السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-02-2014
Sejak sekian lama. Sejak FB wujud dan sejak saya mendaftar pada 2008 lagi. Saya memang tak ‘friend’ dengan colleagues sepejabat dalam FB.
Sepertimana saya jarang berlonggok bergebang “gossip-gossip Joyah” begitu juga saya cuba memisahkan dua dunia iaitu dunia kerja bersama di bawah satu bumbung dengan dunia diri saya dan kehidupan sosial. Yang saya yakin semua orang berbeza-beza cara bersosial dan berkawan. Samada mereka suka atau tidak, akhirnya mereka terima juga.
Sehingga hari ini, apabila berpisah tempat kerja samada mereka berhenti dulu dan kemudian tempat kerja yang di Imbi tu berpindah lalu memaksa kami semua berhenti, barulah ada seorang dua yang menjadi friend saya di FB.
Apabila di tempat kerja baru sekarang, memang ada beberapa permintaan (diikuti dengan pertanyaan) kenapa depa tidak boleh dapat FB saya, tidak masukkan mereka sebagai friend... bla bla...
Jawapan lisan saya: “Memang dari dulu saya tak biasa masukkan rakan sekerja. Lagipun saya tak aktif FB sangat. FB saya boring.”
Sebenarya kemudiannya, saya rasa sangat lega berpendirian sebegitu kerana:
- setiap kali seorang colleagues update, status itu menjadi bahan bualan esok harinya.
- setiap perkongsian (update status) menjadi hebahan kepada semua orang. Belum lagi masuk bab ulasan dan komen masa di meja makan atau waktu tersempat semasa kerja
- bila ada yang snap gambar semasa time suka-suka atau ada makan-makan, gambar diupload. Bukan saya kata saya perasan cantik atau tak yakin, tapi saya memilih untuk mengelak terus.
- saya tidak mahu setiap pergerakan saya pulak menjadi bahan bualan atau salah sangka di kalangan colleagues walaupun saya biasa-biasa tetapi saya mempunyai beberapa grup kawan lain di luar sana yang setengah-setengah colleagues saya tiada, lalu saya tidak mahu dilihat seperti menunjuk-nunjuk (dan kemudian jadi sok-sek sok-sek).
- takkan hari-hari jumpa di tempat kerja (selama kira-kira 12 jam), dalam FB pun nak jumpa muka yang sama?
Ada sesiapa yang macam saya? Alasan anda?
Tayang-tayang:
Pinggan dari kampung yang MyBonda bawak ke KL. Saya snap semasa saya singgah (dan makan) di rumahnya Sabtuday lalu. Bukan senang nak jumpa pinggan lama dengan corak bunga camtuh.
Yeaa.. ekor ikan nan seketul tu sebagai hiasan. Hahahahaha!
~...Mak Utih terdiam terkedu tidak berani mengomen apabila suatu pagi SERI BULAN terlepas cawan lalu tangkai tertanggal dan cawan terbelah dua seolah-olah memberi petanda ada hati sedang retak, ada hari bakal rosak tetapi apabila HISYAM tiba dengan senyum manis bak gula menjinjing Kuih Tepung Talam Labu, cawan segera dialih piring segera berkalih...~
Saya sokong pendirian anda! Saya pun sama jugak. High five!
ReplyDeleteHigh five dua belah tangan....!
DeleteGive me ten la kak. Hehehe.
DeleteNak jugak! Give me ten!
Er, another high five dua tangan boleh?
DeleteKakak lagilah sebab malas melayan itulah selepas 3 tahun berFB lepas tu terus tutup...
ReplyDeleteBanyak hati nak kena jaga malas.
betul, samerlh dgn sye,"setiap kali seorang colleagues update, status itu menjadi bahan bualan esok harinya.
ReplyDeletesetiap perkongsian (update status) menjadi hebahan kepada semua orang. Belum lagi masuk bab ulasan dan komen masa di meja makan atau waktu tersempat semasa kerja", yang nie sye setuju sgt2...
saya pun :)
ReplyDeletesaya ada 2 acc fb
1 fb utk family, ada la beberapa org kawan opis
1 fb utk kawan blog
dannnnnnnnnnnnn sy lebih selesa bertanya pendapat.kongsi cerita di acc fb blog
fb family sekadar share gambar kenduri je
atas alasan, sy x suka post saya jd ulasan next day
acc fb adaaa..status pon berkenaan apa yg saya update kat blog, then ada jugak la put a little picture my family...biasanya on fb pon just like sana like sini untuk bertegur sapa dengan status dorang..
ReplyDeletetulah kak... jujur sy katakan, sy menyesal masukkan rakan skerja dlm senarai rakan fb... ni dulu2lah ni, baru sign up fb.. so takde kwn2 lagi... belum pndi bersosial di alam maya, jadi masukkanlah rkn di kalangan mereka... apa yg sy nmpk, di fb bkn main ramah.. baru ni brbalas2 komen.. tapi bila jumpa, eh, mcm tak kenal pulak.. hahahaha
ReplyDeleteSaya friend dengan kawan kawan rapat di office tapi tidak dengan immediate subordinate semasa di tempat lama. Bila dah berhenti kerja di sana, saya terima invite dari immediate subordinate. Tapi sbb saya jarang pun update apa apa di facebook, setakat ni belum ada lagi masalah. Tapi blog pulak yang saya tak bagi tau pada kawan kawan. Saya rasa sebab saya lebih banyak mencurah rasa di blog.
ReplyDeletesekarang fb penting untuk hay day saja. kalau bukan pasal hay day, pasti saya dah delete account. :P
ReplyDeleteDulu masa saya ada FB (sekarang sudah totally off!) saya tak add pun bos saya. Saya tak add pun jiran-jiran pejabat, saya tak add pun orang yang saya kenal waktu saya dah kerja ni. Saya add mereka yang saya kenal masa sekolah sahaja.
ReplyDeleteagak dah!
DeleteSaya pun nak ikut jejak yang sama tapi dah terlambat sebab dah accept diorang sebelum nie...kalo nak unfriend karang ada yang kecik hati pulak...huhu
ReplyDeleteMungkin sebab tempat kerja Aina ni ramai budak yang muda2 dan tak reti nak bergosip jadi tak ada sebab utk tidak friend dengan depa...lagipun Aina memang guna nama penuh jadi senang sangat depa nak cari.
ReplyDeletemakcik cuma tak accept kalau bukan nama sendiri....
ReplyDeletepinggan kampung tu....makcik ada 8pcs @ 4 bunga lain2 jadinya satu bunga 2 biji :)) alfatihah buat mak & ayah makcik
cantiknya pinggan...susah nak dapat skrg ni..kalau ada un,harga bkn main tinggi lagi..
ReplyDeletesaya add sahabat dan saudara mara yang saya KENAL sahaja!
ReplyDeletesaya share apa yang saya rasa nak share
apa org nak kata dan komen, saya tk dulik
apa org nak anggap, atau nak buat pun saya tak dulik
sebab saya bukan org yang sentap!
so saya mmg jauh pendapat dari akak hehehehhe
tapi ramai kawan2 yang memilih utk jadi seperti akak, so saya hormat apa jua pendirian mereka2 ini, tanpa ada paksaan atau tanpa perasaan nak jadi stalker, bagi saya pendirian org lain kita kena hormat dan faham, seperti mana saya mau org hormat dan faham pendirian saya
di blog plak?
saya tak tau, sapa yang baca, sebab blog saya open to public
ia lebih pada perkongsian hidup diri saya yang bersifat jujur dan direct
so up to the reader to judge!
org yang kenal kita pun kadang2 judge kita tak betul, apatah lagi org yang tak kenal kan!
good day kak!
Makchaq ada facebook tapi jarang bukak... update lagi la jarang...
ReplyDeletesama saja alasan saya....
ReplyDeleterimas la!
dan FB sy tetap agak boring kerana sy lebih aktif dlm secret group atau closed group.
Sy ada satu akaun fb sahaja, friendlist adalah ex-schoolmate, ex-officemate & housemate & officemate..hmmmm berapa byk mate daa..heheh. sy tak friend dgn orang yg saya tak kenal..
ReplyDeletesaya awal2 lagi dah block abis bos2 kat tempat keje & bebudak opis yang telah dikenalpasti hebat dalam menyebarkan berita2 terkini..rasanya hampir 200 friend request sy tak approve sbb tak rapat/tak kenal sngat/malas nak semakkan wall smpai la sorang budak opis ni datang jumpa tanya kenapa tak approve request dia..lawak2
ReplyDeletetak ramai.. hanya sebilangan kecil yang saya add.. sebab saya tak selesa bila adanya rakan pejabat di dalam senarai fb saya.. eemm.. pernah terjadi, dia add sekadar nak nak jenguh jengah stalker fb saya..
ReplyDeleteSama kak.saya elak perkara mcm akak buat.atas alasan yg sama
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteKak Ratna tidak punya fb dan sehingga sekarang satu dunia mengemukakan soalan&pertanyaan mengapa fb-nya sampai sekarang tidak ada ! seperkara lagi kak Ratna tidak punya cellphone oleh itu benda-benda terkini seperti ig/instagram, untuk ber-whatsApp dan ber-twitter sememangnya tidak ada dan tidak reti ! walhal tempat duduknya diPeranchis ... panjangkata hubungan komunikasi kak Ratna dari segi "technology these day" yang terkini begitu terhad dan sengaja dihadkan demi diri tidak terjebak/terbuka dari ber-ghossip secara segera atau apasahaja yang ternampak dari cellphone ataupun fb semuanya mahu diperkatakan atau dikompang hebohkan satu dunia dan hasilnya semuanya bergaduh, kecilhati, merajuk, tersentak, marah menjadi geram, cemburu terus busuk hati dan terjadilah peperangan sejuk/cold war ! ini semua kak Ratna tahu pun dari penerangan kepada barang siapa yang mempunyai fb account yang sudah sedar bahawa fb mudaratnya begitu tinggi !
Baik dan buruk itu timbangilah mengikut pendirian memasing karena benda-benda begini kak Ratna tidak berani mengulasnya secara luas, dan mengaku diri ini terlalu kerdil dari segi mengikuti arus cara hidup yang maha tinggi technology-nya...
Adore pinggan nan silam juga adore dengan gambaran nasi putih yang bertadah dengan ekor ikan nan seketol...
Salam mesra semanis madu.
Saya sentiasa adore dgn komen dan pendapat Kak Ratna...
Deletesaya respect, dan setuju dgn alasan kak azie...
ReplyDeletetapi staf2 klinik saya, mmg friends dgn saya pun...hahahaha
kalau la ditakdirkan salah seorang warga KKA, tetiba masuk bekerja di opis kak azie..camana? :P
masa mula2 ada FB memang acu friend dengan kawan2 di office
ReplyDeletetermasuk dengan my pengarah
tapi since ada insiden fitnah memfitnah
acu unfriend semua officemate... sekarang hidup aman damai :)
ooooo, berbeza dgn saya kak, rakan2 FB sy adalah org2 yg sy kenal shj....xkiralah adik beradik, sdaa mara, rakan2 lama, ank2 murid or rakan blog..org2 yg sy xkenali mmg sy xterima.
ReplyDeletebila bekerja sy juga ada niat mcm ni.. sbb sy rasa lg bagus org yg jumpa sy hari-hari tak tahu personal life sy
ReplyDeleteSaya pun tak add semua rakan sekerja dalam fb tapi ada se orang dua je..
ReplyDeletelogik juga ya. tapi kami guru- tak sempat bergosip. kak nora cuma tak add student, malas.. bagai dikata, tak mahu jadi perkataan kita diulang tayang oleh murid. pernah berlaku pun.
ReplyDeleteHehe... depa add saya ker atau tidak dlm fb
ReplyDeleteatau
saya add atau tidak mereka mereka itu dlm fb saya ---- "aiman tak kisah"
Masing2 ada cerita... tapis jgn tak tapis hehehe......
Agak2 kalau lepas ni unfriend colleagues office ok x..hahaha....
ReplyDeleteapa id fb akak,? meh sy nk stalk. sy suka stalk. hahahaha
ReplyDeleteCuba la cari > azieazah
DeleteEhh > Azie Azah
DeleteBaikk. Tp sy xpakai nma btl...nama tipu :p
DeleteAmboiii nak kene budak niii...
Deletesetuju sangat dengan alasan yang last tuh, betul sesangat..erkk..saya ada FB, tapi tak aktif pun
ReplyDeletesaya setuju
ReplyDeletesamalah kita, memang sangat menjaga di facebook
ReplyDeletebila add seseorang, saya akan letakkan dia dalam group berbeza
ada group blogger, group family, group bekas tempat kerja, group rakan sekolah. biasanya hal atau gambar keluarga, saya share dgn group family sahaja...dah sembang2 blogger saya cuma bagi group blogger saja view .
Sy pun sama mcm azir..tp dulu penahlah ada.sorg dua masa tu ingat dia baik sgt rupanya gunting dlm.lipatan ..jd sy block nama dia dn smpai skrg sorg ofismate pun tkde dah..aman damai bak kata acu darling..
ReplyDeletesaya dah terlajak friends dgn orang opis...
ReplyDeleteSo bila esoknya ada yang tanya saya makan kat mana semalam...? atau siapa dia yang saya maksudkan?... saya rasa macam ada stalker pulak :'(