Tuesday, July 23, 2013

Ramadan 14: hot topic in office — no bonus Raya ni...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-07-2013


Petang semalam, our manager mengumumkan bad news. No bonus Raya tahun ni. Terpaksa ditangguhkan sehingga result application company untuk listing di Bursa Saham tu diketahui, dan berjaya. Paling lewat, Disember.

Muka depa tadi, masing-masing... huh tak boleh tengok! Saya menyimpan sengih sendiri. Sebab saya dah 5 tahun tak pernah merasa bonus di 2 company lama, so saya jadi terlupa dah bab bonus-bonus. Ada ke tak da, Raya tetap Raya. Dengan cara kami.

Jadi isu takda bonus Raya ni, menjadi hot topic dari Lantai Bawah sampai Lantai Tiga. Memahami keadaan agaknya, kami dilepaskan balik awal semalam, tak perlu stay OT. Wahh... bonus memang menjadi isu yang sangat besar sebab sejarah depa, bonus setahun 2 kali dan pernah cecah sampai 5 bulan bonus.

Dah nama pun bonus, itu dianggap penghargaan paling besar kepada staf, terutama bagi kita warga pekerja swasta. Cuma, dalam beberapa keadaan kita harus juga memahami kesulitan dan masalah pihak atasan. Beri sedikit masa. Pasti akan ada ganjaran lebih manis nanti. Jangan nak meroyan dulu...! Sabor... sabor.

Oh ya... kakitangan kerajaan dapat berapa bulan?

Tayang-tayang:

Bila nasi dah jadi senarai ke bawah untuk iftar. Kena buat menu lain sebagai alternatif. Mihun goreng. Sebagai penyeri, Bebola Sotong yang dah tak bulat selepas beberapa minit kuar dari minyak panas. Time goreng panas, elok jer bulatnyer. Alaaaaaa...... > merengek tak pasal-pasal?







 ~...ketika ditinggal berduaan dengan SERI BULAN di ambin tidak berdinding dan ruang terbuka luas untuk dijengah melangah, masing-masing hanya mampu pandang memandang berseli jeling-menjeling tapi hati terasa hendak marah kerana HISYAM bukan sahaja menyebut tentang Raya yang tidak mahu dirai, juga mengadu Baju Melayunya sudah lusuh dimakan hari tanda begitu lama mereka sudah bermastautin di Kampung Separuh Desa...~




73 comments:

  1. Bonus kakitangan kerajaan?

    hmmmmmm...

    kalau ada, adalahhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gomen biasanya memang tiap kali Raya, ada bonus punyaaa!

      Delete
    2. Rasa rasa macam nga alip nga ja lehhh taun ni hehehehe....

      Delete
    3. Kesian bagi mereka yang telah terbiasa dapat bonus tahunan, bila tak dapat nga alip nga alip je tahun itu.

      Saya? Tak pernah dapat pun. Tak pernah harap dapat pun. Tu yang tak kisah sangat. Hehehe.

      Delete
    4. Saya dah banyak tahun dah dok nga alip nga alip!

      Delete
  2. Tak pasti bonus ada ke tidak...
    Kalau ada, mmng rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ada, alhamdulillah rezeki anak-anak la juga....

      Delete
  3. Sedap plak tgk bihun pagi2 bieh.. haha Haisshh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii... Mihun ni tak kira pagi petang siang malam, boleh jerrrr!

      Delete
    2. Banding mee dengan bihun, saya lagi suka bihun. Betul kak, tak kisah bila boleh aje makan. Sesuai aje.

      Dulu masa mula kerja, tengah hari saya lunch bihun. Colleague sorang tu naik hairan saya makan bihun. Setakat hairan tak kisah la. Ditempelak pulak saya. Laa orang makan apa waktu bila pun nak kisah. Hairan betul tengok perangai manusia ni.

      Delete
  4. kerajaa tak sebut bonus..myb akan d sebut sebagai BANTUAN HARI RAYA..rasa nya ada tp amaun tu yg x pasti..klu tak ada pasti ramai satf gomen yg sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh kalu la takda, ramai ler orang gomen yang komplen. hehehehe mesti ada punya laaaah!

      Delete
    2. ada ke bonus tuk gomen?macam xde je sebab gaji bulan 7 ni kan dapat kenaikan gaji lagi..cukup la tu.syukur dengan apa yang ada

      Delete
  5. Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. Confirm.. !!!

    Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

    1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
    2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
    3. Dibayar tahun ini juga.
    4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
    5. Pekeliling umum sudah lama disebarkan.
    6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

    Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

    1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
    2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
    3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
    4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
    5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... dalam mengejar bonus duniawi, ramai juga kita yang terleka mengejar bonus akhirat. Terimakasih SHIN saling berpesan-pesan.

      Delete
    2. sharing is caring akak #senyumpalingmanis

      Delete
    3. Bonus ni patut dikejar.. ;)

      Delete
    4. Tapi ramai yang tak kisah pasal bonus ni kan?

      Faham.

      Delete
    5. boleh saya share di blog saya....best nih...:)

      Delete
  6. lapar pulak tengok bihun tu...pagi lagi dah terasa lapar pulak...oowh! yer bunda terawal bangun sahur tadi...

    salam ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda terawal bangun sahur. Mak saya memang awal bangun sahur setiap hari. Jam 3 sudah makan. Pagi sangat kan?

      Delete
    2. Saya tak boleh la kalu bangun makan kul 3 pagi tuh. Awal benor rasanya. Takut kul 7 pagi perut dah mendidih lapor.

      Delete
  7. azie pun tak tahu lagi dapat bonus raya tahun ini ke tidak..tgu bos umumkan hehe mudah2an adalah sikit pun jadilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu takda bonus pun, still kena raya jugak. Tapi tak boleh la over spend. Raya tetap raya dik.

      Delete
  8. surirumah-tak pernah dapat bonus pun..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, ucapan terima kasih dari anak-anak sebab masakkan depa, pun kira bonus kak. Lagi priceless.

      Delete
    2. Bonus untuk suri rumah memang ada tapi dalam bentuk yang tidak terlihat dek mata kasar. Takpa la Kak Kamsiah, sama ler kita pun...

      Delete
  9. suami saya kalau raya puasa ni memang tak pernah ada bonus.sebab bonus dapat time raya cina..padahal pekerjanya ramai melayu..bos pun melayu..pelik betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira ler waktu mana pun. Janji dapat, ye dak?

      Delete
  10. bonus raya xde xpe la kan...yang penting kita happy di hari raya dengan sanak saudara..yang paling penting janji bonus dr Allah tu mmg cnfirm ada untuk 10 malam terakhir...

    salam kenal =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal IZZAH. Terimakasih. Silakan masuk.

      Betul tu, bonus yang menanti tu sebenarnya patut dikejar ye dak? Tapi dah kita ni manusia biasa yang perlukan duit, nak beraya pulak tu...

      Delete
  11. betul tu kak...makan nasi ari2 dah rasa cemuih pulak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi waktu bersahur eloklah ambil nasi. Tahan lama sket kenyangnya. Nasi buat perut terasa lebih kejap.

      Delete
  12. Bonus? Tempat kerja Aina ni sejak global2 bagai ni tak delah merasa bonus banyak2, kerja banyakkk-banyakkk adalah.

    Kalau ada alhamdulillah...rezeki lebih dapat juga memberi lebih bukan berbelanja lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, kan? Kalu dah biasa tak dapat bonus, kita dah tak berharap lagi dah. Kalu ada juga, kira memang rezeki la sangat.

      Ehh bukan Aina dah dapat bonus dari bank ker? hehehehe

      Delete
  13. bonus x bonus...sy yg duk umh nie mmg x dpt bonus....hehe...
    jadi satu bonus pada sy bila asben yg keje ngan gov dpt bonus...dpt la sy bonus...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa kalu asben dapat bonus, memang ler kena kongsi kongsi dengan orang dalam rumah, ye dak? Jangan dia buat senyap sudahhh...!

      Delete
  14. rasanya mcm mmg x penah dapat pun bonus raya/perayaan.. bonus tahunan/pencapaian saja selama ni.

    Jadi, raya sy sentiasa dgn duit gaji saja.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah la kan? Ada company yang memang berbeza cara menghargai staf. Company lama Kak Azie dulu, memang langsung takda bonus, tapi tiap kali raya ada angpau, ada baju sepasang. Birthday dirai dan dibelikan hadiah, kuar makan-makan kat restoren mahal... tapi bonus takdak.

      Delete
  15. jangan terlalu mengharap.. kalau dapat.. Alhamdulillah.. kalau tak dapat, jangan kecewa.. sekurang-kurangnya masih diberi gaji bulanan.. ;)

    psstt: tetiba rasa nak berbuka puasa makan bihun petang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bihun tu boleh jadi modal iftar..tak pernah masak bihun lagi sepanjang puasa ni:)

      Delete
    2. Kalu rajin, buat Mihun soto pun sedap. Boh isi ayam banyak-banyak. Buat sambal cili kicap. Perhhh....!

      Delete
  16. perghh.. ada ke sampai 5 bulan bonus tu? waaaaaaaaaaaaa.. best tuuuu.. hihihihi.. klu teman dapat teman masukkan dlm ASB bagi beranak..(hak2.. yolah!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada, tapi kebanyakannya bebudak bahagian sale/marketing. Bahagian lain, paling tinggi saya dengar ada yang dapat sampai 3 bulan. Kalu setakat sebulan bonus tu, biasa sangat laaa...

      Delete
  17. Sebenarnya, bila Kak Azie cerita yang company nak masuk senarai bursa, saya dah dapat agak tentang bonus. Sebab kami dah pernah kena dulu. Banyak duit nak kena maintain untuk masukkan company dalam senarai. Kalau tak, second board pun tak lepas.

    Yang penting kita beraya, tak kiralah mewah atau sederhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Tak kisah la mewah ke tak mewah ke, bagi saya raya tetap sama. Lagi pun raya je la peluang nak cuti lama.

      Delete
    2. Kami tak pernah bermewah pun time raya. Kami tak pernah tukar tukar sofa, tukar tukar langsir pun. Paling paling pun tukar baju. Kuih pun beli dan cukup untuk seminggu jer. kemudian kami menjalani hari macam biasa jer.

      Delete
  18. tak pernah ada bonus, jadi keadaan macam biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Saya dah berapa tahun tak merasa bonus, jadi kami berbelanja seperti, ada buat cara ada, takda buat cara takda.

      Delete
  19. Bihun sedapnya... bonus dah lepas... simpan2 untuk raya pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ler jugak ya?
      Bihun tu, nak sedap lagi, goreng telur mata kobau.

      Delete
  20. Anggap jelah takde rezeki thn ni. Nak bt mcm ne kan? Tp terasa frustnya kak. Kite keje bagai nak rak, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa la, yang penting kerja tu dah jadi tanggungjawab. Kena la kerja ikhlas juga wpun nanti takda bonus.

      Delete
  21. salam..... untung sangat kalau dapat bonos .... tapi kalau dapat bonos di celah gigi baik tak payah ceritalah.......barang mahal masa ini.. bonos tu dapat beli mercun mainan budak budak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Pak Din. Kadang tu, ada company bagi bonus sekadar beberapa ratus RM jer. Barang memang semakin mahal skang nih. Tapi daripada takda langsung, eloklah diambil juga.

      Delete
  22. ye la kan kak, takde bonus tapi raya tetap raya jugak kan...sabar la, dah bukan rezeki hari raya la tu namanya. manalah tau rezeki berganda akhir tahun pulak nanti, sapa tau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah. Ramai yang mengharap akan ada bonus berganda di akhir tahun nanti.

      Delete
  23. Tmpt suami bonus sekali setahun...raya mmg takde walaupun majoriti melayu islam kat situ. Jadi bila time raya gini...bajet sgtlah ketat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu anak-anak ramai, lagi la bajet kena banyak. Nak balik kampung lagi... Takpa, raya tetap raya. Ikutlah cara sendiri, jangan ikut cara orang.

      Delete
  24. Saya dapat bonus....alhamdulillah...
    Rezeki dibulan yg mulia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang ler langkah Raya nanti, ya?

      Delete
  25. Saya punya office takde berita lagi pasal bonus..tapi mmg dah set dalam hati jangan mengharap takut2 kecewa..kalau dapat alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok tidak terlalu mengharap kepada perkara yang belum pasti. Akibatnya, hati sendiri yang kuciwa.

      Delete
  26. saya dah dapat bonus untuk pekerja swasta....bonus merupakan penat lelah saya buat keje orang lain, cover staff lain even ada yang cuti, maternity leave @ apa pun......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonus diberi oleh majikan sebagai pengharagaan terhadap sumbangan staf kepada syarikat tidak kira dalam bentuk apa pun. Dah namapun berkhidmat utk syarikat, semua aspek kerja diambil kira.

      Delete
  27. BONUS?? Jangan letakkan harapan menggunung.. Yang penting, berbelanja ikut keperluan dan 'periuk nasi' kita sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Apa guna melaram habis waktu raya, tapi lepas raya poket kosong. Lagi tak best.

      Delete
    2. Sebab tu bajet raya kena jaga betul-betul. Nanti, bawak bekal serdak kuih raya ler pulak. Hahaha

      Delete
  28. hehehe..
    me no bonus jugak sis..
    meh kita give me ten sket..
    well, best la baca komen2 blog akak skarang..
    da ada admin sampingan..
    tau la akak busy kan.. kuikuikuikui~

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin sampingan?
      bwa ha ha ha ha..

      Delete
    2. Ahaa... sebab tu la puan blog ni sangat sangat berterimakasih kepada admin sampingan tak rasmi tuh. Dia memang best!

      Delete
  29. Terliur dengan bihun akak ni, saya goreng jugak bihun. Hehehe...insyaallah nanti saya masukkan dalam n3.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails