Saturday, March 21, 2015

Saidah kahwin #01: Persiapan awal pun dah sakit pinggang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
21-03-2015


Mana-mana majlis kenduri ataupun kenduri kecik, persiapan biasanya melibatkan banyak perkara. Kecil besar. Ada saja yang hendak dikerjakan, dibuat, diubah atau gubah juga yang hendak dibuat baru.

Masa ni la adik beradik anak beranak berkumpul gotong royong membantu mana yang sempat.

MyKakYang berwalimatulurus lagi. Anak perempuan yang ke-4. Dan kami berhimpun lagi. Kebetulan majlis diadakan pada musim cuti sekolah.

Majlis sederhana. Dibuat di rumah sendiri kerana dewan seluruh bandar PB sudah habis ditempah orang.


Sudah menjadi lumrah keluarga, gotong royong sudah menjadi budaya terutama bila tiba majlis besar sebegini.


Yang berwarna-warni ini didatangkan khas dari KL.


Hasil gigihnya saya 'mengutip' wrapper paper A4 di tempat kerja saya. Yang mereka-bentuk menjadi goodie bag ialah anak-anak dara saya.


Tidak lengkap majlis nikah kahwin tanpa acara berinai pengantin perempuan.


Berinai cara moden yang lebih mudah cepat dan kreatif. Henna Designer didatangkan khas dari Air Hitam. Saya sendiri rasa teruja nak join.


Sangat mudah berinai zaman sekarang. Celup jari untuk melekatkan inai dan biar beberapa jam ia mengering. Yang dilukis di atas tangan akan mengering lebilh cepat dan boleh "peel off" dengan mudah.


Untuk yang bukan pengantin ni, design ringkas sebegini sudah memadai.



Dan kepenatan sakit pinggang tu bukan lah semata-mata buat kerja tapi kerana usia yang sepatutnya manja-manja, juga kerana faktor pinggang sudah tidak lagi ramping.





 ~...kisah SERI BULAN dan HISYAM elok dihentikan saja...~




9 comments:

  1. Semoga berpanjangan jodoh mereka hingga je hujung nyawa dan berbahagia bersama hingga ke syurga. Aamiinnn... :)

    ReplyDelete
  2. Masa pengantin dulu mmg ramping
    Lepas jadi mak dan makcik pengantin.. For sure dah tak ramping..
    Ekekekeke
    Kan?????

    ReplyDelete
  3. majlis yang paling meriah kerana dapat bertemu saudara mara yang jauh dan hanya boleh berjumpa bila ada majlis sebegini.....

    ReplyDelete
  4. tang goody bag kanak kanak tu idea bagus.. boleh jimat dan recycle

    ReplyDelete
  5. Menarik & tertarik dengan pengalaman ini.. moga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  6. terkadang kita dibikin sibuk kalau ada momen seperti ini,,Obat Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete
  7. Saya tak terdaya lagi nk rewang, tp saya seronok berada dalam suasana rewang

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails