Tuesday, October 6, 2015

Sri Aman 4D3N: Pasar Tamu menerima tetamu....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selasa
06-10-2015


Adehhh lamanya masa yang saya ambil untuk menyambung entri lawatan jalan-jalan saya ke Sri Aman nih. Apapun sesuatu harus ditulis sebagai kenangan.

Hari ke-2. Jumaat 18 September di Sri Aman.


Pagi-pagi kami pergi ke Pasar Tamu Sri Aman mencari sarapan dan jalan-jalan. Sudah tentu saya sangat ingin melihat pasar di sini yang disebut Pasar Tamu. Ini pic dari atas bukit (jalanraya). Kawasan pasar berada di bahagian bawah, slope dan kelihatan membulat.


Tidak banyak beza dengan cara pasar tani lain. Sayur-sayuran kampung adalah paling banyak. Ada yang biasa saya lihat dan banyak juga sayur kampung yang hanya ada di Sarawak. Paling popular ialah Sayur Midin yang dikatakan hanya ada di Sarawak. Saya tak pernah jumpa di negeri lain. Ada ker kat tempat lain selain Sarawak?


Pemandangan hampir sama dengan pasar mana pun. Kerana ianya pasar setempat, penduduk tempatan sangat mengenali sesama mereka. Beberapa kali berhenti kerana Kak Ros menegur dan ditegursapa bertanya khabar oleh beberapa orang yang dikenali. Ini perkara biasa. Dan saya diperkenal sebagai “Orang Malaya”. Hahahaha saya suka gelaran tuh..!


Hampir saya menyangka ini buah sukun. Sebenarnya bukan..lupa apa nama. Tapi dalam family sukun dan nangka jugak laa.


Yang ini pun saya silap. Menyangka ianya lemang tetapi sebenarnya ianya buluh untuk memasak nasi buluh. Yaa..ada menu tradisi Sarawak di mana depa masak nasi dalam buluh bersama ayam or ikan dan sayuran. Saiz buluh utk menu ini lebih besar dari saiz buluh untuk lemang.


Cili tanah tinggi or bukit kot. Saiznya dan bentuk berbeza sikit. Cili padi tetap sama.


Kulat cendawan yang telah direndam.


Yang ini unik. Umbut kelapa sawit. Tiada beza dengan umbut kelapa nyior biasa, saya agak. Cuma saya tak berpeluang nak rasa.


Susah nak cari benda yang bermula Rm1.00. Semuanya start with RM2.00. Bagi saya ianya mahal berbanding kita di Semenanjung. Takpa laaa orang Sarawak kaya-kaya beb!


Ini pulut panggang. Tapi takdak inti pun. Pulut semata tapi pulutnya lemak macam lemang. Dibakar dalam daun pisang. Saya beli untuk rasa. Enak juga.


Tentulah tak sah jika tidak melihat sendiri nanas Sarawak yang terkenal tu. Ya... memang lah manis.


Kami kemudian singgah di cafe ini. Ini antara sebab utama kami keluar pagi. Ada menu terkenal di sini yang hendak diperkenalkan kepada saya. Harus cuba.



Rojak Tambhi namanya. Rojak kuah macam rojak pasembor Penang. Ada tahu goreng. Ada timun sengkuang. Bezanya bukan mee kuning tapi mihun. Kuahnya pekat manis tidak pedas. Bukan kuah kacang tapi mungkin keledek. Rasanya...? Mihun begitu tak boleh “in” bagi lidah saya. Mungkin saya tak biasa tapi orang tempatan ramai yang suka.



Ini sedikit pemandangan kawasan sekitar Kampung Hulu, Sri Aman tempat saya tinggal. Sungguh cantik macam kawasan Felda. Rumah rapat tapi besar-besar. Rumah kampung tapi mewah. Kereta besar-besar dan kebanyakan depa guna 4WD. Mungkin untuk kegunaan ke ladang.


Ini bahagian belakang rumah. Amat dekat dengan dapur. Sungai Batang Lupar yang terkenal dengan sungai yang ada paling banyak buaya. Namun amat sukar untuk melihat buaya timbul atau terapung.

*next entri baru ada kisah kandang kambing.  Untuk ke next entri tu pun ntah bila laaa....



 ~...HISYAM terimakasih untuk masa yang diuntukkan, telinga yang dipinjamkan, senyuman yang diberikan juga lawak bijak yang menghiburkan kerana SERI BULAN sudah habis idea untuk borak, habis ilham lalu diam dan habis bahan untuk membahan...~




9 comments:

  1. klu balik kpg kat kuching memang suka klu g pasar sebab sayur segar-segar.kalau pucuk paku memang pucuklah. Midin banyak je kat sini. dekat cyberjaya ada, dekat kpg suami pun ada.tepi2 jalan. mungkin org sini ramai yg tak tahu kot.

    ReplyDelete
  2. dkt sabah sayur midin tu..pnggil lemiding..buah mcm sukun tu..kita org panggil kemangsi..bole d buat sayur msk lemak klu mntah..klu dah msk..cuma bole d ambik biji nya shj..rebus ..amat sukar utk melihat buah tu skrg klu d kg sy..dlu ada sepohon dpn rmh nenek sy..tp da d tebang..klu msk buah tu gugur sndiri..lmbik mcm buruk shj..tp biji ya sedap d rebus..mihn tambhi tu tak da d sabah..1st tym dgr..hrga sayur2 d tamu bgtu mmg starting dr 2 rgt..sy pn tak suka..sbb 2 rgt byk sgt..sy tak abis mkn brdua dgn asben..

    ReplyDelete
  3. Sarawak Aina belum pernah sampai 3 tahun lepas terpaksa burnkan tiket ke Kuching sebab anak perempuan duduk di Perlis, sedih jugak la rasanya sebab masa tu dapat Rm200 je untuk 5 orang tiket pergi balik dengan AA. Plan dah macam-macam tapi bukan rezeki redha jelah.

    ReplyDelete
  4. Buah yg seperti buah sukun tu kalau tak silap dipanggil buah tarap, rupa / rasa / tekstur hampir sama seperti cempedak tetapi kecil-kecil.

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Buah tu dipanggil buah terap. famous kat Sarawak rugi klau tak makan.

    ReplyDelete
  8. Buah tu dipanggil buah terap. famous kat Sarawak rugi klau tak makan.

    ReplyDelete
  9. Yg serupa sukun tu bkn buah tarap/terap tp kitorg tempatan panggil buah 'pulur' (Amat berbeza dr buah terap). Yg muda mmg sesuai utk dbuat sayur tp kalo dh tua org X mkn dh...then biarkn btul2 tua & jatuh sdiri dr pokok. So kita blh kutip bijinya utk drebus. Lbh sdap dr kacang tanah rebus. Buluh tu plak bkn nk masak nasik bsama ayam dlm buluh tp utk masak ayam pansuh..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails