Friday, October 16, 2015

Sri Aman 4D3N: ke Pasar Tamu lagi kerana Mee Kolok menanti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
16-10-2015


Sabtu, 19 September. Sri Aman, Sarawak. Hari ke-3.

Kami ke Pasar Tamu lagi sekali. Kali ini masuk dari pintu utama. Melihat persekitaran dengan lebih jelas dan memuaskan hati.


Pintu utama. Posing sebagai bukti kehadiran, kunun.


Sama juga seperti pasar kita. Gerai yang panjang menjual pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi. Ada banyak jenis kuih yang serupa sepertimana di tempat kita. Tetapi tetap ada menu tradisi orang Sarawak yang dijual. (Lama sangat saya menangguh menulis entri, saya terlupa banyak info dan nama kuih).


Tapai beras (bukan pulut) yang dibungkus dengan daun pucuk kelapa. Unik kerana di tempat kita tapai dibungkus dalam daun keladi atau daun getah.


Saya beli juga untuk merasa. Rugi tidak mencuba. Sedikit tawar. Mungkin ianya baru di lidah saya, saya hanya anggap, tapai pulut lebih enak. Even tapai ubi pun saya kurang gemar.


Gerai-gerai yang memanjang sebegini mengingatkan saya kepada Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Rata-rata yang berniaga ialah kaum wanita. Mesra peramah apalagi bila tahu ada ‘Orang Malaya’ datang meninjau bertanya-tanya sambil snap sana, snap sini.


Nasi Lemak Sri Aman. Tiada daun pisang pun. Dibungkus dalam plastik jernih dan diikat seperti bunjut sebegitu. Kacang gorengnya nampak mewah sekali. Apapun nasi lemak tidak rare lagi. So tak beli.


Pelbagai jenis beras kampung dengan nama tersendiri yang turut dijual. Tidak. Saya tak beli. Rasa leceh nak bawak balik nanti.


Lihat udang galah laut yang besar tu. Lupa sekilo berapa RM. Kak Ros beli yang sepinggan besar tu. Ikan besar tu ialah Sembilang Laut. Wahhh seekor camtu kalu buat kari...terangkat baq hang!



Ikan salai. Tradisi. Banyak dijual. Cara simpan orang dulu-dulu supaya ikan tahan lama. Sebungkus (ada kira-kira 3–4 ekor, RM10). Tak beli pun.



Telur Ikan Buntal yang telah dijeruk-asinkan. Last pek. Saya beli untuk seorang kawan yang mengirim.


Ok. Untuk sarapan pagi itu, kami singgah di kedai makan berhampiran balai polis Sri Aman (bekas balai suami Kak Ros bertugas puluhan tahun dulu). Dulu gerai ini menjadi milik Kak Ros berniaga, kini diambil alih oleh adiknya setelah Kak Ros sekeluarga berpindah ke Semenanjung.


Ada ker yang tak pernah tengok or rasa Mee Kolok? Mee Kolok menjadi menu tradisi yang popular dan kebanggaan orang Sarawak. Ianya mee kering yang dicelur dan dihidang bersama sayur, sup daging dan sambal kicap yang enak. Saya makan satu mangkuk licin! Yummy sangat!

Balik semula ke rumah Abang Wahab (rumah kenduri) kami menyambung rewang yang meriah dan semakin ramai orang.


Ok nak tunjuk bagaimana rupa Sayur Pucuk Midin. Digoreng belacan seperti kita buat Kangkung Goreng Belacan. Arrhhhh! Memang enak.


Menu tengahari untuk kami yang merewang petang itu (selain kuih-muih) ialah juga Asam Rebus. Buah seakan Pisang Kaki rupanya buah asam yang masam dan sesuai dimasak rebus. Hmmm saya terlupa nak snap buahnya.

Ada entri tentang persiapan lebih rapi, akan saya tulis nanti.



 ~...mendung kelabu dek jerubu tidak lagi menjadi kelambu di hati malahan HISYAM yakin bahawa SERI BULAN akan lebih gembira bila nanti kala bulan mengambang mereka dapat sama-sama berdendang lagu riang di ambin serambi Teratak Nyatuh sambil Mak Utih menanti di tangga tengah dan Pak Utih menunggu di tangga bawah...~




6 comments:

  1. asam rebus tu terung asam rasanya kan. sedap kalau wat rebus ngan ikan

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat menyelami budaya ditempat orang... :)

    ReplyDelete
  3. seronoknya kak..semua ni pengalaman kan..bestnya kalau dapat pergi lagi...mee kolok kat sana memang sedap..rindu plak nak makan...yang kat KL x sama

    ReplyDelete
  4. Bestnya jalan2 dengan orang setempat.. baru dapat tengok budaya sebenar..

    Makchaq tak pernah bercuti ke sarawak.. pi sebab kerja.. x best sangat.. ronda2 pekan kucing ja..

    ReplyDelete
  5. Pakcik tak pernah tengok mee kolok... (angkat jari)

    ReplyDelete
  6. seronoklah Azie.. kat Johor ni ada kedai mee kolok yg sy rasa lagi sedap dari mee kolok yg sy mkn di Kuching.. tapi sy tetap rindukan mee kolok yang dimkn di Srwk.. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails