Friday, March 1, 2013

“Bolehkah kita berjumpa di Capitol Ballroom?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-03-2013


Pernah dak korang rasa ada yang pelik kat pasangan? Tetiba saja?

Contoh: tiba-tiba pakai minyak wangi yang satu kampung boleh tau tu Minyak Atar Tok Arab. Atau tak pernah-pernah melawa, tetiba selongkar lemari cari suar yengki macam Pak Maun nak menari di Malam Pesta Muda Mudi.

atau, tak pernah buat OT tetiba jer selalu call bagitau dok buat OT dan balik rumah lewat lewat.

Hahahaha! apa kaitan?

MyToklaki sejak akhir-akhir dah jarang makan kat rumah. Bila balik dari surau, selalu dah tak makan di rumah. Kenyang selalu. Memang la dia sambung mengeteh dengan kengkawan, tapi boleh kenyang ker dengan teh saja?

Saya? Bagus lah. Takyah saya kemas pinggan mangkuk or nak senduk lauk or buat air.

Saya pernah tanya, “makan di rumah bini muda kah?” Kawan belanja, katanya.

Kalu betul pun makan di rumah bini muda, Alhamdulillah. Ada juga orang yang kongsi rajin masak dan jaga selera tekak dan perut dia.

Cuma kita takut, dok melangut kat kedai kopi makcik mana, anak dara mana, or janda bergetah mana.. hahaha! Buat malu kat anak-anak saja.




“Kita suka dengar tiupan saksophone Encik Kassim Selamat. Bolehkah kita berjumpa?”





 ~...sejak katak menjadi pemanggil tetap hujan gerimis berselang cengkerik malam, SERI BULAN tidak lagi berharap akan ada surat tulisan tangan di bawah tempurung di hujung ampaian kerana yakin HISYAM sudah tidak mahu mengambil risiko bedak hanyut bersulam becak, tulisan kembang macam daun teh diseduh seteko...~




51 comments:

  1. Kadang2 bila terasa 'penat', rasanya nak juga kakcik cari 'kawan' untuk berkongsi kepenatan itu!

    ReplyDelete
  2. kita(isteri) dikurniakan naluri yg istimewa,jika pasangan buat sesuatu yg pelik,diluar kebiasaan...perkara pertama yg terpikir...tentulah ada org lain ke dihatinya skrg..:)

    saya lbh suka tunggu dan lihat,dari terjah dan serang tanpa usul periksa,,:)

    ReplyDelete
  3. mengeteh la tu:)hihi...insyaAllah dia setia pada yang satu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengeteh dah tentu tentu dah.
      Btw, saya tak kisah kalu dia nak menikah lagi, jangan skandal sudah.

      Delete
    2. ehh,, jangan terlalu mudah berkata ' TAK KISAH suami nak menikah lagi " .. lain kalau anda yang tetiba terjumpa dan terberkenan akan seseorang lalu terasa ingin bermadu dengannya .. hah kalau tercetus begitu di hati; insya Allah ... pasti menjadi dan bahagia selamanya. Tapi kalau si dia yang terjumpa sendiri; biasanya akan' makan hati berulam jantung ' ... jadinya

      Delete
    3. Terimakasih kerana saling mengingatkan. Poligami adalah biasa dan normal dalam family saya. Melihat kedua-dua keadaan (baik dan buruk) saya cuba untuk tidak terlalu melatah. Hati dan perasaan kita boleh berubah akan datang, tak tahu la. Tetapi setakat ini, insyaAllah saya boleh terima jika ada yang boleh jaga dia lebih baik dari yang saya dok buat selama ni.

      Delete
  4. hihihihihihi.. ni curiga betul2 ke?? Adeh! Kak buat saya tergelak2.. amek lak gambar Cik Sabariah kat bawah tu.. kih kih kih..

    Adakah kak Azieazah peminat kasut purple???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Saya peminat purple, juga peminat kasut. Tapi kasut purple tak la banyak. Ada sepasang saja.

      Delete
  5. hahahahahaa ......
    redha kee.... kalau ada tukag layan sorang lagi keh keh keh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah jodoh begitu. Asal depa bahagia, tak salah kot. Buat cara dengan betul, saya tak larang.

      Delete
  6. Replies
    1. Pernah suroh Kak, tapi dia tak mahu. Katanya, isteri sorang pun jenoh nak jaga. hahaha

      Delete
  7. betul tu jika pasangan berubah sikap...cepat-cepat siasat he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kuasa nak siasat, sekadar tanya gitu-gitu saja lah.

      Delete
  8. Hmm..dia saja nak bersembang dengan kawan2 je tu...insyaallah...takde pape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dekat-dekat PRU13 ni, banyak pula yang depa nak sembang. Orang yg bertanding pun tak macam tu.

