Wednesday, October 5, 2011

Tukar nama? Aku terpaksa “Unfriend”...

Assalamualaikum
Rabu
05-1-2011



Kerana aku banyak masa senggang sehari dua ni, aku semak beberapa “situasi” dalam FB aku. Ramai betul yang aku tak kenal berada dalam senarai friends.

Yang tukar nama pun ramai. Dari nama yang aku kenal (agaknya) kini dah tukar nama menjadi nama samaran/nama glamer yang aku dah jadi tak kenal.

So, tanpa rasa bersalah aku terpaksa la “unfriend”kan. Jumlah friend bukan soal sama sekali. Biar sedikit tapi aku kenal walaupun lama tak beramah mesra dan aku pun bukan jenis rajin nak bertunggu tangga kat laman FB. Chat pun aku selalu off.

Yang aku tak kenal request pun aku tak terima. Sebab tak kenal. Rasa macam, buka pintu gitu-gitu pada tetamu yang kita tak pernah kenal.

Contoh:

minah Jepun kot.

Sori Berlori la pada mana-mana yang aku dah TER‘unfriend’ sebab bila saja korang tukar nama lain yang aku tak pernah dengar, aku dah rasa asing.

Selingan:

Tergelak baca post ni 2,3 hari lalu. Aduhai.


*AA sejak dulu, dalam mana-mana laman sosial pun memang guna nama ini wpun bukan nama ikut MyKad.




~...ramai sekali warga penduduk Kampung Separuh Desa tidak pernah tahu nama sebenar HISYAM memang bermula dengan Tengku tetapi teramat jarang dia mengaku di kertas kecuali atas urusan antara hidup dan mati...~







38 comments:

  1. saya terus hide update saya di FB pada org yg tak berkenaan. Depa ni jenis masuk, tengok dan gossip...itu yg meluat sangat, kita tak kacau depa, depa yang lebih2 pulak kan.

    ReplyDelete
  2. saya guna nama jejaka kabur.da unfren? keh keh~~

    *makcik guna nama apa? nak add~~

    ReplyDelete
  3. ZUWAIDAH:
    Betul. Kadang-kadang kita rimas sebab kita tak kenal depa pun, kan?



    BUJAL:
    Makcik dari dulu lagi bertahun dok pakai nama ni la jugok.

    ReplyDelete
  4. Saya kena tgk betul2 sapa yang di confirm kan sebab ramai yang tak kenal dari kenal!!!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    kak azie.. ayu singgah sini..
    wah!! rindu

    yang pasti jgn unfriends nama daku!!!!!
    ayu dua puloh sen

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    PANGGIL DIRI "LF" TAPI DALAM BUTIRAN PROFIL ADA DINYATAKAN NAMA SEBENAR. JADI NAMA SAMARAN YG TAK SAMAR !


    p.s. KAK AZIE, INSYAALLAH KITA JUMPA MASA PERJUMPAAN 23 OKT NANTI ! KAK AZIE DATANG KE?

    ReplyDelete
  7. kalau kat fb memang kena
    tapis ...malas rasanya
    kalau add tapi pas tu sonyap je

    ReplyDelete
  8. UNCLE:
    Saya pun begitu. Saya pun tak tahu nama yg Uncle guna di FB.



    AYU:
    Haiii... pekabar?
    Lama senyap.
    Nama AYU dah kenal sejak dulu. Jika tukar, memang nak kena.

    ReplyDelete
  9. GEDEK!:
    Tidak rasanya. Berminat nak add saja kah, BRO?



    LUAHFIKIRAN:
    Di FB guna nama ini juga kah? hehehe.

    *23hb, insyaAllah datang. Tapi janganlah datang kerana nak jumpa saya jer.

    ReplyDelete
  10. ATI:
    Betul. Memang kena tapis.
    Senyap kerana sibuk takpa, asal kita kenal. Yang riuh pun, tapi kita tak kenal, susah juga.

    ReplyDelete
  11. akak... nanti kita nak add akak la... atau akak add la saya!! saya mahu 'friend' dengan kak azie.. hehe =)

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak kekadang sy pun tercenggang-cenggang bila dyorang tukar nama lain... lagilah haru bila gmbr dia muka lawa2 dia tukar lak gambar lembu...adoiii aii mcm2 pesenlah dorang ni !!

    ReplyDelete
  13. KELLA:
    Sila. Takda masalah. Beri mesej bersama request ya.


    CT NOARIZAH:
    Ramai pulak sejak kebelakangan ni, trend tukar nama glamer, kan?

    ReplyDelete
  14. pesbuk jarang sekali update n3

    ReplyDelete
  15. NM02:
    Saya masuk selalu, update posting yang jarang.

    ReplyDelete
  16. azie..
    siapa uncle tu..saya pakcik...

    ReplyDelete
  17. Azie
    Persoalannya sekarang "dah mandi lum"? ekekeke...

    ReplyDelete
  18. AZANI:
    UNCLE tu memang tepat dah dipanggil Uncle.
    Tapi dengan saya awak tak bleh dipanggil pakcik, sebab awak lebih muda dari saya. hehehe



    SOM:
    Yelah... yelahh nak pegi mandi la niii... > jalan hentak kaki.

    ReplyDelete
  19. kadang² rasa juga macam kata selingan tu... tapi, biar lah budak² muda ada ikon yang senonoh, daripada berikonkan budak² AF tu je

    nak suruh orang muda berikonkan ustad harussani, ustad harun din, "tak muda" lah dia orang, hehe

    ReplyDelete
  20. KAKCIK:
    Kenal. Masih kenal lagi. Dont worry.



    KUCING OREN GEMOK:
    Betul. Niat tu betul. Cuma pengisian dan selingan memeriahkan peserta itu ada kala seperti sedikit tersasar. Tapi, ya itu lebih baik dari mereka memuja artis AF.

    ReplyDelete
  21. HEZRIN:
    Nama awak tak pelik. Kalu tukar nama jadi nama robot, baru ler kena reject. hehehehe

    ReplyDelete
  22. nama acik diFB..memang ikut mykad..senang kawan nak cari..

    ReplyDelete
  23. ACIK:
    Majoriti akaun FB memang guna nama ikut MyKad, senang orang nak kenal dan tidak keliru.
    Sokong dan setuju.
    Tapi saya dari awal guna nama ini juga tanpa mengubah apa-apa. Kalu ada yang tak kenal or tak leh terima, tidak pula menjadi hal pada saya.

    ReplyDelete
  24. huhuhu...jangan unfriend saya akak....

    ReplyDelete
  25. kat facebook sy guna nama dalam kad pengenalan..sbb tkde apa nk dirahsiakan tp kt blog...privacy sikit.

    ReplyDelete
  26. wowo.. unfriend? hee.. sy pun terfikir nk buat gtu kat fb.. dah lah nama tukar, profile pic pun bukan gamba tuannya, mmg rasa asing n stranger kan?

    apapun jgn unfollow saya udoh ler..
    sebab sy dah tukar jadi FM..hehehe!

    word 'unfriend' itu sgt sopan drpd 'delete' kan?? hee

    ReplyDelete
  27. EELOBOR:
    Belanja eskrim!



    NYANYISUNYI:
    Kat blog karangan kita kadang2 ada orang tak faham dan salah faham.

    ReplyDelete
  28. FATIN MRAZ:
    Yup. Itu yang Kak Azie rasa.
    Unfriend tu masih boleh Friend balik (rasanya).
    Tapi kalu dah delete/remove, susah nak Friend balik kot. (rasanya la)

    ReplyDelete
  29. Oooohhh Tengku rupanya si Hisyam tu naaaa :)

    ReplyDelete
  30. DINAS ALDI:
    Allahuakbar... itu pula yang cikgu nampak yer... hehehehe

    ReplyDelete
  31. Kak kalau amy syaquena tukar kepada sinar raudah..kena unfriend jugak ke huhuhu...jangan marah na gurau je hehe...

    ReplyDelete
  32. AMY:
    Nama Sinar Raudah masih tetap dikenali. Boleh ingat. Mana leh unfriend nama tuuu...:)

    ReplyDelete
  33. setuju kak azie..
    kita geram sgt bila kita PM sorg pemilik nama samaran tanya dia sapa dia wat derk je..rs cam nak unfriend jugaklah..panas ati weh bila add kita tp buat2 bodo sombong ni..

    ReplyDelete
  34. Saya unfriend orang2 yang suka tag2 and cakap mencarut kat FB je...hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails