Wednesday, March 4, 2015

SPM result: jangan lupa, kita pun menyumbang kegagalan mereka...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
03-03-2015


Tarikh 03-03-2015. SPM 2014 diumumkan. Tahniah kepada anak-anak kita yang mendapat keputusan.

Seperti lazimnya setiap tahun saya tumpang bangga tumpang happy meraikan kejayaan calon. Tidak kira berapa pun A yang diraih. Tidak kira samada mereka balik dengan gumbira ria lompat-lompat bintang jerit-jerit atau dengan alasan "semua A pelajar lain dah ambik so tinggal yang C, D, E saja...." Well... depa dah usaha. Jangan marah-marah parents.

Pengalaman saya... hmmm memang ada anak yang papernya failed. Kejayaan itu sedia kita maklumi adalah subjektif. Terima dengan tabah. Usaha untuk perkara mendatang bukan ungkit-ungkit kesal benda dah lepas. Parents, jangan lupa. Kita pun ada salah kita. Kita pun menyumbang kegagalan depa (but ada baiknya tidak menyebut itu suatu kegagalan). Peringatan untuk diri sendiri.

Secara peribadi, tiada anak-anak saya yang menjadi calon 2014. Tetapi Alia akan hadapi SPM tahun ini.

Okeh... semalam saya ada sebut "tersangkut" shopping berjemaah dengan kengkawan sekerja. Beli barang rumah secara online from Lazada.com.


Juice blender yang comel. Ada 2 bottle sedia minum. RM35.00. Kami order lebih dari 50 pek. (Purchase above RM100 penghantaran percuma). Batch kedua order hari ini (lagi 12 pek) harga naik RM2 menjadi RM37. Amboiii bisnes online.

Agak praktikal diguna di tempat kerja atau travel or picnic. MyToklaki minat air buah so beli untuk dia. Hmmm... saya? Biasanya tak berapa rajin. Saya kan pemalas?

Tayang-tayang:


Tak sah tak menunjuk masakan. Jeruk Asin + Ikan Bilis + Cili Kering. Pembuka selera, bagi tekak saya. Makan dengan porridge pun enak, saya kata la...

*dunia media sosial saya berubah beberapa hari ini. Sementara sahaja. Harap maklum dan tidak tanya kenapa.





 ~...bukan tidak berusaha bukan tidak mencuba agar hubungan kembali sediakala kalaupun tidak lagi boleh mesra ibarat dulu intai-intai celah kain tutup tingkap, tetapi setidak-tidak HISYAM tidak terlalu kejam mengandaikan SERI BULAN itu berubah hati kerana Mak Utih sedia menjadi saksi....~




6 comments:

  1. Secara jujurnya, saya masih belum boleh berbangga atas kejayaan anak saya sebab saya belum cukup menyumbang. Tapi.kalau dia gagal, betul lah kata K. Azie, ianya kegagalan saya sebagai ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Aziela.. jangan menyebut kegagalan kerana dibimbangi akan menjadi set.minda negatif pula. Motivasi diri sendiri bahawa anak2 akan berubah dari masa ke masa. Kita usaha mana yg mampu...

      Delete
  2. Azie,
    Nak anak berjaya,ibubapa juga kena berjaya...berjaya membimbing,berjaya memotivasi anak2 dan juga berjaya mengekang kehendak peribadi dan kepentingan diri sendiri.Dulukan anak anak.Insha Allah..kejayaan bersama kita.

    ReplyDelete
  3. Tahun ini anak sulung akan menghadapi PT3 tahun hadapan anak nombor 2 pulak dan anak nombor 3 akan ambik UPSR. Bagi Aina kejayaan dalam pelajaran bukan kayu pengukur untuk mereka berjaya dalah hidup. Ada juga kawan-kawan Aina yang SPM dapat pangkat 3 berjaya menjadi ahli perniagaan tersohor. Jangan letak gagal mendapat pencapaian terbaik dalam peperiksaan sebagai satu kegagalan dalam hidup.

    ReplyDelete
  4. Biarlah kejayaan seiring dan selari dunia dan akhirat...walaupun result baik tapi perangai kurang sopan pun tak guna juga....

    ReplyDelete
  5. hehehe, saya lak setiap kali keluar keputusan SPM hanya 2 perkara saya terpikir. "Kalaulah" saya dulu belajar rajin-rajin... hahahaha dan benda ke-2, Ya Allah, dah 21 tahun lepas rupanya aku ambik result SPM. Dah semakin tua aku ini....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails