Tuesday, December 9, 2014

Alangkah...

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-12-2014


Alangkah seronok bila hujung tahun, ada bonus dan boleh jalan sakan-sakan sampai tak payah fikir kerja. Beli dan belah macam ambik barang tak payah bayar.

Alangkah bahagia bila apa saja kehendak yang kita mahu, kita impikan menjadi kenyataan. Dan kita tidak melalui sebarang kesusahan pun untuk mencapainya.

Alangkah gumbira bila kita tidak lagi berada dalam kemelut hutang, dan boleh bersara dengan aman tak perlu fikir komitmen yang memeningkan.

Alangkah seronok, bila dah menginjak usia, duduk di rumah yang aman damai sejuk banyak pokok dan masa tu nak buat apa pun takda siapa larang. Nak tebas rumput ker... nak tanam pokok ker.. nak bela ayam itik, waima nak buat kolam renang pun boleh. Duit dah banyak (kunun). Hahahaha...!

Tapi... saya meletak target 8–10 tahun lagi untuk menjadi wanita berkerjaya. Rasa terlalu sukar untuk saya menjadi wanita ‘duduk rumah’. Tak boleh nak bayang lagi.

Rekod: sudah ada 2 orang yang bakal bersara di tempat kerja saya. Lalu saya rasa, saya juga sudah tidak begitu muda. Tapi syukur, saya berani jamin, komitmen dan fokus saya masih setara dengan mereka yang muda dan cuba untuk berada dalam kelompok ‘flying colors!’

Tayang-tayang:


Bagaimana rasanya, bila sambil kerja ada PREDATOR ini kat sebelah skrin anda? Tapi menarik kan?

Seorang, artist (designer) di tempat kerja saya, memang Predator Collector. Hampir semua patung Predator dia beli. Order khas dari Hong Kong. (Sebuah patung begitu, berharga kira-kira RM600++). Kalu dah minat.



Saya berani pegang saja. Nak letak sebelah keyboard kalu... kompom mengigau malam!



 ~...HISYAM bukanlah seorang yang nampak berani di mata orang, tapi hanya SERI BULAN tahu betapa beraninya lelaki itu, walau tenang sentiasa tetapi dia pernah meredah jeram yang seram di malam hari dengan hanya mengayuh perahu sendirian semata-mata hendak tiba di pengkalan hulu seawal mentari terbit demi sebuah janji di sana ada seorang gadis menanti tetapi bakal ditinggalkan selamanya demi ikrar kepada SERI BULAN...~




16 comments:

  1. salam kak azie sayang..:)
    Kak, kalu semua impian tu tercapai, alangkah...tapi bila Allah bagi izin terjadi semua yang kita nak tu, kita pun dah tak muda lagi plak, segala nikmat yg ada waktu tu rasanya dah tak berapa bernilai lagi.

    Nikmat dan bahagia yg abadi hanya di syurga.

    ReplyDelete
  2. amiin, sy doakan impian kak azie tu jadi kenyataan.

    cantik predator tu. boring2 buat keja or time nak ngelat, pasti terbantut.

    ReplyDelete
  3. Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan...

    InsyaAllah.

    Aamiinnnn...

    ReplyDelete
  4. Saya dah tak berupaya rasanya nak berkerjaya. Saya dah mula berangan untuk jadi suri rumah. Nak pergi pasar dan beli bahan segar tiap2 hari, nak kemas rumah..nak hias rumah, nak menonton tv, nak basuh kereta,melayan novel, boleh bersosial dengan jiran, boleh dengar kuliah di masjid saban hari dan lupakan . Alangkah seronoknya andai dah tiada hutang...uwaaa....

    ReplyDelete
  5. saya rasa macam jenglot lah.. apa tu.. predator???? agagaga

    ReplyDelete
  6. Kak rose berenti kerja kerana ikut suami berpindah...dan bukan mudah jadi SAHM bila dah bertahun2 berkerjaya...kalau tak tahan boleh mengong kepala, nasib baik hubby sangat supportive.

    ReplyDelete
  7. saya pula tak terfikir tentang membina kerjaya
    semua dilakukan kerana membantu suami sahaja =)

    predator! anak saya suka character tu. wow! mahalnya!
    minat punya pasal, sanggup dia berhabis duit ye =)

    ReplyDelete
  8. Kalau dah minat kan kak azie, RM600 seekor Predator pun, mereka akan beli...hahaha..

    Kalau akak nak bersara di suasana yg damai, sejuk, menghijau...jom kita migrate ke Ostolia...hahaha

    ReplyDelete
  9. homakaiah..!!harga bukan main2..terbeliak baca harga nya tu..boleh buat belanja dapur sebulan..heheh

    ReplyDelete
  10. ho2.. suka cerita predator.. tapi tak suka patung or gambo2 dia.. kikiki

    ReplyDelete
  11. Salam.. Jemput join Giveaway 2 Year Blog Tengkubutang yea.. Hadiah-Hadiah Wang Tunai dan Topup serta Hadiah lain melimpah di ladang gandum.. hehehehehe.. jom join!
    http://tengkubutang.blogspot.com/2014/12/giveaway-2-year-blog-tengkubutang.html

    ReplyDelete
  12. Aina hutang masih banyak jadi bersara mungkin bila terpaksa 'bersara wajib'. Nak kumpul duit supaya bila bersara boleh bersara dengan aman.

    ReplyDelete
  13. Kak zai dah lama duduk rumah di'bersarakan' hubby untuk menjaga sendiri anak2. Kadang2 rasa boring juga bila anak2 dah besar.

    ReplyDelete
  14. Kalaulah apa yang dibayangkan berlaku alangkah indah rasa.. masa akan lebih byk dgn keluarga.. tak payah nak hadap jalan sesak tekanan kerja bagai..

    Predator tu sangat sexy.. ai ia suka..;)

    ReplyDelete
  15. hehehe.... terkedu jap baca harga RM600 tuh

    ReplyDelete
  16. takut...larikkkk.....berani pegang ek....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails