Monday, February 9, 2015

Beberapa kisah di sebalik cuti termasuk berebut cuti macam berebut eskrim...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
09-02-2015


Ramai sedia tahu bulan Februari ini memang ada banyak cuti umum. Bermula dengan cuti Hari Wilayah hari tu yang kemudian bersambung dengan cuti Thaipusam menjadikan cuti berganda yang sangat dinanti.

Bagi kami yang berada di bawah taklukan Selangor, merebut cuti pada Senin untuk mendapat cuti bersekali Thaipusam secara 4 hari berturut adalah suatu yang agak lucu. Ramai yang tidak lepas peluang.

Di Lantai Dua tempat saya, dah banyak kali saya tengok beberapa kes berebut cuti. Maklum ada waktunya tidak dibenarkan bercuti ramai-ramai serentak. Pernah sekali saya ternampak betapa teruja nak mintak cuti sehingga saya lihat seolah-olah kena 'panic attack'. Sebab tu time nak mintak cuti ramai yang lebih suka sembunyi-sembunyi. Hahahaha!

Tidak lama lagi bercuti 4 hari berturut pula untuk Chinese New Year. Kebetulan Sabtu berikutnya menjadi off-day Sabtuday buat saya. Tetapi menjadi hari bekerja buat kumpulan yang lagi satu. So tak best la kan nak kena datang Sabtu hanya 4 jam selepas cuti 2 hari then sambung cuti Ahad pula.

So setelah disurvey berapa ramai yang apply "tanpa sebab kuat" untuk Sabtu 21hb tu, lalu pihak pengurusan memutuskan untuk swap hari bekerja kumpulan tersebut pada Sabtu lebih awal (14hb). Bermakna bergabung dengan kumpulan saya yang sememangnya bekerja (alternate) pada tarikh tu. Adil.

Cuti CNY 4 hari nak ke mana? Mesti ramai yang nak balik kampung, kan? Good.

Bercuti ke luar negara? Good.

Bercuti lepak kat rumah masak makan sakan-sakan sefamili sambil layan movie best-best? Wow terbaekk!

Atau hanya jalan-jalan sekitar ibu kota menjelajah tempat yang selama ini tak pernah singgah atau masuk tengok or mungkin jejaki semula tempat yang dulu menjadi tempat lepak... sambil menunjuk kepada anak-anak tempat kenangan... yang hari ini sudah berubah wajah. Pun suatu cuti yang bagus juga.

Sila pilih cara masing-masing. Saya tahu apa pun cara, ke manapun hala tuju, semua orang suka bercuti.

Kami, terpaksa menukar rancangan cuti CNY kami kerana nampak gaya ada beberapa kerja ubahsuai dalam rumah masih belum selesai. Ada saja yang hendak ditukar, diganti, diubah dan rancangan yang dijangka seminggu melarat menjadi lebih berhari-hari. Letih dan tak selesa bila rumah asyik berabuk.

By the way, cuti CNY nanti saya rasa macam nak meronda beberapa jalan kenangan saya semasa saya baru mula-mula jadi orang KL. Saya pernah tinggal beberapa tahun di Taman Desa. Kira-kira 1 tahun di Ulu Klang dan berulang alik naik bas seawal 6.30am tunggu bas Sri Jaya depan sekolah antarabangsa Sri Inai tak jauh dari rumah Tan Sri Jins Shamsudin tuh...

hmmm...

terkenang dulu pernah muntah lepas naik roller coaster (tak besar mana pun) dalam Yaohan the Mall tu... hmm bila kali akhir masuk Yaohan?

dan pernah 6 bulan berulang alik belajar menjahit baju di Chow Kit. Tapi skang ni, katakan jahit jadi baju, nak jahit baju koyak pun dah kekok..!

Tayang-tayang:


Masa bercuti ke Puncak haritu, saya sedondon backpack dan hand carry dengan kawan saya. Pink pekat menawan. Lambang Kempen Breast Cancer by Avon. Limited Edition. I like..!




 ~...tidak mudah sebenarnya bagi HISYAM untuk menjelaskan kepada Mak Utih dan warga Teratak Nyatuh terutama sekali apabila melihat ke dalam mata SERI BULAN, bahawa sepanjang hilang selama 3 hari 3 malam dia bukan sengaja sembunyi kisah tertangkap menegur anak dara Pak Imam di lorong denai tetapi terperangkap dalam hujan lebat di hutan dara sebelah lembah semasa kepingin jadi pemburu kijang bersama Pak Seman yang juga kemudiannya hilang belum ditemui....~




5 comments:

  1. Kakcik juga pernah belajar menjahit. Pernah buat kebaya dan baju kurung sendiri.

    Sekarang? jahit jelujur pun macam tak kena gaya... :)

    Tak fikir lagi nak ke mana CNY ni sebab jika diizinkan Allah, hari pertama CNY tu kakcik baru tiba semula ke Malaysia selepas beberapa hari di 'sinun'...

    ReplyDelete
  2. Aina macam biasa mak dah block date untuk pelbagai aktiviti di kampung cuti CNY nanti padahal cuti 4 hari baru2 ni dia ada je kat Kajang.

    ReplyDelete
  3. saya tak kemana...cuti sebegini hotel menjadi sibuk..

    ReplyDelete
  4. Belum plan lagi nak ke mana.. kalau dok rumah pasti bosan.. eemm..

    ReplyDelete
  5. Yaohan the mall....last pergi 23 tahun lepas...huhu...terlalu lama tak gi...ada ke lagi roller coaster tu...?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails