Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

Redup Rimba Corner @ Tasik Cempaka Bangi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-05-2016


Ahad lepas, selepas balik dari walimatulurus di rumah sahabat lama, saya singgah menyertai program santai petang, Mencendol di Tasik Cempaka. Program agak mengejut bersama beberapa orang teman blogger lama. Lama kerana kami dah lama kenal sejak awal menjadi blogger, dan lama juga tidak berjumpa dalam program gathering.

Bagi saya yang pertama kali mencari Tasik Cempaka (walaupun ke Bandar Baru Bangi sendirian sudah beberapa kali), 2 kali memusing baru saya jumpa bangunan Pejabat Tanah yang menjadi landmark tempat cendol ini.


Sebenarnya Redup Rimba Corner ini sudah lama popular di kalangan kaki cendol. Sudah kerap melihat dan membaca ramai sekali kawan-kawan menayang gambar. Rupanya, tempatnya sangat mudah dicari, tepi jalan berhampiran Perpustakaan (juga dekat dgn Warta lama) dengan ruang parking keta agak luas dan memudahkan.


Mulanya kami duduk di padang terbuka di bawah pokok yang rendang kerana cuaca redup dan berangin, tetapi baru 5 minit, titis air mulai turun. Lalu semua pelanggan mencari tempat di ruang berbumbung. Bersebelahan dengan sungai dan tasik. Pemandangan memang sungguh cantik walaupun hujan lebat dan angin bertiup kencang.

Tetap kami ceria dan gembira walaupun Redup Rimba Corner hanya menjual Laksa dan Cendol sahaja. Jangan la nak order al carte benda lain pulak.


Laksa dihidang dalam mangkuk bertutup ala-ala mangkuk periuk tanah. Memang sedap. Betul sedap. Patut ramai orang makan dan bercerita tentang laksa nih.


Cendolnya. Pic cilok kawan saya punya.



Terimakasih rakan-rakan blogger sekalian terutama Mak Chaq yang menjadi penaja utama. Terimakasih kerana masa yang yang diluangkan.

Akan datang, kita gather lagi yer...




 ~...bukanlah pada ketika dulu saat di kota metropolitan HISYAM tidak pernah makan semeja dengan SERI BULAN, tetapi makan bersama di danau tepi sawah dengan diawasi Pak Utih dan Mak Utih yang sengaja menyibukkan diri di petak sebelah, perasaan teruja itu sangat berbeza sekali cuma, bangau putih sering mencuri perhatian dan awan larat yang bertelak indah itu juga yang menjadi topik perbualan...~




Thursday, August 13, 2015

Syawal: Gathering Raya Blogger 2015 di Angkasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-08-2015


Makin lama makin slow. Graf blog saya makin merudum. Adehhh.!

Cerita Raya memang ada banyak lagi. Mana satu nak boh pun tak tau. Mana gambaq nak tempek pun dah pening.

Tapi dalam  kemeriahan dan kesibukan saya, ada beberapa gathering Raya yang memberikan kenangan-kenangan raya yang indah kepada saya dan kepada mereka yang terlibat.

Antaranya:


Gathering Raya Blogger 2015. Tahun ini berjaya juga kami mengadakan majis raya sesama keluarga blogger walaupun simple sekali tahun ini. Yang penting, silaturrahim itu terus terjalin dan dikekalkan.

Saya rasa saya merupakan orang terakhir yang menulis tentang kisah ini. Rata-rata mereka yang terlibat sudah lama menulis entri tentang gathering ini.


Bertempat di kuarters kediaman blogger PakcikLie @ PCL di kem Angkasa di Banting. Wahhh walaupun jauh tapi sangat berbaloi. Tempat tenang, cantik nyaman, berangin dan indah. Saya suka sangat..!



Gathering kali ini juga menemukan saya dengan beberapa orang blogger yang belum pernah saya jumpa. Tapi depa sudah lama berblogging dan rajin betoi mengomen kat blog saya. Antaranya ialah MamaYana dan Nor Azimah yang masing-masing datang bersama keluarga. Gambar bersama Nor Azimah tak jumpa pula...


Ini pic dari blog MamaYana. Thanks.

Hidangan secara potluck tetapi lupa nak snap semua menu.

Tuan dan puan rumah, PCL dan Mama Diana menyediakan air dan Nasi Lemuni (betoi ka...aku lupaa..!).


Inilah rupa nasinya. Macam nasi lemak tapi ada tambah daun. Daun lemuni yer?



Sempat snap ini. Pulut Kuning + Sambal Bilis. Sapa punya kalu bukan puan blog ini. Juga sebagai memenuhi hajat beberapa kawan, saya buatkan juga Kuih Abuk-Abuk.


