Friday, October 31, 2014

Bila kita maju setapak dan setingkat, jangan pernah rasa terpanah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
31-10-2014


Alhamdulillah, syukur. Itu ayat pertama saya nak tulis, nak ucap. Di hari Jumaat yang penuh barakah ini.

Beberapa hari saya tidak berkesempatan menulis dan bercerita. Sudah tidak sama macam dulu lagi. Cerita merapu pun boleh jadi entri. Sekarang, hmmm... takpa. Asal saja saya tidak berhenti menulis.

Kesyukuran yang saya sebut itu, meliputi banyak hal. Secara umumnya, kehidupan dan nyawa yang dipinjamkan. Kehidupan peribadi yang ketara lebih baik. Mungkin peribadi juga ikut semakin baik. Saya sentiasa mengharapkan begitu. Juga harapan kepada seluruh ahli keluarga saya, esp anak-anak saya. Orang-orang keliling saya dan semua mereka yang saya kenali termasuk pembaca rakan blogger.

Sejak minggu lepas, beberapa perubahan berlaku yang saya berani sebut sebagai suatu kemajuan. Satu kemajuan baru untuk kemajuan lain lagi.

Saya diberi suatu posisi atau jawatan yang lebih baik selain sebagai seorang staf dan pekerja biasa. Faham maksudnya? Ya... saya dapat pangkat. Itu bahasa paling mudah. Tetapi memikulnya tidak mudah. Ada beberapa perkara harus saya ubah. Terutama attitude diri sendiri. Harus meletak ‘gap’ yang ada ketika sukar sekali diterima orang. Itu biasa, kan?

Sejak hari pertama perlantikan lagi, saya sudah menduga pelbagai reaksi (yang negatif) bakal saya dengar sendiri or kerusi-meja saya yang mendengar. Well... kalu lah semua orang terbuka minda dan positif, bagaimana boleh ada syurga dan neraka, kan?

Lalu, alhamdulillah saya sudah terdidik (dan terus mendidik) hati supaya kebal dan kental, semua itu sudah saya duga lalu saya menerima dan menelan dengan hati terbuka. Ya... saya berani mengaku, saya memang seorang yang positif (wpun ada beberapa kelemahan negatif juga). Tetapi bila melibatkan soal komitment kerja (well... Hisyam sangat mengenali Seri Bulan-nya), saya boleh fokus dan saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Bukan telinga saya tidak faham bila disindir ‘mengipas membodek’ tetapi, saya yakin bukan itu menjadi faktor saya terpilih, lalu kenapa nak jadikan ayat itu sebagai kudis di betis kaki? Tidak ramai yang dapat menerima seorang pekerja baru seperti saya boleh diberi amanah dan tanggungjawab ini berbanding ramai lagi yang berkhidmat lebih dari 10 tahun pun?

Lalu, saya terus berdoa supaya hati saya terus kental dan kebal, terus kuat dan berharap orang-orang keliling saya akan terus memberikan kerjasama dan sokongan. Jika pun tidak mampu menyokong, tidak menjatuhkan dan mendengki saya pun sudah baik saya kira.

Rezeki yang disyukuri. Itu selalu saya sebut. Rezeki anak-anak juga. Rezeki kita juga. Ini baru permulaan. Saya harap kita semua akan terus diberikan rezeki yang lebih baik, kemajuan demi kemajuan.

Tayang-tayang:


Cucur Jawa namanya. Dah lama tak nampak. Saya kurang gemar sebab ini kuih manis. Tapi sebagai tanda sokongan kepada menu tradisional, saya beli, snap dan sedekah pada kawan. Beli dari gerai makcik Jawa Johor yang berniaga di Seksyen 7 KD. Kot la ada yang tak kenal kuih Cucur Jawa. Yang mengiringi, ialah Bingka Pandan dan Lepat Pisang. Pun menjadi rezeki kawan, sebab saya belasah Lontong!


Tuhan, jauhkan lah kami dari perasaan angkuh, bongkak dan riak....



 ~...HISYAM, walaupun sejak beberapa hari lepas bagaikan hilang arah kerana hujan siang malam pagi senja, lalu terkurung di Teratak Nyatuh namun hatinya bagaikan terlepas dari bebanan kerana tiada lagi anak dara Pak Imam yang tidak henti menggoda dengan lenggok liuk setiap kali ke balai raya tanpa sebab, dan SERI BULAN pula rasa terbeban kerana harus memasak sepanjang masa sehingga Mak Utih merungut bawang sudah habis kentang sudah lontang dan bekas beras sudah keras...~




14 comments:

  1. Alhamdulillah. Pekakkan telinga tunjukkkan prestasi yang lebih baik.
    Tahniah azie.

    ReplyDelete
  2. Tahniah...Mamawana juga pernah melalui saat saat seperti ini...

    ReplyDelete
  3. tahniah kak azie! bukan senang orang baru nak naik
    maka perkara biasa ada yang iri hati
    appaun saya doakan moga akak sekeluarga dijauhkan dari
    hasad dan dengki manusia =)

    p/s-kita sama in term of positive di tempat kerja, mungkin sebab tu kita mampu lakukan apa saje =)

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas perlantikan itu
    Tahnaih juga jadi seorang yg kental dan kuat

    ReplyDelete
  5. tahniah kak azie.... sy pernah tgk cucur jawa tu, cuma x tau namanya. dan mmg manis bagi tekak sy yang memang sesekali ketagih makanan manis.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.....tahniah kak...rezeki di hujung tahun...biar ler berkudis orang nak kata....janji bukan kita pinjam duit orang sampai orang nak berkata....betul tak....?

    ReplyDelete
  7. Tahniah Kak Azie...syukur alhamdulillah ganjaran buat akak yang komited dengan kerja.

    ReplyDelete
  8. tahniah kak..Alhamdulillah..saya tumpang seronok.jadikan mereka2 yang -ve tu sebagai penaik semangat untuk kak Azie terus bukti kan yang Kak Azie memang layak.

    ReplyDelete
  9. Salam AA,
    Alhamdulillah syukur sesungguhNya dengan rahmat rezeki yang dilimpahi... sejambak ucapan tahniah keatas kenaikan pangkat tersebut yang bermakna hanya yang terbaik layak menjadi yang terpilih, semoga suasana ditempat kerja akan berterusan seperti selalunya tanpa ada rasa-kerasaan iri yang sering terlanjur disuarakan (yang begitu lumrah/kerap terjadi), semoga AA seterusnya cekal lagi kebal bagi menghadapi perubahan kerjaya baru dimana sudah pasti hanya yang terpilih yang diberi sepenuh kepercayaan bagi memikul tanggungjawab-amanah tersebut.

    Salam mesra dari jauh...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah....tahniah Azie atas perlantikan itu.Harap azie kekal kuat.

    ReplyDelete
  11. sy rasa akak koje kuat.. mmg layak terima sedikit pghrgaan seperti itu. Lgpun ia dtg dgn tanggungjawab kan....gudluck kak..semoga terus berjya..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah kak azie, tahniah, takpe kak..saya yakin akak mampu menghadapi apa jua dugaan, yg penting kita sentiasa ada DIA sebagai tempat mengadu..

    ReplyDelete
  13. Cucur jawa ke nama dia. Laaaaaa.

    Tahniah kak. Yang penting komitmen.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails