Monday, May 11, 2015

Hari Ibu: pendapat orang memang tidak akan pernah sama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
11-05-2015


1st Ahad bulan Mei. Sambutan Hari Ibu. Nak kata sambutan pun tidak juga. Sebab tiada perayaan apa-apa. But ianya jatuh pada hari minggu kerana lebih bersifat kekeluargaan.

Ada pendapat menyebut ulama berkata, haram. Juga pendapat menyebut harus.

Untuk mengulas, saya bukan orangnya.

Kami tetap ingat tetap rai dengan cara tersendiri. Tiada sambutan besar pun. Bagi saya hanya 2 kali hari istimewa di mana saya terima hadiah. Hari Ibu dan Birthday. Jarang kuar makan-makan pun. Rutin harian seperti biasa. Bukan bermakna berkurang kasih sayang. Tapi cara kita tersendiri.

Hadiah dan kad sebagai menyemarakkan kasih sayang dan penghargaan. Adakah itu salah?

Tahun ini saya sibuk di Hari Ibu. Berada di luar rumah sepanjang hari hingga petang membuatkan saya excited nak balik cepat. Anak-anak dah hint ada hadiah kat rumah.


Neck pillow. Pouch. Passport holder. Cards holder. Anak-anak kongsi duit beli. Konsep seperti untuk orang yang kaki travel, kan?


Yang ini memang rare. Customade. Nama yang indah.

Tidakkah itu juga indah di hati saya?




 ~...sekian lama bermanja kasih dengan Mak Utih dan Pak Utih di bawah lindungan Teratak Nyatuh, SERI BULAN dan HISYAM bukan sahaja dianggap seperti anak, malah ibarat teman mencurah cerita juga dilihat seperti rakan kongsi yang bukan sahaja menguntungkan tetapi juga mengujakan...~




12 comments:

  1. Yang penting adalah ingatan, kan? :)

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Yang penting jangan di lupa pada ibu bapa kita...
    buruk baik mereka tetap ibu bapa kita
    Tiada mereka tiadalah kita di dunia ini

    ReplyDelete
  3. saya suka pendapat SS Mufti WPKL

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Yang penting jangan di lupa pada ibu bapa kita...
    buruk baik mereka tetap ibu bapa kita
    Tiada mereka tiadalah kita di dunia ini

    ReplyDelete
  5. ada ibu sentap bila anak kata hari tersebut (kelmarin) tak ada sambutan istimewa..ustad kata haram walhal sebelum itu memang tak pernah lupa..hati mana mau jaga, ustad.. ke emak? ..
    bagi saya..kita buatlah sepertimana kebiasaan..jangan yg tak biasa raikan hari ibu tetiba buat.. ini ikutan tapi tak salah jika niatnya tidak menyimpang dgn Islam. Islam menyuruh kita merapatkan silaturahim.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Seronoknya bila dihargai..

    ReplyDelete
  7. Dapat daripada orang yang tersayang memang hebat! Senyum panjanglah jawabnya...anak-anak pon happy!

    ReplyDelete
  8. Salam k azie, sori lama tak singgah, bukan lupa, tapi sibuk sikit dan hilng mood berblog aplagi bw...aduhai..
    Hadiah tk salah kot...cuma kenapa nk kena tggu hari ibu.....

    ReplyDelete
  9. Sempoi tapi dari anak2 besar maknanya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails