Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Facebook: kenapa saya tak ‘friend’ dengan colleagues?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-02-2014


Sejak sekian lama. Sejak FB wujud dan sejak saya mendaftar pada 2008 lagi. Saya memang tak ‘friend’ dengan colleagues sepejabat dalam FB.

Sepertimana saya jarang berlonggok bergebang “gossip-gossip Joyah” begitu juga saya cuba memisahkan dua dunia iaitu dunia kerja bersama di bawah satu bumbung dengan dunia diri saya dan kehidupan sosial. Yang saya yakin semua orang berbeza-beza cara bersosial dan berkawan. Samada mereka suka atau tidak, akhirnya mereka terima juga.

Sehingga hari ini, apabila berpisah tempat kerja samada mereka berhenti dulu dan kemudian tempat kerja yang di Imbi tu berpindah lalu memaksa kami semua berhenti, barulah ada seorang dua yang menjadi friend saya di FB.

Apabila di tempat kerja baru sekarang, memang ada beberapa permintaan (diikuti dengan pertanyaan) kenapa depa tidak boleh dapat FB saya, tidak masukkan mereka sebagai friend... bla bla...

Jawapan lisan saya: “Memang dari dulu saya tak biasa masukkan rakan sekerja. Lagipun saya tak aktif FB sangat. FB saya boring.”

Sebenarya kemudiannya, saya rasa sangat lega berpendirian sebegitu kerana:

  • setiap kali seorang colleagues update, status itu menjadi bahan bualan esok harinya.
  • setiap perkongsian (update status) menjadi hebahan kepada semua orang. Belum lagi masuk bab ulasan dan komen masa di meja makan atau waktu tersempat semasa kerja
  • bila ada yang snap gambar semasa time suka-suka atau ada makan-makan, gambar diupload. Bukan saya kata saya perasan cantik atau tak yakin, tapi saya memilih untuk mengelak terus.
  • saya tidak mahu setiap pergerakan saya pulak menjadi bahan bualan atau salah sangka di kalangan colleagues walaupun saya biasa-biasa tetapi saya mempunyai beberapa grup kawan lain di luar sana yang setengah-setengah colleagues saya tiada, lalu saya tidak mahu dilihat seperti menunjuk-nunjuk (dan kemudian jadi sok-sek sok-sek).
  • takkan hari-hari jumpa di tempat kerja (selama kira-kira 12 jam), dalam FB pun nak jumpa muka yang sama?

Ada sesiapa yang macam saya? Alasan anda?

Tayang-tayang:


Pinggan dari kampung yang MyBonda bawak ke KL. Saya snap semasa saya singgah (dan makan) di rumahnya Sabtuday lalu. Bukan senang nak jumpa pinggan lama dengan corak bunga camtuh.

Yeaa.. ekor ikan nan seketul tu sebagai hiasan. Hahahahaha!




 ~...Mak Utih terdiam terkedu tidak berani mengomen apabila suatu pagi SERI BULAN terlepas cawan lalu tangkai tertanggal dan cawan terbelah dua seolah-olah memberi petanda ada hati sedang retak, ada hari bakal rosak tetapi apabila HISYAM tiba dengan senyum manis bak gula menjinjing Kuih Tepung Talam Labu, cawan segera dialih piring segera berkalih...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails