteri buta yang sering menyanyi bersama keyboard depan Globe Silk Store dulu. Zaman saya masih muda kuat sukat Jalan TAR dulu selalu jumpa depa. Bernyanyi sambil jual tisu dan keropok. Sekarang dah tak jumpa lagi. Ke mana gerangan insan-insan ini?




 ~...setakat memetik gitar ber la la la dan berdendang serangkap dua tidak pernah susah bagi SERI BULAN malah dia dan HISYAM ada beberapa lagu kegemaran bersama yang nenjadi rahsia sehingga apabila ada rajuk yang sukar dipujuk, irama dan lagu menjadi taruhan tetapi jika rajuk lambat sejuk HISYAM belasah lagu dondang sayang..!~




8 comments:

  1. Akak pun teringat kat depa..
    Suami main alat muzik, isteri menyanyi... Mmg ohsome...
    Mana agaknya mereka sekarang..

    ReplyDelete
  2. Kadangkala mereka diangkat waktu sedang hangat dan seiring penurunan suhu, mereka dilepaskan atau dihumban tanpa sebarang ingatan...

    ReplyDelete
  3. busker ni kendiri . yakin dgn bakat sendiri . tak mcm artis lain tu yg harap syarikat rakaman buat promosi ...

    ReplyDelete
  4. ternampak sepasang suami isteri ini yang membuat persembahan di laluan pejalan kaki stesen ktm komuter mid valley megamall.mereka nyata telah berusia... entah tak pasti pasangan sama dari globe silk store dulu atau bukan. tapi alunan muzik si suami dan vokal si isteri bagai pernah didengar sedikit masa lalu ketika jalan tar menjadi kunjungan rutin saban minggu.

    ReplyDelete
  5. Setahun dua lepas masih ada penyanyi buta tu Kak Azie tapi akhir ini tak ada pula mungkin sudah sampai masanya mereka bersara.

    Tuah orang tiada siapa yang tahu Kak Azie...rezeki...

    ReplyDelete
  6. best suara caliph buskers tu...mmg satu dewan meremang bulu roma malm tu rasanya...kami yg luar tv pon sama..

    ReplyDelete
  7. Saya tak tgk AJL, malahan rasa rasanya dah lebih 10 tahun kot tak tengok..jadi saya tak boleh nak komen....Cuma perkataan baru yg saya pelajari hari ini: BUSKER, BUSKING

    ReplyDelete
  8. Teringat dulu2 ukur jalan TAR mesti jumpa nyanyian busker nie...tapi zaman dah berubah

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails