Monday, May 18, 2015

Memori Bali 04: Puncak Kintamani yang nyaman dingin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
18-05-2015


Pulau Bali adalah pulau yang ada gunung berapi. Ada tanah tinggi. Ada tanah rendah. Bukit bukau. Sawah padi teres (terrace rice). Cuaca memang sejuk nyaman terutama bila berada di atas kawasan tanah tinggi. Ya kita boleh bayangkan seperti Cameron Highland.


Melalui jalan berliku, selekoh dan berpusing (dah rasa macam Bukit Putus, Kuala Pilah pulak) menuju tanah tinggi untuk makan tengahari, tidak langsung membosankan. Pemandangan cantik, hijau sekeliling dan kami boleh nampak puncak gunung tertinggi di sini, gunung berapi Gunung Agung.


Kintamani Restaurant, merupakan lokasi makan tengahari. Puncak Kintamani ini menjadi lokasi “wajib lawat” bila kita datang ke Bali. Memang terkenal sekali Kintamani ini.


Pintu masuk. Seni ukiran dan corak lukisan sangat sarat. Patung-patung tidak terkecuali dan saya buat tak nampak saja patung besar di kiri kanan laluan itu.


Ruangan bufet. Sangat luas ruang dalam restoren yang kami masuk. Sebenarnya di sebelah luar juga ada beberapa buah restoren lagi yang juga besar dan berhias ukiran yang cantik. Yeaa... semuanya 100% halal.


Tidak sah datang ke Indonesia jika tidak merasa Apokat Juice yang terkenal ini. Avokado yang diblend bersama susu dan dihidang bersama coklat.


Ada puluhan jenis menu nasi dan lauk pauk. Wajib ada ialah megi Indomee yang ada di setiap restoren bufet. Pecal depa sangat sedap (sebab kuahnya ada cekur, sebab tu orang Jawa di Malaysia yang buat kuah pecal guna cekur rasanya sangat enak). Juga ada sate, kuih muih termasuk pisang goreng bersira madu (saya tak gemar), bubur (depa banyak hidang bubur jagung dan bubur pulut hitam)...


Sticky Rice with Pumpkins namanya. Ianya Pulut dikukus bersama Labu Manis dan dimakan bersama nyior parut dan disira dengan gula melaka. Woooo enak betul. Saya suka yang ini. Senang saja kalu nak buat sendiri nanti.


Dari atas restoren boleh jelas nampak awan yang indah seperti menyapu dan membalut puncak Gunung Agung.


Nak tayang gelang kayu dan rantai manik Bali. Hahahaha..!


Ini surau@musollah wanita. Surau lelaki di sebelah bawah (menuruni tangga), saya tak snap pun. Tandas di tingkat bawah restoren dan ada cleaner menanti. Setiap kali pelanggan keluar dia akan cepat-cepat masuk dan mengelap mangkuk tandas dengan tisu untuk next pelanggan. Wahhhh...

Kerana kami tiba agak lewat dan melepasi Zohor (Zohor kira-kira 12.20 pm) jadi kami makan dahulu sementara menanti Asar untuk terus solat jamak secara berjemaah di surau lelaki yang terbuka seperti serambi rumah. Cantik bersih sejuk nyaman. Air pun adoiii dingin.


Yang tak menahan ialah budaya menjual di kaki lima atau lokasi lawatan. Aduhaii... ini terdapat di mana-mana ceruk pun di negara ini. Menjual cenderahati atau barangan tempatan sehingga ke hujung jalan laluan kita. Tetapi depa tidak boleh melepasi sempadan-sempadan tertentu, contohnya tidak boleh melepasi tangga restoren seperti saya berdiri posing di atas tu. Penjual nak jual ker.. nak merayu ker.. nak tarik-tarik baju ker.. sila tunggu kat bawah. Itu yang selalu ikut sampai dalam van selagi kita tak beli. Sila tolak secara baik, senyum dan masuk duduk diam-diam. Dan di sini saya dikepong sehingga panik tak boleh bergerak ke mana pun sehinggalah Pak Ida datang mengambil dan mengiring saya ke van.

Tetapi belum pernah lagi tak beli. Setiap kali ada penjual sebegini ada saja antara ahli rombongan yang sanggup beli sekurang-kurangnya satu. Rezeki depa. Saya beli rantai leher tu pun semasa depa dok follow hingga ke van di tempat lawatan silver sebelum itu.


Menuruni puncak ke tempat lawatan seterusnya. Kopi Luwak.

Next entri yaa...





 ~...Mak Utih sudah berpesan jangan ke balai raya tanpa berteman tetapi kerana SERI BULAN terasa hati hendak merajuk dia lalu berjalan di denai sendirian pulang lalu HISYAM segera mengekori dalam diam sehingga nyaris pula SERI BULAN mengejeknya hendak meniru seperti Pendekar Bujang Lapok mengejar Cikgu Ros...~




3 comments:

  1. Pulut tu nampak sangat-sangat menyelerakan. Rasanya boleh buat sendiri tu

    ReplyDelete
  2. Kat indonesia memang mengagumkan tandas bersih.. walau kedai tepi, jalan tandas pesen lama.. tapi bersih.. masa pi bandung dulu ada satu rumah makan tandas dia pun ada yg tukang lap setiap kali digunakan..

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails