Friday, September 11, 2015

Lagi kisah bersama keluarga blogger...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
11-09-2015


Ini pun satu lagi kisah saya bersama keluarga blogger.

Sebagai seorang blogger yang sudah tua dan sudah berkeluarga, banyak aktiviti bersama keluarga turut menjemput rakan blogger. Sudah kenal lama, sudah kenal semua ahli keluarga lalu hubungan kami sangat mesra dan saling menghormati. Kata anak-anak saya, "Mak ni banyak kawan laaa...". Hahahaha

Saya menerima jemputan ke majlis kesyukuran dan aqiqah cucu sulung blogger AtukBaik bertempat di rumah beliau di Taman Permata pada 22 Ogos lalu.


Walaupun kami tiba agak lewat yakni melepasi waktu makan tengahari, tetapi majlis masih meriah dan masih ramai saudara mara yang berada di majlis.



Dah lama takda baby, wahhh seronoknya dapat jumpa dapat pegang dapat kelek baby yang comel wangi nih.


Blogger Roshidayu dan suami yang datang selepas kami pulang.


Tahniah buat blogger AtukBaik dan isteri Kak Aisyah @ NenekBaik sebab dah ada cucu. Terimakasih kerana mengundang kami. Rasa macam nak pinjam jer baby tu bawak balik...!





 ~...menyimpan berlapis rahsia dan melipat sendiri rasa sedih berlapik duka tidaklah semudah yang disangka tetapi HISYAM pernah kata, jika selama ini engkau pernah menjadi tabah dan kental kerana menyimpan segudang radang, kenapa hari ini tidak menambah berat pada kesabaranmu, SERI BULAN...~




3 comments:

  1. Semasa makayah baby tu jadi pengantin Aina sempat meraikannya tetapi sampai time baby tak dapat pulak nak cubi2 cium2 wangi baby.

    ReplyDelete
  2. Saya belum sempat jumpa rakan2 blogger...Comelnyaaaa baby tu kak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails