Monday, January 20, 2014

Maulidur Rasul: surau Al-Falah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-01-2014


Sambutan Maulidur Rasul 2014 di taman saya, berlangsung semalam 19hb. Seperti tahun-tahun dulu, surau taman saya memang sentiasa meriah dan sambutan sebegini sudah menjadi perkara rutin.

Berkumpul seawal 8:00pm untuk sama-sama dalam perarakan sambil berselawat.




MyTolaki di barisan hadapan, sempat pulak dia snap saya di kelompok belakang.



Kumpulan kompang surau memeriahkan lagi perarakan. Perarakan yang dibantu-kawal oleh pasukan RELA menarik perhatian penduduk taman kaum lain yang sedang bersarapan di restoren-restoren sepanjang laluan kami.

Berakhir di surau, semua yang terlibat bersarapan. Bab makan di surau tidak pernah menjadi masalah. Untuk sarapan sahaja, ada 3 buah restoren yang menaja. Alhamdulilah.


CHAK beratur penuh sabar tunggu Kepak Ayam yang nampak sedap tuh.


Ini untuk budak budak saja la saya rasa. Saya tak amik pun. Banyak makanan lain.

Acara bersambung dengan doa, selawat, ucapan perasmian, tazkirah pendek, bacaan Al-Quran.

Acara kemuncak adalah ceramah khas Maulidur Rasul oleh penceramah undangan khas yang popular di area sini:

Ustaz Haji Nahrawi!


Banyak kali dah saya hadir ceramah Ustaz Haji Nahrawi ni. Memang best. Sejam setengah pun tak terasa bosan pun. Sekali sekala slang Jawa tu yang menggelikan hati.


Berdiri dan berselawat beramai-ramai. Selawat adalah doa. Selawat adalah rahmat. Selawat adalah ibadah. Menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Nasyid oleh bebudak ni. Ada lagu Bainanana... yang popular tuh. Lihat budak paling kecik yang pukul gendang tu. Tak padan kecik, bukan main rancak dia bergendang. Oh kagum.



Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari (gulai daging yang enak), kemudian terus solat Zohor berjemaah.

Last, Puan Blog pun nak beraksi:





 ~...HISYAM tiada di sini, dan SERI BULAN dah malas menanti...~




16 comments:

  1. Replies
    1. Chak kata dia dapat 2 ketul dan sedap.

      Delete
  2. comee aihhhh ....Salam maulidur rasul

    ReplyDelete
  3. Cantik nya jubah kakak yang pakai spek gambar akhir tu! Kakak tu pun manis aje tersenyum simpul.


    Nak ngorat boleh tak? :wnk

    ReplyDelete
  4. meriah nampaknya sambutan maulidur rasul disana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setiap tahun memang meriah la surau kami...

      Delete
  5. Wahhh...cantik jubah...

    Entah apa yang tak kena tahun ini terlajak tidur dan terlepas perarakan Maulud Nabi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih sangat kot. Kak Azie pun rasa gak penat tapi semangat tu jer yg kuat...

      Delete
  6. dan buat pertama kalinya sy tertanya... ke manakah hasyim....? sedangkan hisyam yang sering disebut2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasyim? Saya lak yg keliru. Bukankah selama ini hanya Hisyam yg tertulis di situ...?

      Delete
    2. Sepatutnya Hisyam.. tapi sy sendiri y tertanya2.. pelik kenapa nama hasyim y terlintas di minda sy......

      Delete
  7. best nya aktiviti gini
    kat tempat saya menyewa ni, tak adalah
    last saya join tahun lepas time sekolah tadika anak saya dok buat

    gambar yang no 3 tu kan kak,
    saya terus boleh cam muka akak
    sebabnya akak orang lain concentrate pandang depan
    akak pandang camera
    color tu, cantiklah! menyerlah gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak azie pandang sbb Ka Azie dah perasan Toklaki dok meronda di tepi sambil snap sana sini...

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails