Friday, September 25, 2015

Sri Aman 4D3N: jerubu langit kelabu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
25-09-2015


Plan untuk ke Sarawak sudah dihajat lama. Bertahun juga menyimpan hasrat hendak melihat negeri di sebelah timur sana. Mengenali Kak Ros bertahun-tahun juga membuka peluang untuk saya menjejak kaki ke Sarawak walaupun musim jerubu sedang melanda. Tetapi tiket dah booked sebelum puasa lagi.

Kami terbang dengan penerbangan AA pada sebelah pagi 17 September. Mula-mula risau juga kerana ada berita tentang beberapa jadual flight dibatal dan ditunda. Alhamdulillah kami selamat mendarat jam 2:00 pm. (Masa adalah sama tapi peredaran waktu adalah sejam awal dari Semenanjung - Zuhur sekitar 12:30 pm)



Perjalanan dari bandar Kuching menuju kampung Kak Ros di Sri Aman akan mengambil masa kira-kira 3 jam. Lebuhraya hanya 2 lorong (seperti hiway lama kita) dan sedikit berbelok. Terpaksa berhati-hati dengan lori tangki minyak, lori-lori construction dan juga lori balak. Aduhai...jerubu dan hujan renyai juga sedikit mengganggu. Kami dijemput oleh adik bongsu Kak Ros.


Di pertengahan jalan kami singgah di sebuah pekan kecil. Pekan Lachau. Pasar tamunya sudah hampir berakhir tapi untuk mencari sayur dan sedikit lauk malam tidaklah mengecewakan.




Tidak banyak beza dengan pasar yang biasa kita pergi. Hanya bahan jualannya yang banyak berbeza. Di sini paling banyak adalah sayur kampung dan hasil tani penduduk tempatan.



Kebanyakan hasil tempatan adalah ikan salai, ikan masin, beras dari padi bukit (padi huma), sayur kampung dan lain-lain yang hampir semuanya saya tak pernah tengok.


Telur Ikan Buntal yang dijeruk-asinkan. Saya tak pernah tengok pun seumur hidup saya. Menarik sekali dengan pengalaman pertama sebegini.



Ini adalah obor-obor. Lembik seperti agar-agar. Masa terhad untuk saya nak temuramah sana sini. Tidak tahu obor-obor ni dibuat apa. Dijual dalam bekas basah sebegitu seolah-olah jeruk juga. Tak berani nak beli.


Yang seperti tomato ni paling best. Ianya sejenis buah sayur yang dijadikan ulam makan bersama nasi, kata Kak Ros. Buah Engkalak. Popular di sini. Sebakul sebegitu RM2.

Melihat keseluruhan pasar ini, bagi saya ianya agak mahal kerana hampir tiada sayur yang dijual semurah RM1. Semuanya bermula dengan RM2. Juga ada barangan kraftangan seperti bakul anyaman dari plastik, nipah dan sebagainya yang saya lihat jauh lebih mahal dari yang dijual di KL.

Hampir semua penduduk pekan Lachau ini ialah Iban. Jadi saya dinasihatkan tidak membeli sebarang jualan makanan di gerai situ. Memang banyak jualan makanan seperti kuih-muih, goreng pisang panas, cucuk-cucuk (hotdog, fishball etc..) dan macam-macam lagi. Tidak dijamin halal.


Menjelang senja barulah kami tiba di daerah Sri Aman dan akan terus ke kampung halaman Kak Ros iaitu Kampung Hulu.


Ini buah Engkalak yang sudah dibersihkan. Ianya dimakan mentah dengan menggaul dengan garam halus dan terus hidang. Ada biji di dalamnya seperti biji nangka (buang jangan makan lak, kang tumbuh pucuk engkalak dalam perut)


Pertama kali mencuba makan buah ini, saya mengaku saya suka. Ianya lembut liat, lemak sedikit kelat. Garam yang digaul membangkitkan rasa lemak. Menu dinner kami malam itu sangat simple. Sayur manis direbus dengan cili.


Juga ada ikan sardin bakar dan ayam bakar penyet yang dibeli siap oleh tuan rumah. Puas sungguh makan malam itu.

Cuma... kerana perut saya pertama kali menerima Buah Engkalak, sepanjang malam itu meragam padahal makan 4 biji jer. Aduhai... nak jadi orang Sarawak kunun. Hahahahaha!

Next entri: masuk kandang kambing.



 ~...melihat sengih HISYAM petang itu, SERI BULAN sudah dapat membaca hajat hati sahabat sejatinya itu samada mahu kopi-pekat-melekat atau mungkin mahukan Sambal Bilis Tempe Garing atau barangkali hendak mengajak menjadi peneman ke tebing Sungai Menghijau Lumut mencari ilham...~



7 comments:

  1. pertama kali saya tengok ikan sardin besar macam tu

    ReplyDelete
  2. Pengalaman belajar tradisi tempat orang kak termasuk tradisi cara depa makan.

    ReplyDelete
  3. Saya pernah pergi Sarawak sekali, tu pun tak habis pusing.. Seronok tengok Kak Azieazah meninjau pasar.. Macam-macam adaaa.. ;-)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails