ICE ROOM, premis menjual pelbagai makanan di Jalan PJU 5/22, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Tidak susah mencarinya, betul-betul bersebelahan Giant Kota Damansara (masuk ikut Mutiara Damansara pun boleh) dan dari jauh sudah boleh nampak lampu neon hijaunya yang begitu benderang sekali.
Premis eksklusif ini mula beroperasi pada 5 November 2010 diusahakan oleh bekas Pengarah Luar Negeri Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Datuk Razali Mohd Daud, 59 tahun dibantu isteri, Datin Faridah Kasim.
Pertama kali bersua muka dengan Datin Faridah, aku memandang dia seperti pernah melihat dia di mana-mana, rupanya beliau merupakan seorang pelakun drama suatu ketika dulu. Patutla macam pernah tengok.
Ada iras-iras Haslina Kamsan.
Sejak dari awal mengetahui dan melihat gambar tentang ICE ROOM ini, perkara pertama yang menarik tentulah Ais Krim itu sendiri. Kemudian warna bangunan premis ini yang berwarna hijau muda (hijau epal), yang terserlah dan kelihatan “sejuk mata” sesuai dengan konsep makan aiskrim untuk sejuk tekak.
Kemudian tentulah melihat kepada bentuk unik mangkuk aiskrimnya. Sungguh teruja untuk pergi dan menikmati aiskrim yang ada lebih dari 17 pilihan aiskrim, juga puluhan menu makanan bermula dari ringan — roti, bun, sandwich fries atau telor sehingga ke menu berat seperti Nasi Lemak, Mee dengan pelbagai menu, Nasi Goreng (termasuk Popular Fried Rice, macam Nasi Goreng Cina), termasuk sup, juga menu western seperti Lamb Chop, Chicken Chop, Spagheti dan pelbagai lagi.
Tarikan utama tentulah ais krim dan ice blended. Ada perasa Keladi, Durian, Strawberri, Jagung, Kacang... banyak sampai tak tersebut dibuatnya. Ice Blended juga terdiri dari pelbagai jenis perisa dan rata-rata hampir sama dengan yang pernah kita jumpa di restoren lain, cuma yang menarik di sini bentuk gelas dan “sudu pengacau”nya yang begitu menarik dengan pelbagai design.
Aku diberitahu oleh beberapa orang kawan, ICE ROOM ada banyak cawangan, dan ketika berbual dengan Datin Faridah, ada 8 cawangan ICE ROOM di seluruh Lembah Klang, termasuk di Shamelin, Bangi dan Kajang. Rupanya setiap premis berkongsi jenama tetapi di bawah pengurusan berbeza dan ICE ROOM milik mereka berdua ini adalah yang pertama menggunakan logo yang ada. Walaupun menu sama tetapi cara pengurusan, layanan, dekorasi premis berbeza-beza setiap cawangan.
ICE ROOM milik mereka ini beroperasi setiap hari (tiada cuti) dari 11 pagi sehingga 12 malam dan pekerja merupakan pekerja tempatan dan beberapa orang pekerja import bagi menseimbangkan waktu operasi jika pekerja tempatan harus bercuti pada hari-hari tertentu.
Menarik juga bila setiap pelanggan yang melangkah masuk disambut oleh pekerja yang seragam berbaju T warna hijau dengan senyuman, sapa dan memberi salam (kecuali kepada bukan Melayu). Ramai juga pelanggan bukan Melayu yang singgah ke premis 2 tingkat ini. Di tingkat atas terdapat sudut permainan (play ground) untuk kanak-kanak dan untuk ke tingkat atas disediakan lif dan juga tangga yang di sepanjangnya dihiasi dekorasi menarik berwarna hijau.
Berdinding kaca sepenuhnya, pelanggan boleh melihat ke luar sambil menikmati makanan dan aiskrim. Rupanya di bahagian atas juga terdapat dapur dan kaunter yang sama seperti di tingkat bawah.
Bercakap tentang layanan, tiada apa yang mencacatkan malah hampir semua layanan adalah baik dan cekap sekali — cuma di kaunter bayaran, semasa aku membayar agak terkial juga cashier anak muda itu, mungkin belum cekap dan masih baru. Pasti ada ruang untuk meningkat nanti. Apapun terimakasih kepada Datin Faridah kerana kami mendapat 10% diskaun pada malam itu.
Rajin sungguh Datuk dan Datin ni berjalan dari satu meja ke meja pelanggan yang lain bertanya tentang samada kami sudah terima menu, atau sedap atau tidak, dan berbual mesra serta tidak menolak untuk bergambar. Rasanya inilah “kunci” kepada restoren ala-ala Secret Recipe ini terus kukuh dan semakin menjadi sebutan.
Seperkara lagi yang harus aku sentuh — terimalah ini sebagai suatu kritikan — ialah kebanyakan menu makan agak kurang rasa walaupun tidaklah terlalu jauh kurangnya berbanding di restoren pujaan kita masing-masing kan? Tetapi bagi aku masih banyak lagi yang perlu ditambah (ntah apa) kerana Nasi Goreng agak kurang “kick” di tekak aku, dan kawan yang lain order sejenis Mee (Dry Noodle rasanya) juga terpaksa mengaku agak kurang sedap katanya.
Walaupun harga lebih sedikit, tetapi mendapat rasa sebegitu (harap bukan semua menu begitu, pasti ada yang sedap), tentulah tidak adil untuk membandingkan dengan gerai lain yang berharga rendah tetapi hanya dihidang dalam pinggan dan sudu plastik! Ada rupa ada harga... tapi kalu boleh biarlah ada rasa juga.
Aku suka ruang santai di bahagian luar premis yang selesa dan tidak langsung menganggu persekitaran atau laluan kerana sudutnya begitu tersendiri dan ruang parkir luas di sebelah tepi dan juga hadapan. (Lokasinya betul-betul bersebelahan Restoren Sekincan Ikan Bakar).
Premis ini juga pernah mendapat lawatan dan siaran dari Jalan-Jalan Cari Makan TV3, bersama Sherina Redzwan pada awal 2010 dulu dan kelihatan plak tergantung berhadapan kaunter bayaran.
Dalam ucapan ringkasnya malam itu Datuk Razali mengucapkan setinggi terimakasih dan penghargaan kepada semua blogger yang hadir memeriahkan Pertemuan Bloggers dan berharap akan ada kunjungan seterusnya. InsyaAllah, Datuk...
Dalam ucapan ringkasnya malam itu Datuk Razali mengucapkan setinggi terimakasih dan penghargaan kepada semua blogger yang hadir memeriahkan Pertemuan Bloggers dan berharap akan ada kunjungan seterusnya. InsyaAllah, Datuk...
Kesimpulannya, ICE ROOM memang sesuai untuk kita bersantai bersama keluarga, kawan-kawan atau juga couple, duduk lepak-lepak mengisi masa atau bertukar selera.
Pic kredit to MAZIDUL, KAKCIK SEROJA, EELOBOR dan diri sendiri.
*Entri ini akan dilinkkan ke blog Sdr Mazidul, sebagai janji saya akan menulis sesuatu tentang Ice Room dan Pertemuan Bloggers.
bestnye....
ReplyDeletewaa..pantas kak..
ReplyDeletehehehehe
ehem!!
ReplyDeletehaslina kamsan: ingat-ingat lupa nama tu
ReplyDeletenasi goreng popular tu sedap banyak udang tapi saya tak abis makan
ReplyDeletehang tak fotogenic la sbb lebih cun bila aku tengok live....hohoho *jgn prasan sgt satgi aku risau koyak seluaq ekeke :p
ReplyDeletenway hang mmg happening beb...bila la dapat jumpa lagi eh.aku mmmg nak jumpa hang...bila wangi cakap hang kompem datang tu yg aku on ja.takpa pnjg umo kita jumpa nx gath pulak.
biru mlm tu mcm janji eh...hiks :p
Bestnya... teringin nak join. Tapi ada wedding. INSYALLAH one day..
ReplyDeleteAYUNI:
ReplyDeleteBest lagi kalu ramai-ramai berkumpul. Keluarga dan anak-anak.
JINKAMEN:
Pantas sebab takut terlupa lak. :)
SI TEDI:
ReplyDeleteAhaaa... :)
CEMOMOI:
Haslina (or Hazlina) Kamsan, seorang penyanyi dari Johor. Dangdut pun ya, asli pun ya. Lama dah tak muncul.
ERI-CHAN:
ReplyDeleteKenapa tak kongsi sama sama suap Kak Azie?
ECHAH:
Aku lagi ler terkejut bila ada yang pecah lubang kata ko nak datang. Mulanya depa nak surprisekan aku. Tapi ada yang terlepas cakap. Wow tak terhengga seronoknya aku.
Cun? Takyah cakap.. aku tau dahhhh. hahahaha
YAN:
ReplyDeleteKalu ada gathering mana-mana, bagitau la, I leh gak join nanti.
memang best makan kat situ. tapi yang tak best nya, saya cuma tolong tengok & tolong bayar jer. Nak makan tak boleh sebab masih berpantang. dah janji ngan diri sendiri nak displinkan diri....hihihih. Insya Allah semoga berjaya & berbaloi pengorbanan ini.
ReplyDeletemmg best gathering gini..kalu saya dok KL..saya join doh..hehee..
ReplyDeletebila geng kauntan nk gathering nih?...
seronok sangat
ReplyDeleteharap satu hari nanti
dapat juga join para blogger semua
uwaaaaaaaaa....acu lah yg terlepas cakap tu...muahahaaaaa....
ReplyDeletewish u luck..semoga ada rezeki anak2 utk dapat voucher tu...
As salam Dato n Datin, datin memang slim, alangkah elok jika ada kedai menjual produk slim n menyelim bgi ibu2..di sebelah ice krim, org rumah saya pun minat nak join, sambil tumpang glemer datin.(saranan bukan perli).
ReplyDeletemana gambar saya?
ReplyDeleteAlang2 bertindak sebgai pegawai promosi, letakkan alamat no fon fax mobile, web url, cara order jam buka dll .
ReplyDeleteaish geramnye rasa sebab tak dpt jumpa akak..!! harap2 mazidul buat lagi, tapi kalu buakan mazidul, kite2 pun boleh kan plan2 gathering ni...? :D
ReplyDeletesalam Zie..seronok baca article ni..nantilah akan sampai juga di ice room ni bila makcik kerumah anak..rasasnya dekat je dgn rumahnya..
ReplyDeletemacam sedap je iceroom ni. tak penah try lagi..
ReplyDelete