Sunday, February 1, 2015

Jangan bergaduh mengamuk di tempat kija. Malu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
31-01-2015


Semalam. Pada hari Jumaat yang mulia. Kira-kira 15 minit sebelum maghrib. Lantai Atas. Department saya. Meletus dan meletup dek balah mulut, jerit pekik, hempas paper dan diakhiri dengan dentuman pintu.

2 orang rakan sekerja yang mulanya bincang pasal kerja yang sedikit bermasalah, rumit dan berserabut... kemudian jadi balah-tekak dan bila salah sorang jerit, yang sorang lagi ikut balas-jerit. Yang lain ikut terkujat terkedu lalu terdiam. Saya rasa saya sorang saja yang tetiba spontan bersuara..."Sabar...sabar".

Mujur ianya berlangsung kira-kira 2,3 minit saja. Tiada lanjutan lagi kerana kemudian masing-masing beransur ke surau. (Kami OT sehingga 8:00 malam masa tu).

Kesal. Memalukan. Menjadi pandangan rakan. Dan tidak terlepas diperkatakan orang pula selepas itu. Yang saya kesalkan ialah kedua-duanya bergelar 'kakak' dan lebih tua dari saya sendiri. Alahai... saya kira makin tua makin tinggi tahap kesabaran rupanya tewas dek perasaan amarah.

Sorang rakan sekerja kemudian tanya saya, "Kalu you... bla bla.."

Saya terdiam memikir. "Saya tak ingat bila kali akhir saya bergaduh dengan rakan sekerja. Berpuluh tahun tak pernah gaduh dengan sesapa pun."

Ya baru saya ingat. Saya tak pernah bergaduh balah-tekak hempas barang jerit-jerit dengan rakan sama tempat kija. Hampir tidak pernah. Cuba fikir... habiskan masa 8 jam (dalam kes kami, 12 jam sehari) di tempat kerja bersama kawan-kawan sepejabat. Sampai hati ker nak sakitkan hati orang? Tergamak ker nak jeritkan orang, tinggikan suara pada rakan yang kita dok hadap tiap hari?

Saya tak tergamak (walaupun suara saya semulajadi kuat) kerana sepertimana kita tidak suka orang jerit tinggi suara dan melukakan hati kita... begitu juga perasaan orang lain. Saya sangat pasti tentang itu. Bersabar tidak pernah merugikan.

But... bila bincang pasal kerja ada ketika saya sangat tegas-keras bilamana saya yakin saya betul dan yakin saya tahu.

Tayang-tayang:


Lama tak makan KFC. Saya beli untuk sefamili. Kombo Bucket B. Dapat Fortune Jar warna emas ini. Takda sapa di rumah berminat. Lalu saya letak di work station saya buat "Tabung Gajah".


Hahahaha... sampai bila la nak penuh niii...






 ~...sudah beberapa hari cuaca begitu baik dan awan nampak bertelak berketak-ketak lalu ramai sekali warga Kampung Separuh Desa keluar bersiar sambil menunggu penjual aiskrim lalu setiap petang dan panas membahang memberi rezeki mata juga bila SERI BULAN turut melanggan sambil senyum lebih manis dari aiskrim vanila...!~




11 comments:

  1. Sikit2 lama2 penuh kak. Saya pun ada tabung kat opis dan atas meja solek. Hehe.

    Kat opis saya pun ada yg perangai camtu tp lelaki. Tapi takdelah hempas2. Cuma menjerit kuat je. Memalukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually tu tabung sampingan sbb nampak cantik dan sesuai. Memang dah ada pot utk syiling tu pun belum penuh jugak. Hahahaha

      Delete
  2. malu2 wei bergaduh mana2 pun...tapi mcm tu la asam garam kerja ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pompuan bergaduh lebih malu sebab kita dilihat sopan dan menjaga adab. Tapi bila dah marah... hilang santun silu nya.

      Delete
  3. moga semuanya kembali baik, mungkin sebab masing2 dah keletihan, itu yang keadaan jadi panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sebab kebetulan hari Jumaat. Masing-masing dah letih sebab sepanjang minggu OT sampai malam.

      Delete
  4. malu saya baca.

    ada provokasi ke sampai gaduh2 gitu?

    ReplyDelete
  5. adehhh!!!!!memalukan betul la klu pompuan gaduh jerit2 (sib baik tak tarik rambut/tudung ekk?)…btw nak bgt nih!!!!! tabung gajah kita sama leeeer. heheh dpt free tapi tgk cam berpinor2 mata keemasannya terus ingat $$$$$. tak sangka ada geng :P

    ReplyDelete
  6. kak azieee...pakabar, moga sihat hendaknya, sori lama tak singgah, alasan klise tapi tak bagitau jugak, sibukk, hi hi..

    ReplyDelete
  7. Boss saya suka jerit2 macam org gila kalau dia marah....huhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails