Monday, March 16, 2015

Pameran kasut lagi: MISF 2015 ~ lone ranger

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-03-2015


Sabtu lalu, lepas kija, walaupun tanpa geng dan tanpa kawan menemani, saya tetap pergi ke pameran kasut tahunan. Malaysia International Shoe Festival 2015.

Walaupun lokasi tahun ini agak jauh (di KL Convention Centre) berbanding PWTC tahun lalu, tidak susah pun nak pergi.


Kerana saya seorang peminat kasut, pameran sebegini menjadi agenda tahunan dalam kalendar saya. Walaupun tak berniat nak borong pun (tahun lepas beli 2 pasang saja) tapi menjamu mata sudah cukup memuaskan.

Rupanya agak jauh dewan Hall 6 dalam KL Convention Centre ni. Penat juga menapak hingga ke hujung. Dewan-dewan sebelumnya penuh dengan exhibition akademik yang disertai oleh banyak universiti dan kolej-kolej swasta terkenal.

Berbeza MISF tahun lalu orang awam bebas masuk, kali ini setiap pengunjung wajib daftar.


Hanya perlu log in akaun Facebook dan like page MISF 2015. Yang sudah mendaftar akan di"chop" di atas tangan dengan dakwat purple bercorak love.


Pentas runaway. Ada fashion show jam 6.00pm tapi saya tak tunggu. Terlalu lambat. Saya dah set dalam minda, 1 jam dalam dewan ni cukup. Takut tergoda beli. No budget plus sebab kasut yang ada masih elok.


Jenama Dato' Zhang Toi yang setiap tahun menjadi tarikan utama. Ada model berdiri di situ dan ramai pengunjung bergambar sambil selfie dengannya.

Saya tak jumpa booth pameran rekaan Dato' Jimmy Choo tetapi ada satu booth yang menayangkan slide pereka-pereka terkenal termasuk Dato' Jimmy.




Beberapa rekaan unik dan kreatif dipamer, tetapi saya tak jumpa dewan khas untuk pertandingan rekaan seperti tahun lalu. Yang saya hairan ada pula satu booth developer yang agak besar mempamerkan model lot-lot rumah semi-D dan shophouses di celahan booth kasut.




Ada satu booth yang meletakkan sandal kulit bersaiz gergasi ini yang sungguh menarik perhatian. Traditional Malay Shoe. Capal Melayu.


Ini perekanya. Sibuk menjawab soalan-soalan pengunjung bukan Melayu yang nampak tertarik dengan reka bentuk dan buatan capal kulitnya. Membuat secara live di booth sebegini memang sungguh menarik perhatian. Saya sendiri tak pernah tengok orang gunting kulit dan ketuk material capal kulit secara manual begitu di depan mata.




Di sebalik kemeriahan dan keindahan kasut-kasut rekaan moden, melihat rekaan tradisional sebegini membuatkan saya rasa seronok dan bangga. Walaupun kita sedar ianya pasti mahal tetapi nilai budaya itu mengatasi nilainya di pasaran.

Lawatan sejam yang memuaskan.

Tayang-tayang:



Koleksi terbaru. Masih baik jadi tiada sebarang buruan di pameran. Jamu mata saja dah cukup.






 ~...HISYAM sudah menyebut surat di bawah tempurung tidak lagi sesuai untuk berhubung kerana dibimbangi basah dek hujan yang sering tidak menentu tetapi SERI BULAN yang berasa sedih kerana surat kiriman HISYAM yang dikumpul dalam bakul anyaman rotan itu pasti tidak akan bertambah dan hubungan dikhuatiri akan tidak lagi basah...~




6 comments:

  1. Nak cari capal yang berkualiti agak susah sekarang. Memang haruslah ianya mahal...

    ReplyDelete
  2. nautifit tu bagus gak.. sy ada sepasang.. lasak dah 4 tahun lebih masih ok..
    nway thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. saya juga peminat kasut . mau byk rembatan ni klu saya pi situ ...

    ReplyDelete
  4. Disebabkan sebelum ini kak zai sakit pinggang dan kaki yang kronik kak zai hanya boleh menggunakan kasut Scholl.

    ReplyDelete
  5. Macam mana la wife saya nie boleh terlepas pandang nih..... hahahaha Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Aina setahun 2 pasang kasut je beli...limitkan diri...tapi tahun ni tak beli lagi...ahahahaa...kalau pi situ mesti terjebak jugak.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails