Wednesday, May 27, 2020

Syawal 1441H ~ Raya TwentyTwenty...

Wednesday
27-05-2020

Saya menyambung menulis dalam keadaan mood ke laut. Susah juga untuk kembali ke jejak laluan tetap sebagai seorang blogger. Makin tua, makin tumpul segala kemahiran dulu. Entah apa yang sebenarnya menjadi faktor utama. Usia mungkin, tenaga mungkin, pemikiran mungkin.

Ahad, 24 Mei 2020, Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin.

Semoga Raya kali ini lebih bahagia, walaupun hampir seluruh dunia menyambutnya dengan cara yang sangat-sangat berbeza. Yang tidak pernah kita jangkakan langsung seumur hidup kita. Hampir semua orang tidak dapat meraikannya di kampung halaman masing-masing. Pasti ada hikmahnya. Sama-samalah kita menerimanya dengan hati terbuka, dengan perasaan bahagia tanpa curiga, meraikannya dalam suasana positif dan penuh keredhaan.

Kami, walau sudah terbiasa berhari raya di rumah sendiri pada setiap Raya pertama, tetapi apabila tidak dapat meneruskan agenda balik kampung, sangat-sangatlah terasa kesedihan itu. Apalah makna ceria Raya bila kita hanya terperuk di rumah. Ke depan, ke belakang. Ke dapur, depan tv, kerusi malas, tilam. Makan... makan dan makan.

Hari Raya pertama menjadi hari ‘Cheat Day’ saya setelah melalui satu lagi pusingan musim 21-Days IBC Diet, yang berkesudahan dengan Detox Day selama 3 hari. Dan hari Cheat Day jatuh pada hari pertama Raya. Bolehlah makan apa sahaja yang diidamkan, dan apa sahaja yang selama ini tidak disentuh.

*Nak tahu apa itu 21-Days IBC Diet & Detox Day? Boleh lihat IG coach saya: haliza.akmar

Pun begitu, kerana sudah terbiasa makan dalam keadaan portion terkawal – saya rasa seperti perut sudah kecik maka automatik saya tak boleh nak makan portion banyak – maka untuk sepanjang Hari Raya, saya tetap makan semua menu cuma tidak dalam keadaan ‘pinggan menimbun’. Macam dulu. Ahaks!

Rendang Ayam Pencen.
Seperti biasa, bukan saya masak. MyToklaki yang sediakan. Dalam hal rendang ni, dia lebih terror dari saya.

MyBonda di kampung, beraya bersama dua orang kakak saya. Seorang memang tinggal bersama, seorang lagi tinggal 45 minit dari situ. Tiada lagi suasana riuh rendah seperti dulu. Tiada lagi pasang khemah depan rumah, buka meja dan memasak banyak guna periuk kawah dan bergotong-royong sesama kami menjamu tetamu. Tahun ini, tiada.

Semoga COVID19 segera terkawal, PKPB ditarik balik dan kita akan mendapat kembali suasana kita yang dahulu. Tak sabar nak cuti panjang selepas PKP ini. Nak balik kampung dan berehat. Nak tebus kembali masa yang tidak mampu dilakukan dahulu.



 ~...rindu dendam bukan kepalang terasa bagai hendak membenam kolek di muara Sungai Menghijau Lumut, tetapi bila kembali berfikir bagai batu dikikir, SERI BULAN akhirnya mengerti rindu berbalas madu dari HISYAM memberikan makna nan seribu...~



No comments:

Post a Comment

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails