Wednesday, February 11, 2015

Bila si tukang dengar tidak lagi mahu mendengar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-02-2015


Mungkin ayat tajuk harus ditukar dari "tidak lagi mahu" kepada "tiada masa mahu.."

Bila selama ini kita merasa segalanya lengkap dan mudah tiba-tiba semakin hari semakin ada yang kurang, tidak lengkap lalu bagai kehilangan.

Bagai orang yang selama ini sering ada peneman dan pengiring, kini bagai keseorangan kena tinggal. Aduhai...

Bagi orang riuh-kecoh-kepoh macam saya (U name it, apa saja) memang loya kalu disebut dia sunyi. Tak kena langsung. Tapi apa yang akan kita rasai, kalu pun bukan rasa dipinggirkan, kita mungkin rasa itu sebuah kesombongan dan ego tinggi. Ahhh bosan nak layan..!

Ada waktunya kita (saya lebih-lebih lagi) selalu terlupa, bahawa bukan semua orang sudi dengan kita. Bukan semua orang ada masa untuk kita. Kadang tu orang tak nampak kita pun. Malah selalu juga kita rasa orang bagai sengaja tak nak nampak kita.

Hari ini saya berdepan pula dengan ego seorang yang "berkuasa". Walau nada tidak keras, tapi ayat sangat makan dalam. Terasa dan ketara, saya bagai 'bodoh' di mata dia. Mungkin itulah pandangan dia selama ini. Saya saja yang tidak terfikir kerana terlalu jarang berurusan. Lalu saya mengharapkan masa akan membantu saya memperbaiki diri. Bukan untuk dia, tapi untuk diri saya sendiri.

Dan dalam masa yang sama mengharap beberapa perkara yang terbeban di hati dan minda kepala dapat diluah dan dikongsi-rasa. Tapi takpa lah. Saya belajar untuk tidak mengharap banyak kepada sang pendengar saya. Mungkin dia memang takda masa untuk saya.

Sekian. Terimakasih. K, bai...!

Tayang-tayang:


Kerana di tempat kerja saya tidak dibenarkan radio secara terbuka (malah ringtone hp juga harus minima), lalu hampir semua orang guna earphone. Tetapi saya lebih selesa beli earphone sebegini berbanding yang sumbat telinga.

Lalu saya jadi pengumpul benda ni. Apa taknya, asyik patah saja... Ganas!


Saya ada banyak. Macam-macam warna saya beli. Tapi ini saja yang teringat nak snap. Yang lain tu belum panjang umur dah patah.


Warna putih ni saya sayang. Tapi patah juga.


Mula beli sejak setahun lalu, jadi saya ada banyak. Yang kaler magenta ni saya beli untuk Chak sebenarnya.

Terbaru saya beli kaler pink tapi saya dah malas nak snap.

Dah macam kegilaan yang pelik. Sekurang-kurangnya bila saya guna benda ni dengar radio or dengar muzik dari Mac saya, saya jadi kurang pot dengan keliling saya.

*Harga murah saja. Paling murah (yang ringan sekali macam yg hijau tu) hanya RM5. Offer masa tu. Ada juga yang berharga RM19.90. Beli di kedai accessori gadget di Seksyen 6, KD. Nama kedai: Kedai Ustaz. Sangat popular di sini. Selang 3,4 pintu dari butik Dato' Sarimah.


Tiap kali singgah, saya selalu rasa nak borong macam-macam sebab murah!



 ~...kalu sudah jemu SERI BULAN tidak pernah memaksa bertemu, kalu sudah bosan jangan pernah jadi kerasanan, dan andai sudah merasa lingu, tidak perlu menunggu-nunggu...~




6 comments:

  1. macam-macam kale tuuuu..boleh matching dengan baju kut he he

    ReplyDelete
  2. Saya selalu rasa begitu juga kak. Walupun selalu motivate diri agar berpijak di bumi yang nyata, tapi sering kali hati saya tetiba kecut dan kecik.

    ReplyDelete
  3. Bukan semua orang boleh buat kita bahagia. Tapi kak zai bersyukur dianugerahkan keluarga yang bahagia. Orang keliling kalau suka alhamdulillah.

    Cantik2 colour koleksi azie.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails