Thursday, December 5, 2013

Selagi ‘on going’, hidup mesti diteruskan...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
05-12-2013


Menjadi penulis blog memerlukan sedikit komitmen, am I right? Bagi yang menulis untuk suka-suka, menulis sekadar meluahkan, sekadar menambahkan pengetahuan dan kenalan, mungkin tidak begitu terdesak. Tapi bagi blogger yang full-time, yang study segala benda about blog, yang tahu manfaat dan keuntungannya, pasti begitu bersungguh-sungguh.

Saya tabik pada orang yang begitu komited, begitu memahami blog dan menjayakannya dengan cemerlang, then mendapat imbuhan yang bukan sedikit. Bab glamer tu, dah tentu la ikut masuk sekali.

But, bagi saya, nak pastikan ada satu entri setiap hari pun, kadang-kadang terpaksa cari masa. Well, biasa la blogger. Ketagih tu puak puak kita jer la yang faham. Mesti nak tulis punya lah!

Kesibukan bukan lagi boleh dijadikan alasan, walaupun kebanyakannya kekangan itulah sebabnya. Sibuk dengan komitmen lain.

Tahun lepas saya dah pernah cash-out Nuffnang sekali. Tak banyak. Tak sampai RM100 pun.

But tahun ni macam ada peningkatan sedikit, wpun masih jauh jika nak banding dengan nama-nama orang lain. Takpa, asal ada. Takda pun kita tak frust sebab kita tak bersungguh pun bab tu. Nilai tulisan dan kepuasan itu diletakkan di atas sekali.



Tetapi, selagi on-going, kita rasa belum nak cash-out lagi.

Kalu dapat cek Nuffnang kali ini, kita cadang nak beli kasut idaman hati kita. Ok dak? Okeh la tuuu...! > bibir muncung!

hahahahah!





 ~...bila HISYAM kata dia sangat berdendam, SERI BULAN sangat bimbang ada orang bakal dilemaskan di hulu Sungai Menghijau Lumut dan risau jika ada batang meranti bakal menjadi bahan karate...~




13 comments:

  1. teringin nak cash out (walau tak banyak mana kat dalam tu) tapi tunggu tahun depanlah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau dapat banyak macam kak azie tu..bila lah nak rasa

    ReplyDelete
  3. bibir muncung akak tu boleh hampir sama dengan Angelina Jolie tak?

    ReplyDelete
  4. Aina pon dah boleh cash out tapi tunggu sat dulu...bagi banyak sikit...

    Betul Kak Azie hanya 'puak-puak' kita ja tahu macam mana perasaan perlunya update blog tu...ahahhaaa...

    ReplyDelete
  5. As-salam kak azie..

    Faham sangat tentang ketagihan nak menulis dan bercerita di blog tu kak azie he..he.. bagi saya ianya satu kepuasan.. nilai kecil yang sesekali bertambah tu buat hati seronok nak check jumlahnya.. setakat ni tak pernah cash out kan pun lagi.. bak kata kak azie selagi on going kan..

    ReplyDelete
  6. Kira banyak jugalah tu kalau sampai boleh buat beli kasut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, dapat beli kasut, sila buat entry ye kak.

      Delete
  7. saya sekali jer pernah cash out...kali ke 2 nie tengok ada peningkatan nak kumpul banyak sikit baru nak cash out....janji ada yea tak sapa nak bagi......

    ReplyDelete
  8. nak cash out..ada BE dok running..sayang jugak,kan...:)

    ReplyDelete
  9. sy x ada akuan tu.... tp tetap puas dgn blog berbanding FB. wallahualam kenapa. baca blog pun satu nikmat!

    ReplyDelete
  10. Rasanya dah 4 tahun lebih saya blogging, tapi belum pernah layak cash out lagi. Saya tak study blogging betul2 kot. Pening dan tak faham. Maka saya selesa menulis dan meluahkan dan berkongsi. Itupun tujuan asal sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. saya dah selamat cash out kak.. hehehe

    ReplyDelete
  12. saya blm pernah cash out sbb baru masuk cpuv . rasanya nak tggu sampai cukup target baru cashkan lah ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails