السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-09-2014
Beberapa hari sebelum Aidil Adha hari tu, saya berkesempatan menunaikan janji untuk makan sate bersama keluarga saya dan juga keluarga sepupu saya. Walaupun tidak semua ahli keluarga turun sama, tapi semeja yang kami duduk, berdepan dengan pentas nyanyian di Restoren Satay Station, Ampang Waterfront, sangatlah best dan meriah.
Biasanya saya ke cawangan Kampung Pandan Luar sahaja jika nak makan sate jenama ini. Kali ini, pegi jauh sikit. Cawangan Ampang Waterfront. Pertama kali di sini. Senang cari sebab tepi jalan. Sangat besar dan kelihatan “outstanding’.
Yang istimewa di sini ialah, hampir setiap malam ada kumpulan Ghazal ini. Kumpulan Ghazal Sri Nirwana (saya harap saya tak silap sebut nama kumpulan ini). Mendendangkan lagu-lagu ghazal yang enak menjadi halwa telinga sambil meratah sate secucuk demi secucuk! hahahaha!
Kami turut order Mee Rebus. Di restoren ini tidak banyak menu lain selain dari Sate dan Mee Rebus, dan set Nasi Putih + Sup Urat (kami tak order nasi).
Rasanya ramai dah sedia maklum akan sedap dan harga (yang sedikit mahal) di restoren jenama ini. Memang mahal sedikit, tapi tetap enak. Dan saya kata, berbaloi!
Dalam banyak-banyak lagu, saya paling suka lagi “Ala Emak Kahwinkan Aku!”... hahahahah! Terbaik toq!
Jom pegi lagi!

~...apa guna mengharap dia memujuk jika dia sendiri yang memberikan rajuk, apa guna mengharapkan dia memberikan kasih bila dia sendiri yang mencipta rindu, lalu SERI BULAN rasa memerap di rumah mengadap atang dapur bersama Mak Utih dan pura-pura rajin belajar menguli tepung Roti Canai, lebih baik dari menunggu HISYAM datang membawa pucuk rebung Madu!...~
salam akak...sedapnye tgk makanan2 tu..sambil makan dgr lagu memang best kan kak
ReplyDeleteTeringin nak rasa sate kat sini...selalu dengar aja..
ReplyDeleteIkut tekak kak azie, mana lagi sedap ? ( banding dgn sate samuri)
mahal tu berapa mahal
ReplyDeletetapi kalau berbaloi dengan rasa an servis, boleh tutp mata kot =)
Yes Yana. Baca komen kak Zai di bawah. Tapi sudah naik harga. Rm1.40 secucuk. Tapi sedappp...!
DeleteKalau banding dengan satay haji samuri ternyata satay station lagi sedap tapi harga dia kalau kak zai tak silap rm1.30 satu cucuk.
ReplyDeleteMenarik tengok persembahan tu sambil layan makan satay.. ;)
ReplyDeletemee rebus telur sebiji...
ReplyDeleteMee rebus
ReplyDeleteSedap tak?
Kuah keledek tu?
Ikut piawaian saya memang sedap lah. Agak beza dengan versi Mee Rebus Mamak yang lemak kacang dan ada kentang rebus. Yang ini ala-ala Mee Rebus Jawa.
Deleteroti canai cicah gulai daging campo rebung madu..alahai sedapnyaa.. rasanya sama sedap dengan lagu ala emak kawinkan akuuu..haha..
ReplyDelete