Friday, December 4, 2015

Putu Perak vs Putu Kelantan: terimakasih pembaca

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
04-12-2015


Sekali sekala bila ada sedikit masa luang yang ada, klik sana sini meninjau beberapa komen yang belum sempat dibaca (malahan lebih banyak yang tidak sempat dibalas), saya sering tertarik dengan sekian banyak perkongsian info dan pengalaman rakan-rakan pembaca.

Entri tentang Putu Perak ni dah lama sangat. Dah 2,3 tahun dulu dah tetapi saya masih menerima komen pada Oktober 24 yang lalu.

Terimakasih kepada sekian ramai pembaca yang sudi berkongsi info bukan sahaja dengan saya tetapi juga pembaca yang lain.


Untuk pengetahuan ini memang gambar ulang siar dari entri tersebut, tetapi pic snap sendiri tidak cilok orang punya.



Kisah tentang Putu Perak ini tersiar di SINI.

Saya juga pernah makan Putu yang ada halba di Kota Bharu Kelantan (tidak tahu di tempat lain ada atau tidak, tak pernah jumpa).




Kisah Putu Kelantan ini juga sudah lama, selama itu juga saya tidak lagi menjejak kaki di bumi Kelantan. Aduhai...rindu Kelantan!

Entri: Jumpa Putu bukan di Pudu.

Entri ini sebagai penghargaan kepada sekian ramai para pembaca yang sudi berkongsi info dan masa untuk memberi komen.

Sekali sekala kita kenang kembali entri lama...





 ~...petang itu Mak Utih begitu gigih membuat Bingka Ubi untuk penganan petang bagi menjamu HISYAM si buah hati teruna pujaan sekampung yang sudah menjadi anak angkat paling tersayang, lalu apabila SERI BULAN disuruh mencari daun pandan, ingin sekali dia menukar daun pandan kepada daun mengkuang...~




17 comments:

  1. Replies
    1. Rasanya kena pegi Kelantan ler kot baru dapat jumpa. Kat tempat lain belum pernah saya jumpa pun...

      Delete
  2. Mesti ada info yg dicari sehingga dipertemukan entri lama tu Azie.
    Info dapat lalu diturunkanlah komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya betullah tekaan Kak Zakie tu.

      Biasanya begitulah kan...

      Delete
  3. Putu perak tu memang feveret..
    Putu kelantan tu xpernah makan lagi.. nanti boleh test..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Memang sedap Putu Perak tu tapi sebab jarang saya mencari, sekali itu sajalah dapat saya rasa.

      Putu Kelantan tu ada rasa bawang dan halba. Wangi. Kena makan time panas, sejuk kalu ia akan liat.

      Delete
  4. Baru tahu dan boleh carik ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bila ada info sebegini boleh lah kita cuba mencari kan...

      Delete
  5. Kenapa lah saya x jumpanputu haba ni. Rugi....

    ReplyDelete
  6. Suka, sedap... tapi jarang nak jumpa...

    ReplyDelete
  7. Wew enak bener kelihatannya, ini khas mana ya.

    ReplyDelete
  8. balik KB minggu lepas ada kenduri kahwin. sekarang musim hujan dan hampir sepanjang jalan ada jual "putu halba"

    ReplyDelete
  9. kue putu selain enak ciri khas nya yaitu ada suara nya :D
    download film bluray

    ReplyDelete
  10. Putu yg ada halba tu namanya putu halba ada kat kelantan jer.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails