Thursday, December 25, 2014

Mimbar Pencetus Ummah final: alahai mekap Kak Bed

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
25-12-2014


Akhirnya semua keputusan telah kita ketahui. Tahniah kepada juara. Bagi saya, siapa pun yang menang tidak menjadi hal kerana setiap patah dakwah mereka sudah memuaskan. Menarik dan mengujakan. Apatah lagi komen dari para juri yang telus jujur dan sungguh ikhlas menasihati. Alangkah bagus rancangan ini.

Pendapat peribadi saya, rancangan sebegini sangat tepat pada masanya. Pada masa kini. Pada masa masyarakat hari ini yang semakin banyak didedahkan dengan program agama tetapi cabaran dan dugaan juga sama hebat. Dunia yang bersatu kuat dengan kuasa media sosial wajar sekali memerlukan teguran melalui program sebegini. Kita kan sering lalai dan leka?


Jelas sekali dakwah hari ini lebih kontemporari yang diyakini mudah diterima ramai. Alhamdulillah.


Penyanyi Opick dari Indonesia menjadi juri undangan khas. Dan beliau menyanyikan beberapa lagu nasyid beliau yang popular seantero dunia..! Suaranya tidak pernah berubah.

Juga Ustaz Kazim Elias yang bukan saja menjadi juri best tapi juga menjadi penceramah khas tentang anak yatim yang sangat menusuk kalbu. Aduhaiii.... nangis dengar kisah dia selaku anak yatim.




Dan, saya tetiba rasa tak suka dengan mekap over Kak Bed malam ini. Nampak tua sangat dari umurnya. Sori berlori Kak Bed. Kening you nampak huduh.


Seperti yang dijangka, kan?







 ~...HISYAM walau tanpa songkok kupiah serban dia tetap kacak dalam iman walau nakalnya setara Ali Setan dan SERI BULAN itu pernah dibulinya seperti Asmidar suatu ketika dulu semasa mereka belum jumpa ayat serasi untuk dihafali...~




4 comments:

  1. Memang seperti yang dijangka.. Rezeki PU Azman kali ni.
    Cuma part make up kak bed tu bila saya cerita pada hubby..'dia pun bukan muda lagi..'

    ReplyDelete
  2. PU Azman sapu semua..hahah..Saya baca status kak Azie kat fb pasal makeup kak Bed tu..terus tanya suami berapa umur nya..kami agak2 je la umur nya dalam 40 lebih..sebab masa dia jadi DJ kat thr dulu,masa tu umur kami baru nak masuk 20 kot..Umur dia mugkin 20 lebih..Makna kata dia memang dah tua..kan??tapi kalau makeup kena gaya boleh nampak muda..:)

    ReplyDelete
  3. saya suka sekali dengan info ini . sangat menarik dan menambah wawsan pengetahuan saya . saya sedang mencari Obat Rematik yang ampuh murah dan aman kira kira apa yah ??

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails