Friday, October 24, 2014

Ayob’s Cafe yang klasik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
24-10-2014


Suatu hari tu. Saya pergi area Seksyen 7, KD. Dekat Gulam Mee Restoren besar yang pernah saya pergi 2,3 kali dulu.

Kali ini mencuba kedai makan yang ini

Ayob’s Cafe. Klasik dekorasi dalamnya. Sesuai untuk peminat barang antik.


Memang terpegun. Banyak sekali barangan dari zaman saya kecik dulu. 60-an. 70-an... and so on.


Barangan yang sukar ditemui lagi hari ini. Menurut Puan Kedai, barangan dibeli dari merata tempat seluruh Malaysia.



Barangan dijual mengikut tawaran pembeli, saya jangka begitu. Sebab tiada tanda harga.


Kelihatan tangga menuju tingkat atas yang dikatakan Puan Kedai, mempamirkan barangan antik perabut. Tak cukup masa nak round sampai tingkat atas.


Mangkuk apa kita sebut? Enamel? Mangkuk ayan? Masa kecik dulu kami ada besen besar kaler kuning bergaris hijau cenggini.




Mangkuk tingkat Nyonya-Baba.


Pelita jenis lama.




Kami order Yee Mee Kungfu (hot-plate).




Rupa macam best, kan? Tapi Sori Berlori. Saya tak rekmen. Sebab tawar hambar dan tak sedap!






 ~....oh SERI BULAN..~




16 comments:

  1. hmm... garam punya pasal, hilang terus kisah seri bulan dan hisyam?

    ReplyDelete
  2. Nampak memang macam sedap kak...tambah2 bila nampak cili kicap. Tapi tak direkemen, ok...saya bersabar kembali...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Sedih...kedai unik, menarik...tapi makanan failed!
    Akak better bagitau Puan Kedai..

    ReplyDelete
  4. nmpk mcm sedap....tak sangka pulak failed.

    ReplyDelete
  5. Sama kes macam restoran Sawadee la ni, ya Azie...

    ReplyDelete
  6. hhhmmmmm.. tuh yg risau nak try2 kedai selain yg dah biasa... hihi

    ReplyDelete
  7. Nampak barangannya buat akak teruja nak start enjin kereta pi sana
    Tp katanya makanan sori naik lori...
    Tak jadi akak, terus simpan kunci dlm lemari....

    ReplyDelete
  8. hehehe..baca sampai abis, baru bunga nak mekar, kembali layu ditasik madu...huuu....

    ReplyDelete
  9. Puan kedai tu kena cari tukang masak yang pandai memikat selera pelanggan. Kalau tak.. makin hilang seri kedai tu..
    Ke puan kedai hanya mengutamakan barangan lama sampai terlupa nak memikat selera pelanggan..?

    ReplyDelete
  10. Mangkuk ayan tu serupa mcm kat rumah mak saya.....

    ReplyDelete
  11. Kak azie, kami anak beranak peminat western food kat ayub cafe ni tapi waktu malam la. Tak sure ada western waktu siang.

    Chiken chop dan fish n chip mmg kegemaran budak2, appertizer dia menarik sbb dia bagi roti yang dikukus panas makan dgn mentega. Mmg menarik. Mungkin akak kena try specialist western dia. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  12. mungkin kebetulan akk pegi dia buat xsedap kot.hehe..cbe akk try lagi skali tgk cmne ekekkee

    ReplyDelete
  13. menarik deco2 restauran ni....mesti ramai peminat barangan lama akan terjah ke sini.

    ReplyDelete
  14. Sebab tu Aina sgt typical bab makan2 selalu pi kedai yg sama je sebab dah tau masakannya kena dengan selera.

    ReplyDelete
  15. mangkuk ayan mak kite still ade lagi.. harta pusaka..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails