السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
16-04-2016
Dah lama rasanya kita tidak melihat sebuah filem hebat. Karya yang lain dari yang lain.
Sebelum ini bukan takda filem seram, tapi banyak filem seram komedi yang lawak tak lojik seolah mempersendakan pula.
Saya tak layan filem seram sebenarnya. Saya penakut. Hati saya kecik kalu bab ni walaupun dalam banyak hal lain jiwa saya besar. Hahahaha! Saya memang penakut sejak kecik. Tengok citer hantu mesti tutup muka. Takut ngigau. Lemah semangat.
Okey Munafik karya Shamul Yusof memang hebat. Seram tetap seram (kami tonton siang jer, beli kat AstroFirst). Filem bermesej. Lakunan hebat. Lokasi tepat. Rumah lama yang scary. Banyak scene malam dari siang. Suspens.
Memang layak pun kutip juta-juta. Layak dapat pujian kerana lakunan Nabila Huda sebagai Maria yang dirasuk sangat bagus. Nak bagi award pun dah boleh.
Shamsul kreatif. Dua keadaan. Percaya orang beriman. Atau curiga pada golongan yang berimej Ustaz. Shamsul merungkai itulah kemelut masyarakat Melayu. Sejak dulu. Cuma saya tak duga sihir masih digemari. Ntah. Jika zaman dulu memang banyak. Hmmm susah saya nak komen.
Yang best, tak perlu pelakun bermekap cantik seksi baju terdedah (semua pelakun wanita berlakun bertudung), tiada scene pegang-pegang, juga tiada scene lawak-lawak tak berapa bijak.
Kemuncak filem ini tiada siapa pun di antara kami dalam rumah menduga siapa punca siapa munafik. Unpredictable. Memang patut pun pecah panggung filem ini.
Sesungguhnya iblis dan syaitan itu musuh orang Islam yang paling nyata.
Dialog yang paling memberikan kesan: "Redha dan maafkan orang, hati kita akan tenang. Maafkan orang".
5 bintang. Tahniah. Filem wajar ditonton.
*******
Percaya tak, di department saya, setiap pagi sebelum memulakan kerja kami akan saling memberikan salam, bersalaman dan bermaafan sesama kami. Sudah menjadi amalan kami. (Selain solat Duha, dan baca surah alKahfi setiap Jumaat). Sesungguhnya hubungan sesama kami lebih baik dan lebih memberikan ketenangan.
~...majlis doa selamat di rumah Imam Ali malam itu nampak meriah tetapi kemudian seram kerana hujan dan kilat petir terjadi tiba-tiba dan air sungai dikhabarkan mendadak naik lalu SERI BULAN hanya mampu memandang sayu ke mata HISYAM sebagai tanda malam itu mereka mungkin harus memijak becak...~































