Seperti agak terlewat untuk AA menulis sesuatu tentang lepak santai kami Ahad lalu...
Yeahh... 1st, berterimakasih tidak terhingga kepada blogger Sdr MAZIDUL yang menolong (mengurus dan tentulah promote), kami sehingga berjaya mendapat voucher percuma dari 2 orang penaja.
Penaja pertama adalah BAWAL POWER yang beroperasi di TanjungVillage Foodcourt, Kota Damansara. (Aku dan KAKCIK SEROJA mendapat 5 voucher kerana kami menjadi orang terawal tiba di Ice Room semasa gathering kali pertama dulu).
So kami mendapat tajaan lunch di sana. Layanan memang best, cuma pada pendapat dan pendapatan aku, Bawal Goreng tu tidaklah terlalu garing sebegitu... agak kering. Andai dapat dilembabkan sedikit, dengan tidak terlalu garing... harus lebih enak. Kari, ulam, sambal belacan tiada masalah, semua ok....!

Kerana KAKCIK SEROJA yang snap, so dia tiada dalam gambar.


Ayam goreng pun agak garing, dan menjadi sedikit keras.
Kerana kami datang dari jauh, dan penaja kedua hanya beberapa minit dari situ, kami berhasrat menghabiskan segala hasrat dan kehendak perut di ICE ROOM pula. (Kali ke-2 gathering di sana)
Layan gambar...
Terimakasih tokey; Datok Razali yang sempat pula duduk berbual-bual dengan kami, bercerita tentang kisah bermulanya ICE ROOM semasa mula dulu. Jangan tak tahu, ICE ROOM Kota Damansara baru sahaja beroperasi kira-kira 2 bulan. Tapi sambutan, perhhhh...!
Malah selepas gathering kali pertama anjuran MAZIDUL dulu, dan ramai blogger menulis tentang premis ini, kunjungan memang di luar jangkaan. Menurut Datok, pada malam Tahun Baru yang lalu, pengunjung penuh sehingga ramai yang terpaksa berdiri menunggu giliran meja kosong. Dari situ jelas juga dapat melihat bunga api dari The Curve, malah ICE ROOM sendiri memasang belon pada malam tersebut bagi menyambut Tahun Baru 2011.

Sudah 2 kali CHAK berpeluang datang sini. Semasa di rumah lagi, dia dah sebut nak makan lagi Nasik Goreng Popular (dalam menu ditulis Famous Fried Rice). Memang sedap pun! Aiskrim pilihan dia Mango Pomelo.

1 pinggan berkongsi dengan ALIA. Tapi kemudian lebih tumpukan pada Mushroom Soup (set with roti bakar), sampai licin. Sedap agaknya, aku tak rasa pun, sebab tengok budak-budak ni makan sungguh-sungguh. Itupun sebenarnya Abg MUS suami Kakcik yang punya order. Sabor jer lah, anak-anak aku yang makan lebih. ALIA pilih aiskrim Nutcase.

My Chicken Chop. Black Pepper tu harus ditambah kepedasan, tapi bila kami berbual dengan Datok, katanya kepedasan mengambil kira pelanggan Cina yang kurang gemar pedas, jadi bagi yang gemar pedas, boleh menambah sendiri. (Ada disediakan kicap, dan sos)
Pertemuan kali pertama. Terimakasih sudi datang bertemu. Rupanya aktif juga blogger ini.Terimakasih juga kepada KAKCIK SEROJA dan suami serta anak bujangnya BS, ACU SAYANG yang jemput Kak Azie serta GADISBUNGA.
Semasa hendak bersurai, sempat ditegur sapa oleh Datin Faridah (silap, lupa bergambar dengan beliau).
Next, ada satu lagi perancangan lepak-lepak blogger sedang dirancang. Kali ini bakal dibuat di rumah, ada BBQ lagik. Selain itu ada gathering keluar kota sedang dirancang oleh Sdr MAZIDUL (ke Pengkalan Balak, Melaka). Sila klik-klik ke blog mereka untuk mengetahui perkembangan dan mungkin sesuai dengan masa, boleh join...!
*Pic kredit kepada semua blogger yang terlibat dalam ini cerita.!