      Delete
  9. isy, komen mak buat sy ngeri la! hahaha


    *pernah,baru je malam td.tp bkn la pasal ada yg lain.tetiba je jd rajin, kemaskan bilik, tlg lipat baju,amik nasik sndri, basuh pinggan sndri.rupanya dia baca entri sy pasal isteri tak bekerja tu.hehehe....hrp2 bpanjangan la mcm tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 orang lelaki ni terlepas pandang dan ambil mudah. Elok juga sekali sekala disedarkan begitu.

      Delete
  10. Azie..x pernah la lagi...tapi kebiasaannya isteri mmg ada instinct jika pasangan buat sesuatu yang lain...apa2 pun tunggu n lihat dulu...klu kritikal baru siasat..jgn terjah terus...

    Munnafendy...bagus perubahan tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun saya nampak perubahan itu sikit saja, instinct saya tak pula rasa curiga. Jadi saya tak la kisah sangat.

      Delete
  11. AsSalam AA,

    Memang suami2 ramai yg suka sembang2 mengeteh, mengopi dgn kawan2 depa, tambah2 org dah pencen tapi uncle idaklah.. hehehehehe jika salah sorang ada yg bawa gf, lagi rancak lah perbualan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala ada juga dia bawa saya kalu jumpa minum teh dgn kengkawan, tapi saya malas dah nak join. Kesian, depa sembang kena kawal kawal sbb segan ada pompuan. hahaha

      Delete
  12. instict isteri ni special kan..hehe.



    bila tau dikalangan member2 suami (yg dok sama mengeteh tu) dok pasang dua, bf baru dan muda2...... saya pun jd risau semedang. yelah, persekitaran pun mainkan peranan juga. mana isteri tak risau....kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalnuya ramai yang terpengaruh dengan persekitaran la jugak. Ikut orang katanya...

      Delete
  13. my LB suka duduk rumah lepas kerja. kadang2 suka tolong2 di dapur kacau2 lauk. kalau dia masak i angkat tangan. i rela cuci pinggan. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la hubby rajin ke dapur. Jika sakit pening kita, tak la asyik order di kedai saja.

      Delete
  14. betul kak azie..kadang2 bila sampai umah tgk en.suami siap bancuh air, siap ada roti bakar sapu butter ngan kaya, otomatik kuar soalan "abang nak apa sebenarnya ni?" hehehehe selalu sy yang sediakan semua2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu setakat itu, kehendaknya biasa saja tu. Paling kurang, minta urut kaki. hehehe

      Delete
  15. assalamualaikum kak azie


    aBear suka lepak lepak kat umah jer.
    ada aja projek yang dia siapkan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la rajin siapkan kopi dan goreng pisang eh? hehehe

      Delete
  16. Assalamualaikum,
    Ayah kat kg tu pandai ke kedai kopi bila anak2 dah besar. masa muda tak dan nak ngeteh bergosip kedai kopi kena gigih keja. anak ramai, byk mulut kena suap. besau2 pulak tu mulut kami hu huhuhu

    Balik kedai kopi, bwk balik kuih 3 bijik utk Mek -----> romantik jugak bapakku walaupun garang nak mampuih hu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arwah ayah saya pun memang kerjanya mengeteh di kedai setiap pagi selepas suboh dan sebelum pegi sawah. Kami dah biasa dengan keadaan tu. Dah lali pun.

      Delete
  17. Aduiiiii .. ella terkedu kat komen kakcik juariah walaupun ini bukan kali pertama ella dengar kata-kata yg sama dari seorang isteri. hihihi.

    ReplyDelete
  18. hehehehe..mengeteh lah tu kak..bnyk isu nk PRU 13 ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalu kita dengar, lebih cakap dari seorang ahli politik pula, agaknya.

      Delete
  19. Kadang2 bila ada instinct lain macam, kita terus tanya soklan serkap jarang. Bila jawapannya terketar2, BINGO! Hehehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu terketar tu makna kata, ada ler yg depa tersilap langkah tu. hehehe

      Delete
  20. kenyang minum teh sambil dengar citer kengkawan kat kedai kopi mak janda nie,.,,,hati-hati..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya area sini banyak kedai mamak saja. hehehe

      Delete
  21. Mesti ramai pelawak yang nak jumpa pelawoks

    ReplyDelete
  22. As salam Azie. Kalau suami rajin ke surau, Alhamdulillah. InsyaAllah dia suami yang baik.. :)

    ReplyDelete
  23. baca tajuk je dah suspen... rupa nya entry pasai ngeteh.. haha

    ReplyDelete
  24. Boleh. (jawapan pada tajuk entri, hehehe)

    ReplyDelete
  25. Instinct seorang isteri biasanya benar.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails