Saturday, February 28, 2015

Terimakasih kerana memerhatikan, sungguh malu untuk menyebut perhatian....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SABTUDAY
28-02-2015


RESAM seorang blogger. Tidak rela membiarkan blog sendiri terbiar tidak bergerak sekian lama.

Terimakasih kerana memerhatikan. Saya tidak mahu menyebut perhatian kerana itu bukan tujuan.

Walaubagaimana pun (ehhh skemanya ayat), saya mengaku sebenarnya tiada sebarang cerita untuk ditulis juga tiada sebarang berita untuk dihebah. Semuanya biasa biasa saja.

Permulaan tidak semestinya sama dengan pengakhiran. Hidup pun macam tu kan? Mana pernah sama tiap hari. Merujuk kepada saya sendiri yang lately mood macam graf harga minyak dunia... turun naik ibarat harga saham yang nenjadi dambaan pelabur melihat ianya naik dan naik....

Saya tidak mahu memaksa diri pun. Buat masa ni rasa nak tulis, saya hentam saja.

Perkembangan terkini (yang sedia kala kembang), minggu-minggu yang sedikit longgar sejak musim CNY yg mana ramai yang bercuti panjang hari tu. Projek sedikit kurang lalu department saya mendapat ruang untuk tidak OT (balik sharp 5pm) sepanjang minggu. Yeayyy! (Namun telah berakhir semalam dan minggu depan kena OT semula). Apapun saya suka!

Membiarkan diri larut dalam kesibukan kerja sesuatu yang tidak pernah saya kesalkan. Saya masih berada dalam golongan orang suka kerja wpun saya tidak muda dah... yup tenaga mungkin tua tetapi kekuatan jiwa dalam cabaran kerja saya masih boleh dipuji. Cewahhhh! *tekan lif sendiri.

Last... "aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, semua...?"


Tayang-tayang:


Gulai Lemak Cili Padi Ikan Masin + Nenas. Bagi tekak saya adalah gandingan terbaik. Bekalan saya. Bukan rajin mana pun tapi nak makan nenu beli sudah sampai ke paras jemu. Aduhai...






 ~...kiranya benar rupanya kata-kata nasihat Mak Utih dulu bahawa jangan terlalu mengharap hati dan ruang dalam jiwa seseorang kerana sekelip ia berkalih arah ada saja alasan untuk marah, lalu SERI BULAN jauh lebih sedar diri bahawa HISYAM walau sangat baik pun tetapi dia tetap seorang lelaki biasa yang selalunya terkurang masa...~




17 comments:

  1. sedaaapnya lauk.Menulis blog bagi saya adalah umpama mengecas batteri.Agar minda cergas setiap hari.Dan tak lupa diri kemudian hari.I read somewhere reading writing keeps the alzeimer at bay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh macam cas bateri yer Makcik. Hmmm saya setuju. Tetiba saya rasa sangat bersemangat...!

      Delete
  2. sedapnya masak lemak tu. lama dah tak buat masak lemak campur nanas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa apa lagi. Sila petik nenas sekarang. Hehehe

      Delete
  3. Welcome back azie....anyway masak lemak ciliapi ikan masin+nenas tu mmg mengancam tekak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh ancam mengancam dah ya. Takut plak kita. Hahaha

      Delete
  4. dapnya.. tolong resapkan sikit semangat akak kat sy... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat turun naik ni jangan diharapkan sangat...

      Delete
  5. Telan airliur tengok masak lemak tu....sedapnya walaupun dimakan dengan nasi yang sudah tidak panas lagi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Tapi jika diganding dengan nasi panas alangkah terangkatnyaaa!

      Delete
  6. sedapnya..apa...sy lama dah ponteng memasak.,.sbb bila sendiri masak mesti terpaksa mkn byk2..errr
    ade rase nk tulis kalu...boleh tulis.. tada mood kalu..duduk diam2 sje. kan kak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh bahaya ni. Masak sendiri jer nak makan banyak. Atau itu alasan malas masak? Hahahahaa!

      Delete
  7. selamat kembali menulis kak azie...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Harap tidak terhenti lagi lepas ni...

      Delete
  8. kak azie...saya pun sekarang ni selalu lama 'terbiarkan' blog, lasan klisenya..seeeboook, hi hi
    Apapun mmg ada rasa rindu kan kak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails