Thursday, September 10, 2015

Gathering Blogger Nasi Arab di Musolla Ehsan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
09-09-2015


Plan untuk gathering sesama blogger atas tajuk “Gathering Nasi Arab di Musolla Ehsan’ dirancang lama. Rasanya sejak Syawal lagi. (dan saya menulis tentangnya juga begitu lewat sekali)

Memandangkan tiada program gathering Raya secara rasmi dan besar-besaran seperti sebelumnya, program kecil ini dilihat sama penting.

Tidak semua dapat meluangkan masa. Juga tidak semua dapat menyesuaikan diri dengan suasana seperti ini.

Seperti biasa, lokasi paling best adalah di Musolla Ehsan, kediaman rasmi Dato’ Abdullah al-Hadi dan Datin Aishah di Bandar Baru Bangi. Lokasi paling popular. Dato’ dan Datin sendiri amat menyenangi kunjungan demi kunjungan dari kami samada secara rasmi atau sekadar singgah menziarah.


Nasi Arab dibeli khas dari restoren Arab popular di Cyberjaya, Restoren Saba. Saya sendiri dah lama tak makan Nasi Arab. Peluang sebegini sukar diulang.



Antara blogger yang hadir ialah Kakcik Seroja dan suami yang sporting Abang Mus, Ayah Zain yang datang dari Melaka bersama isteri dan anak, Acu Darling, Ida Mahmud, Bunga Mawar, Roshidayu sekeluarga, Makchaq yang datang dari Putrajaya... dan saya sendiri. Sori Berlori tak sempat nak cari link blog depa satu satu. Tak dan, kata orang Kedah.


Walau jarang kami dapat berkumpul lepak petang sebegini, tetapi suasana harmoni dan mesra itu tetap sama seperti dulu. Aduhai... seronoknya sekali sekala jumpa sambil makan sakan-sakan (yang sakan-sakan tu rasanya, saya jerrr...) dan bersembang mesra.

Kebetulan Dato’ bakal berwalimatul urus tidak lama lagi, dan tarikh tersebut bertindih dengan tarikh saya akan berada di luar kawasan. Tidak memungkinkan saya hadir jadi peluang hadir bersantai Nasi Arab ini sebagai ganti diri. Semoga majlis berjalan lancar dan meriah.

Terimakasih berjuta kali buat semua yang terlibat terutama sekali Tuan Puan rumah Musolla Ehsan yang sangat prihatin dan penyayang. Semoga budi baik dan keikhlasan akan mendapat ganjaran dariNYA.

Sekali sekala saya terasa seperti sudah tidak layak bergelar blogger lagi, sebab terlalu singkat masa untuk saya menulis jauh sekali hendak membalas komen dan kunjungan ke rumah blogger lain. Maafkan saya.

Alasan saya, tidak perlu difahami pun.




 ~...sehingga hari ini, hanya HISYAM yang masih mampu memahami SERI BULANnya...~




7 comments:

  1. dari nasi ayam ke nasi arab .. itu peningkatan yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya memang nasi Arab pun, mungkin Azie tersilap taip jadi nasi ayam... :)

      Delete
  2. Kak azie, saya kan, update kt phone je, pc rosak, tab kena curi, saya pun terhad nak bw ni, hrmmmm
    Sedapnya makan2

    ReplyDelete
  3. seronoknya.. i mmg dah tak boleh nak join mana2 activity.. family matters memang bersesak2.. happy semuanya tengok.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih kerana nampak kesilapan ejaan saya. Saya akan edit.. Terimakasih Pakngah.

    ReplyDelete
  5. syoknya dapat berjumpa sesama blogger ..dpt eratkan silaturahim

    ReplyDelete
  6. Mantap kulinernya, jadi ngiler nih karena belum makan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails