Thursday, May 28, 2020

Journey AA: #05 – Selamat tinggal...

Khamis
28-05-2020

Bila dikira, sudah hampir 7 tahun saya berulang-alik bekerja dari rumah di Pandan Jaya ke pejabat di Kota Damansara.

Dunia pekerjaan dalam bidang yang saya mahir sejak lepas tamat STPM dulu. Tidak pernah bertukar bidang, hanya bertukar syarikat 3 kali sebelum kekal di sini. Syarikat ke-4 ini, merupakan juga link kepada syarikat yang sebelumnya. Projek yang sama, malah pernah dulu berkongsi projek. Malah depa kalangan bos-bos dan manager (especially marketing), memang saling mengenali. Same field, kan.

Inilah syarikat yang saya rasa, satu-satunya yang masih mahu menerima pekerja yang berusia lebih 40 tahun, asalkan mahir. Saya sendiri yang call dan datang interview. Dalam masa hari yang sama, tunjuk skil dan terus diberi jawapan diterima. Saya harap, inilah tempat terakhir saya bekerja sebelum bersara. *Kami semua staff akan diarah bersara pada umur maksima 60 tahun.

Berapa ramai staf? Saya tidak pasti. Seingat saya, lebih dari 400 orang. Di bawah lebih 20 buah anak syarikat. Department? Saya tak boleh ingat semua. Banyak. Saya berada di bangunan pejabat utama. Tingkat paling atas, Lantai 3. Jadi saya hanya tahu department di bangunan ini sahaja. Itupun, masih ramai staf yang saya tidak pernah jumpa, tidak tahu nama dan department mana. Sekali sekala bertembung di parking, di lif, surau atau di lobby, segan nak tanya apa-apa. Sebab tak tahu apa-apa.

Hanya bila kami ada majlis tahunan (Majlis Raya biasanya), barulah nampak semua staf berkumpul dan sedar, ramainya rakan sekerja.

Dalam lingkungan lebih kecil, dengan waktu kerja dan tekanan projek, terlalu sedikit masa untuk beramah mesra dengan rakan lain kecuali di lantai sendiri.

Pun, bukan semua orang adalah serasi dengan kita. Sepertimana kita juga mungkin tidak sesuai kepada orang lain dan cara depa.

Kerana itu, selepas hanya mampu seminggu dua duduk bersila makan setikar dengan kawan-kawan ketika lunch, saya tidak lagi mampu. Cara dan pemikiran saya tidak sama dan saya secara peribadi tidak boleh menerima cara dan pemikiran orang lain, yang juga saya khuatiri akan mempengaruhi saya pulak. Saya tak boleh brain, bila dalam setiap sembang, adalah tentang keburukan orang lain, tentang hentam orang lain dan ada cebisan rasa cemburu dan iri hati. Walau segelintir, mengelak adalah cara terbaik yang saya dapat buat.

Lalu saya kembali Lone Ranger. Macam dulu-dulu. Serik. Yang mengenali saya, kenal saya suka sembang, suka gelak. Itu kekal menjadi diri saya. Saya masih boleh bermesra dengan semua orang, tetapi untuk lebih intim sebagai geng, tidak lagi menjadi minat saya.

Kerana itu juga, saya tidak banyak berkongsi dengan depa apa yang saya lalui atau apa sahaja yang berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. No news is a good news.



Kenangan majlis tahunan. Persembahan pasukan saya, menjadi Persembahan Terbaik.


Saya juga pernah menjadi MC untuk Majlis Raya ofis.

Sebagai insan biasa, kita pasti terasa hati juga bila kata perli meski gurau sering dijadikan bahan. Kerana itu jugalah antara sebab-sebab saya nekad untuk menjadikan diri saya lebih berjaya, lebih sihat, lebih ceria, lebih positif dan lebih bahagia.

Supaya, kehidupan saya lebih bermakna dan saya lebih yakin, orang tua juga mampu mengubah dirinya.



 ~...setiap kali ada majlis dan SERI BULAN sering dijemput sebagai tetamu istimewa, HISYAM ternanti-nanti acara menabur beras kuning atau renjis air mawar atau setidak-tidaknya menebar bunga rampai di laluan tikar merah sebagai simbolik rasminya seseorang menjadi milik seseorang juga dan jauh di sudut hatinya dia ingin SERI BULAN juga kelak menjadi milik seseorang jikapun bukan dia....~



5 comments:

  1. salam, masih rajin menulis....masih banyak modal ni

    ReplyDelete
  2. Betul! Sesiapa pun boleh ubah dirinya jika mahu. Semuanya atas usaha sendiri jika berkeinginan, kerana Alalah dah ingatkan: Allah tidak akan ubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mahu mengubahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa perubahan yang kita mampu lakukan sendirian. Ada juga yang perlukan orang membantu kita. Yang penting ke arah positif.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails