Tuesday, December 2, 2014

Kisah seekor kucing hitam yang gagal diselamatkan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
02-12-2014


Sebelum saya tulis tentang kucing mengikut tajuk di atas, saya nak rekod di sini, Miow ibu kepada Chichi dan beranak pada hari Ahad lepas. Kali ini empat ekor juga.

Yang saya nak gelak tu, kami berniat nak hantar Miow ke tempat lain sebelum dia beranak sebab tak bercadang nak tambah anak kucing di rumah. Kalu boleh biarlah orang lain pula yang bela.

But, tangguh punya tangguh akhirnya dalam diam-diam pagi Ahad lepas, CHAK begitu bijak pegi create satu kotak yang tersorok dekat tangga laluan ke tempat buang sampah untuk Miow beranak. Siap berkandang, tutup kiri kanan. Kemudian dia kata, “Chak rasa Miow nak beranak la mak...”

Dan, betul. Tak sampai sejam lepas tu Miow beranak. Si CHAK tak reti duduk diam. Kejap kejap dia pegi intai dan buat laporan. 4 ekor. Alahai...

Ok. Cerita kucing hitam.

Sudah 4,5 hari kami dok dengar sekor kucing mengiau-ngiau kuat (on-off) dari atas bumbung blok. Kadang-kadang sampai serak suara dia. Kata CHAK dan ALIA kucing tu naik ke bumbung tapi takut nak turun. Terperangkap di bumbung tapi mujur masih ada beberapa ruang dan lubang untuk dia berlindung dari hujan dan panas.

Chak dan Alia pulak dah tak senang hati. Asyik intai dan bagi makanan (tak tau cemana depa buat, lempar ke atas bumbung kot, sebab kami memang di top floor). Sambil panggil-panggil pujuk turun. Si abang dah cuba letak kerusi so that kucing tu boleh turun sendiri. Tapi semua cara gagal. 

Dah nak masuk seminggu menjelang semalam. Bebudak tu dok merayu kat MyToklaki untuk tolong kucing tu turun.

Apa yang MyToklaki buat ialah, dia call 999. Sambungan kepada Jabatan Pertahanan Awam. Lalu petang semalam ada la orang-orang JPA datang menyiasat dan cuba nak bawa kucing tu turun. Tapi kucing tu asyik lari-lari menyorok mungkin ketakutan. Usaha gagal.

Kemudian berlarutan depa call bomba pulak. “Bomba datang berlumba-lumba!” hahaha lagu masa kecik dulu.

Bomba tak bawak tangga atau kren. Sekadar panjat lihat dan cuba tangkap. Sedihnya sebab kucing tu masih nyorok dan lari-lari ke sana sini hingga ke bumbung rumah orang lain. Agak mustahil orang nak panjat atas bumbung bangunan rumah 5 tingkat tanpa kren. Usaha gagal.

Orang bomba tu said to MyToklaki, “Kami dah cuba bang.. tak boleh la.” Aduhai. Kesian kucing tu.

Malam tadi kami dengar lagi dia mengiau kuat suara dah serak-serak. Sedih sampai saya rasa tak boleh tido. Bukan terganggu tapi risau dan kesian. Apa kesudahan dia nanti? Kami harap dia akan jumpa jalan keluar dan berani untuk turun sendiri. Tuhan, tolonglah haiwan yang comel ini...

Tayang-tayang:

Tiada makanan dan pic yang sesuai kecuali pic gaya mengada si Chichi yang suka benor tidor depan tv!




Kasih sayang itu milik setiap insan. Termasuk haiwan.





 ~...SERI BULAN tidak pernah gentar dengan binatang pun, tetapi apabila HISYAM pernah terlatah terperanjatkan cicak yang terjun tiruk di senja kala, dia berhasrat pula hendak mengejutkan temannya itu dengan meletak ular getah di bawah cadarnya nanti malam...~




11 comments:

  1. Alahaiii, camane agaknya kesudahan dia, moga masih sempat diselamatkan..

    ReplyDelete
  2. ala kesiannya ia......
    memang chichi tido gaya gitu ke?

    ReplyDelete
  3. Keisannya kak...harap2 kucing tu selamat turun.

    ReplyDelete
  4. Moga anak kucing tu dapat mencari jalan turun dengan selamat hendakNYA.

    ReplyDelete
  5. harapan semoga selamat semuanya....

    ReplyDelete
  6. nak nangis la pulak baca entry nih..cemana ye kak??susah pulak hati saya..

    ReplyDelete
  7. aduiii....kesian lak. nasib baik anak-anak akak jenis prihatin & penyayang kepada binatang.

    ReplyDelete
  8. Kak Azie kalau Aina pun boleh tak tidur malam dok dengar kucing tu mengiau2. Kalaulah 3 ekor kat rumah tu mau manja2 cam Chichi bestnya ini tidak liaq semacam, buas.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails