السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-10-2014
Semalam, si bini kepada MyToklaki (saya la tuh!), macam biasa balik kija dah malam. Sampai area rumah, sekitar jam 9:30 malam. Dah la hujan lebat sepanjang jalan Kota Damansara hingga ke Ampang dan Pandan. Sejuk bersekali pakej lapar!
Lalu si bini said, “Pekena teh panas best gak ni.” Biasanya kadang-kadang kami singgah dinner makan nasi jarang lepak kedai mamak di hari biasa.
Tapi baru pekena Teh O panas sikit, tunggu Roti Telur baru nak menyuam (panas turns to suam), MyToklaki dah angkat gelas dia, “I nak sembang dengan kawan jap.” Means, kat meja lain. Lalu si bini makan sensorang.
Time balik, kawan dia dah sengih semacam.
Nak balik punya masa, MyToklaki said, “U know what (ini memang ayat paberet dia sebelum memulakan citer), kawan I kata orang rumah I lawa.” Hahahaha saya dah gelak dulu. Macam tak caya jer!
“Betul kerrrrr.....”
“Betul lah.”
“I tak caya. Nanti I pi tanya dia.” Sekadar mengacah.
“Pegi lah tanya. Kalu U tak malu!” — MyToklaki. Hahahahahaha!
Cihhhh!
Tayang-tayang:
Konon nak kasi relevan dengan cerita. Pic tahun 1985. Kahkahkah! (mujur pakai scarf, kalu idak nampak rambut keriting mengerbang!)
~...sudah berulang kali SERI BULAN beramaran kepada HISYAM, jika pun tidak sudi menemani, usah dihantar orang lain mengiringi, jika tidak berkesempatan datang sendiri, usah cuba mencari alasan mengelak diri kerana dia sendiri sedia maklum tanpa HISYAM berdepan di depan sila dan dulang lauk, SERI BULAN tetap pandai berlakun dia memang selera makan, padahal di balik kain tutup tingkap dia sendawa selang seminit!...~
amboii...gembira la bila orang cakap mcam tu kan...hehe
ReplyDeleteNak sejukkan hati binlah tu..ahahahaa...
ReplyDeleteKak Azie itu cara orang dulu2 pakai tudung, Aina masa sekolah menengah ada aktiviti petang pakai tudung gitulah, ikat belakang je.
Aaaaaa.? Speechless.! Xcya.xcya
ReplyDeleteHaha..jgn ambik hti kak..gurau je.
Salam AA,
ReplyDeleteLawa & maniiis yang mendalam... dipandang lama semakin terserlah nian umpama sibulan purnama yaitu bersinar-sinar senyumannya AA... setuju dengan pujian nan ikhlas darinya kawan suamimu itu...
p/s: terbukti jelas dari gambar nan silam, tampak terserlah lawa dan manisnya AA walhal gambar hitam & putih dari situ boleh tahu sama'ada wajah photogenik tulen atau disebaliknya !
Salam mesra semanis senyumanmu.
Salam. Hee gambar itu klasik.
ReplyDeleteSetiap orang ada taste masing2. Mana tau kawan tok laki akak tu memang minat pesen2 macam kita, eh..macam akak..? Maka, percayalah walau kita was2. Enjoy the moment
ReplyDeletentah2 kwn tu sengih sbb lain kot ... heh heh heh . sesekali dgr org puji lawa memang best kan ...
ReplyDeleteFeewittttttt...
ReplyDeleteComelllll....dalam gambar tu akak umur berapa?
peeeewwwiiitttt..akak memang lawa pon..bestnye kalo ada org puji kita lawa..hehhehe
ReplyDeleteAzie..hihi kak nah juga pernah pakai macam ni zaman remaja dulu..=)
ReplyDeleteSatu pujian tu.Alhamdulilah.
ReplyDeletePhewwwww
ReplyDeleteHilang penat ya azie?
Lupa tdnya baru meredah jem dari kota damansara ke pandan indah...
Tp mmg betul
Akak sokong sgt...
ha ha ha..kak azie comelnya zaman rumaja mu, kita pun sempat pakai tudung camtu tau, tapi malula nak tunjuk.
ReplyDeletehehehehe... gambar tahun 1985 umur berapa masa tu akak?
ReplyDeletehehe...jujur sungguh statement tu
ReplyDeletemau kembang sampai seminggu dak kak azie =)
gambar akak ni buat saya teringin kat mak saya
macam ada iras
roti telor tarok bawang tak...? baru aaauummm!
ReplyDeletepestime dtg cni.folo ye
ReplyDeletealaa.. nak tengok rambut mengerbang kerinting tu.. awat akai scarf? kih3.. kak Azie.. ada entri khas untuk akak.. baca tauu.. -->http://tengkubutang.blogspot.com/2014/10/yang-ingin-ku-kongsi-antara-blog.html
ReplyDeleterasa bangga bila suami sendiri cakap macam tu.. tak kisahlah sebab nak jaga hati atau idak.. yang penting hati berbunga-bunga riang.. hehehe..
ReplyDelete