Apom Polkadot yang dibawa oleh blogger selfie terkenal, Pakcik Gedek.


Me and Puan Rumah, MamaDiana. Terimakasih banyak atas layanan dan kesudian.



Antara kami yang hadir. Memang sudah lebih setahun kami tidak berkumpul sebegini. Kerinduan itu sangat difahami tetapi tidak mendesak. Yang pasti setiap kami sangat gembira bila berkesempatan bertemu beramah mesra. Yang lebih best kerana keluarga masing-masing turut sama hadir dan saling mengenali.

Saya yakin ada banyak lagi gambar di blog mereka yang terlibat. Hanya saya yang tak sempat nak pi cari. Gambar berselfie di belakang Pakcik Gedek ada dak?




 ~...nampaknya sudah heboh disebut orang di surau dan balai raya tentang akan ada risikan baru untuk SERI BULAN di bulan mendatang lalu membuatkan HISYAM tak senang duduk dan enak berdiri dan tak selesa mencangkung, malahan Mak Utih dan Pak Utih mula terasa bahang di ranjang, tetapi SERI BULAN sahaja yang terus sejuk dingin beku macam Elsa kena sumpah dalam Frozen...~




Tuesday, August 4, 2015

Syawal: selepas 30 tahun...rupanya masih ada yang bujang teruna...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
04-08-2015


Beraya di kampung tahun ini, selain membuat Rumah Terbuka yang sentiasa meriah pada Syawal ke-3, juga istimewa tahun ini kerana saya terlibat dalam program Reunion sekolah menengah saya. Yang diadakan pada Syawal ke-4.

Memang zaman sekarang, reunion sekolah sudah menjadi fenomena. Mana-mana ceruk pun kita akan lihat reunion menjadi agenda, terutama musim Raya.

Kami mencapai sepakat sejak sebelum puasa lagi. Saya antara bekas pelajar yang dilantik menjadi Urusetia reunion yang memikul beberapa tanggungjawab bagi memastikan program akan berjalan dengan baik, lancar dan mendapat sambutan.

Walaupun bukan mudah hendak mengumpulkan sekian ramai rakan-rakan pelajar yang bersekolah menengah sejak 1980-1984, tetapi teknologi sangat membantu. Whatsapp menjadi medan paling popular dan disenangi. Dari kawan kepada kawan. Lalu mesej disampaikan dari mulut ke mulut.


Antara beberapa siri mesorat di luar medan whatsapp yang saya hadiri. Ternyata komitmen setiap Urusetia yang dilantik walaupun tidak bergaji wajar dipuji.


Buku Aturcara yang saya usahakan sendiri. Mujur sempat saya design dan hantar cetak walaupun dalam kesibukan kerja dan bulan puasa.


Duit Raya untuk anak-anak tetamu juga disediakan. Selaku Ketua bahagian sambutan, beberapa AJK di bawah saya memberikan kerjasama yang memuaskan dan saya amat berterimakasih dan menghargai usaha dan tenaga mereka.


Sehari sebelum program majlis. Sekolah menengah saya yang sudah 30 tahun saya tinggalkan. Begitu banyak perubahan yang saya lihat. Secara kebetulan baju saya sama warna dengan tembok pagar sekolah. Saya dan beberapa orang Urusetia datang menyediakan dewan. Lama sungguh tidak menjejak kaki ke sekolah ini. Sejak meninggalkannya pada tahun 1984 saya tidak pernah sekalipun datang. Masa berlalu pantas membawa saya merantau dan jauh tercampak dari kampung halaman...





Atas usaha gigih beberapa orang rakan Urusetia yang tinggal di kampung dan berdekatan kampung, kami berjaya mendapat dewan sekolah lama saya untuk dijadikan lokasi majlis. Kerjasama dan keizinan Puan Pengetua SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang iaitu Puan Hajjah Halimah Said (yang rupanya kawan baik dan pernah serumah dengan MyKakYang) sangat kami hargai dan menggembirakan kami semua.


Dan hari yang dinanti pun tiba. Dengan kehadiran Puan Pengetua sendiri, beberapa orang mantan guru kami 30 tahun lalu, dan kira-kira 140 orang tetamu - bekas rakan sekolah Batch 1967 bersama keluarga - majlis menjadi sangat meriah dan bermakna.

Saya dilantik sebagai pengacara majlis untuk sepanjang program, jadi tidak banyak gambar yang dapat saya snap sebagai koleksi peribadi. Jurugambar khas telah dilantik bagi merakam segala pergerakan dan suasana hari itu.


Semua gambar rasmi akan dijadikan majalah khas dan sedang dalam pembikinan. Jadi saya hanya gunakan gambar-gambar dari kamera kawan-kawan yang termuat dalam whatsapp grup.




Ada acara karaoke santai lagu raya, cabutan nombor bertuah, duit raya untuk anak-anak, pelancaran Dana Surau (kami berjaya kumpulkan lebih RM6,000++ untuk binaan surau baru sekolah). Sumbangan hamper dan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah juga sangat banyak dan seronok melihat ramai rakan-rakan yang bertuah membawa pulang hadiah pada petang itu.



Ada sebahagian mereka hanya sempat bersama saya sehingga Form 3 sahaja (kemudian menyambung aliran sains di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang) tetapi mesranya kami bagaikan pernah bersama bertahun-tahun.



Sebahagian besar mereka memang masih saya ingat dan sentiasa terkenang. Walau masing-masing berada di merata tempat dengan pelbagai corak kehidupan, kerjaya dan kejayaan, tiada yang dapat menafikan rasa rindu persahabatan zaman sekolah. Sama-sama melalui suka duka zaman belajar selama 5 tahun.

Walaupun masih ada seorang dua masih bujang belum berjodoh (bujang terlajak ler tuh, kan?), rata-rata yang hadir bersama keluarga ternyata lebih memeriahkan lagi majlis dan memberikan suasana lebih telus dan harmoni. Hanya saya yang sedikit ralat tidak dapat bertegur sapa beramah mesra kerana sibuk di pentas mengelola itu dan ini.


Hanya gambar menjadi kenangan abadi.




 ~...bukanlah SERI BULAN atau HISYAM sekalipun tidak mempunyai kawan lain selain sesama mereka, tetapi HISYAM sering tidak dapat menahan rasa sangsi dan cemburu hati apabila bukan sedikit yang ingin menghimpit SERI BULAN bagaikan bulan tidak lagi dipagar bintang dan SERI BULAN terlebih-lebih lagi rasa cemburu-cemberutnya apabila HISYAM itu terlalu ramai peminatnya...~




Friday, July 31, 2015

Syawal: rumah terbuka sudah budaya, jangan dicemari kata perli...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-07-2015


Rumah terbuka sudah menjadi budaya. Cuma, berbeza dengan cara di kampung yang tiada jadual. Sesiapa boleh datang. Malah sampai malam pun masih seronok berborak gelak-gelak.

Masa saya kecik dulu, semasa sudah boleh diharap buat kerja dapur, bila time Raya paling seksa adalah time basuh pinggan dan gelas. Walaupun bergilir dengan kakak-kakak saya, tapi memang penat sebab orang datang tak putus-putus. Zaman dulu jangan haraplah nak fikir bab pinggan pakai buang. Dan time orang datang, suasana macam kenduri.

Harini, especially kita kat bandar, rumah terbuka ada jadual. Tuan rumah tentukan satu tarikh dan kepenatan dan kemeriahan serentak pada hari itu. Yang best kita yang hadir pun akan berpeluang berkumpul dengan sedara mara dan kawan-kawan yang lain juga.


Saya singgah ke rumah kawan sekolah lama. Yang sudah 30 tahun tidak berjumpa. Tak sangka jumpa juga 2,3 orang lagi kawan sekolah lama yang juga singgah.


Anak Mami seorang ni pernah menjadi kawan baik dan geng kamcing saya semasa sekolah menengah dulu. Ini kali pertama kami berjumpa semula selepas terpisah 30 tahun dulu.

Rumah terbuka MyBonda secara rasmi berlangsung pada hari Raya ke-3 tetapi tetamu boleh datang bila-bila masa sahaja.


Laksa beras buatan sendiri. Abang kawan saya yang buat. Wahhh terujanya bila dengar orang lelaki pandai buat laksa beras.

Ada orang suka pergi rumah terbuka. Saya pun. Sebab jumpa ramai kawan dan sedara mara. Tapi ada orang bila ziarah rumah orang, mata suka buka luas pandang sana sini. Mata meliar, orang kata. Mak saya kata, itu tak sopan.

Jangan cemari adab berziarah dengan perlakuan yang membuat orang meluat dan rasa menyampah.




 ~...SERI BULAN mudah terasa hati, mudah juga merajuk berhari-hari tetapi kali ini dia benar-benar rasa ingin lari...~




Sunday, February 1, 2015

Walimatulurus: berganding lagi bila ada mempelai bersanding...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
01-02-2015


Untuk ke sekian kalinya lagi, saya berkesempatan bergather lagi dengan sahabat-sahabat radio saya yang telah kami saling kenali sejak 2002 lagi. Kali ini di majlis walimatulurus anak salah seorang sahabat; Dato Seri Sani di Lembah Jaya Ampang. Pada hari ini 1 Februari.

Seperti biasa peluang sebegini memang akan dimanfaatkan untuk kami berkumpul dan beramah mesra.


Cuaca sungguh membantu. Panas terik tidak menghalang untuk duduk lepak di luar dewan sambil bergebang.


Salah seorang sahabat datang jauh dari Kampar seawal pagi untuk tidak lepas peluang berjumpa kawan-kawan lama. Dengan saya rasanya dah 6 tahun tak berjumpa.


Rentak persahabatan kami berubah mengikut masa. Dulu selalu jumpa di majlis gathering khas yang dianjurkan. Kemudian gathering tidak rasmi anjuran sendiri-sendiri... kemudian bila keluarga semakin berkembang mula berjumpa di majlis-majlis kahwin anak masing-masing.


Masing-masing ada perubahan dan kemajuan tersendiri.


Saya suka gambar ini..!

Bila berkumpul begini, soalan yang paling popular ialah, "bila plak giliran nak terima menantu?". Hahahahaha...!

Anak dara belum pandai masak lagi. Buat kopi pun masih gagal. Hehehehe alasan yang paling mudah buat masa ini.





 ~...umbut kelapa masak lemak putih berganding dengan ikan lampam pekasam diiring pula sambal belacan dan nasi panas ternyata tidak menghampakan HISYAM yang sudah mula pandai makan makan lauk kampung lalu makan tidak terdongak lagi sehinggalah naluri hati menyuruh memandang dan mata terus tertaut lekat dengan SERI BULAN yang sedang sengih menunggu masa hendak ketawa...~




Jangan bergaduh mengamuk di tempat kija. Malu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
31-01-2015


Semalam. Pada hari Jumaat yang mulia. Kira-kira 15 minit sebelum maghrib. Lantai Atas. Department saya. Meletus dan meletup dek balah mulut, jerit pekik, hempas paper dan diakhiri dengan dentuman pintu.

2 orang rakan sekerja yang mulanya bincang pasal kerja yang sedikit bermasalah, rumit dan berserabut... kemudian jadi balah-tekak dan bila salah sorang jerit, yang sorang lagi ikut balas-jerit. Yang lain ikut terkujat terkedu lalu terdiam. Saya rasa saya sorang saja yang tetiba spontan bersuara..."Sabar...sabar".

Mujur ianya berlangsung kira-kira 2,3 minit saja. Tiada lanjutan lagi kerana kemudian masing-masing beransur ke surau. (Kami OT sehingga 8:00 malam masa tu).

Kesal. Memalukan. Menjadi pandangan rakan. Dan tidak terlepas diperkatakan orang pula selepas itu. Yang saya kesalkan ialah kedua-duanya bergelar 'kakak' dan lebih tua dari saya sendiri. Alahai... saya kira makin tua makin tinggi tahap kesabaran rupanya tewas dek perasaan amarah.

Sorang rakan sekerja kemudian tanya saya, "Kalu you... bla bla.."

Saya terdiam memikir. "Saya tak ingat bila kali akhir saya bergaduh dengan rakan sekerja. Berpuluh tahun tak pernah gaduh dengan sesapa pun."

Ya baru saya ingat. Saya tak pernah bergaduh balah-tekak hempas barang jerit-jerit dengan rakan sama tempat kija. Hampir tidak pernah. Cuba fikir... habiskan masa 8 jam (dalam kes kami, 12 jam sehari) di tempat kerja bersama kawan-kawan sepejabat. Sampai hati ker nak sakitkan hati orang? Tergamak ker nak jeritkan orang, tinggikan suara pada rakan yang kita dok hadap tiap hari?

Saya tak tergamak (walaupun suara saya semulajadi kuat) kerana sepertimana kita tidak suka orang jerit tinggi suara dan melukakan hati kita... begitu juga perasaan orang lain. Saya sangat pasti tentang itu. Bersabar tidak pernah merugikan.

But... bila bincang pasal kerja ada ketika saya sangat tegas-keras bilamana saya yakin saya betul dan yakin saya tahu.

Tayang-tayang:


Lama tak makan KFC. Saya beli untuk sefamili. Kombo Bucket B. Dapat Fortune Jar warna emas ini. Takda sapa di rumah berminat. Lalu saya letak di work station saya buat "Tabung Gajah".


Hahahaha... sampai bila la nak penuh niii...






 ~...sudah beberapa hari cuaca begitu baik dan awan nampak bertelak berketak-ketak lalu ramai sekali warga Kampung Separuh Desa keluar bersiar sambil menunggu penjual aiskrim lalu setiap petang dan panas membahang memberi rezeki mata juga bila SERI BULAN turut melanggan sambil senyum lebih manis dari aiskrim vanila...!~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails