Seperti agak terlewat untuk AA menulis sesuatu tentang lepak santai kami Ahad lalu...
Yeahh... 1st, berterimakasih tidak terhingga kepada blogger Sdr MAZIDUL yang menolong (mengurus dan tentulah promote), kami sehingga berjaya mendapat voucher percuma dari 2 orang penaja.
Penaja pertama adalah BAWAL POWER yang beroperasi di TanjungVillage Foodcourt, Kota Damansara. (Aku dan KAKCIK SEROJA mendapat 5 voucher kerana kami menjadi orang terawal tiba di Ice Room semasa gathering kali pertama dulu).
So kami mendapat tajaan lunch di sana. Layanan memang best, cuma pada pendapat dan pendapatan aku, Bawal Goreng tu tidaklah terlalu garing sebegitu... agak kering. Andai dapat dilembabkan sedikit, dengan tidak terlalu garing... harus lebih enak. Kari, ulam, sambal belacan tiada masalah, semua ok....!
Kerana KAKCIK SEROJA yang snap, so dia tiada dalam gambar.
Ayam goreng pun agak garing, dan menjadi sedikit keras.
Kerana kami datang dari jauh, dan penaja kedua hanya beberapa minit dari situ, kami berhasrat menghabiskan segala hasrat dan kehendak perut di ICE ROOM pula. (Kali ke-2 gathering di sana)
Layan gambar...
Terimakasih tokey; Datok Razali yang sempat pula duduk berbual-bual dengan kami, bercerita tentang kisah bermulanya ICE ROOM semasa mula dulu. Jangan tak tahu, ICE ROOM Kota Damansara baru sahaja beroperasi kira-kira 2 bulan. Tapi sambutan, perhhhh...!
Malah selepas gathering kali pertama anjuran MAZIDUL dulu, dan ramai blogger menulis tentang premis ini, kunjungan memang di luar jangkaan. Menurut Datok, pada malam Tahun Baru yang lalu, pengunjung penuh sehingga ramai yang terpaksa berdiri menunggu giliran meja kosong. Dari situ jelas juga dapat melihat bunga api dari The Curve, malah ICE ROOM sendiri memasang belon pada malam tersebut bagi menyambut Tahun Baru 2011.
Sudah 2 kali CHAK berpeluang datang sini. Semasa di rumah lagi, dia dah sebut nak makan lagi Nasik Goreng Popular (dalam menu ditulis Famous Fried Rice). Memang sedap pun! Aiskrim pilihan dia Mango Pomelo.
1 pinggan berkongsi dengan ALIA. Tapi kemudian lebih tumpukan pada Mushroom Soup (set with roti bakar), sampai licin. Sedap agaknya, aku tak rasa pun, sebab tengok budak-budak ni makan sungguh-sungguh. Itupun sebenarnya Abg MUS suami Kakcik yang punya order. Sabor jer lah, anak-anak aku yang makan lebih. ALIA pilih aiskrim Nutcase.
My Chicken Chop. Black Pepper tu harus ditambah kepedasan, tapi bila kami berbual dengan Datok, katanya kepedasan mengambil kira pelanggan Cina yang kurang gemar pedas, jadi bagi yang gemar pedas, boleh menambah sendiri. (Ada disediakan kicap, dan sos)
Pertemuan kali pertama. Terimakasih sudi datang bertemu. Rupanya aktif juga blogger ini.
Terimakasih juga kepada KAKCIK SEROJA dan suami serta anak bujangnya BS, ACU SAYANG yang jemput Kak Azie serta GADISBUNGA.
Semasa hendak bersurai, sempat ditegur sapa oleh Datin Faridah (silap, lupa bergambar dengan beliau).
Next, ada satu lagi perancangan lepak-lepak blogger sedang dirancang. Kali ini bakal dibuat di rumah, ada BBQ lagik. Selain itu ada gathering keluar kota sedang dirancang oleh Sdr MAZIDUL (ke Pengkalan Balak, Melaka). Sila klik-klik ke blog mereka untuk mengetahui perkembangan dan mungkin sesuai dengan masa, boleh join...!
*Pic kredit kepada semua blogger yang terlibat dalam ini cerita.!
salam akak..
ReplyDeleteyeahhahah...
1st..heheh
bestnye..nak ikut..ajak le...hehhe
Wahhh...tak terkata sedapnya tu.
ReplyDeleteCIKCERIA:
ReplyDeleteKita dah ajak kan ritu... Masa GB ritu pun kita tanya naper awak tak join... alaaaa, next time kita lepak lagi yaaa
RED RAMBUTAN:
Mujur tak bisu.
owh saya kenal muka di sebelah wanita jelita bertudung pepel itu! huhuhu~
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHarap-harapnya tak ada apa-apa program lain masa pergi Pengkalan Balak nanti. Teringin jugak nak join ;)
Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia
ice room ni kat ner? kat the curve ek. sy ni tak peronah jenjalan area situ, asik dok area kajanggg jer, makan sate kajang ;p
ReplyDeleteHmmm... bab yang kat rumah tu, mungkin akan diadakan dalam bulan Februari - sebelum Acu bercuti panjang, InsyaAllah - dan sekiranya tidak 'clash' dengan program anjuran Sdr Dul... Ada sambutan tak agaknya? ;-)
ReplyDeleteGB:
ReplyDeleteKalu tak kenal juga, idak ler tahu cemana nak nyebutnyerrrr...
ANYSS:
Jommm..! Nanti kot boleh duduk sebilik! Ahaks!
MAKSU:
ReplyDeleteICE ROOM betul-betul depan Giant Kota Damansara. Dalam kawasan The Strand tuh. Tepi jalan saja. Bleh nampak bangunan hijaunya. Sebelah Sekincan Ikan Bakar.
KAKCIK:
Beritahu tarikh awal, insyaAllah Azie bleh tolong promote dan carikan penaja sekali. Tak susah mana pun. Boleh...!
uwaaa....mau ke melaka ;)
ReplyDeleteNORASHIKIN:
ReplyDeleteMungkin tidak kot.
Nak join kerr... Jommmm!
assalamualaikum..pic terakhir tue bersama gadis bunga kan
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletefuhhh....terliur nengok makanan yg kat dalam gambar tu....
nak itot jugak!! huhuhu..
ReplyDeletegathering kat pengkalan balak??bila tu akak...kg suami saya kat situ..belakang rumah pantai pengkalan balak, kalau kena tarikhnya...saya balik kg join gathering :P
ReplyDeleteSAHROM:
ReplyDeletePandai teka.
PAKLONG:
Pekabar. Lama tak dengar berita.
MIMI JAZMAN:
ReplyDeleteKak Azie belum jumpa blog awak...
ZAKIYAH:
InsyaAllah akan dianjurkan oleh Sdr MAZIDUL. Tarikh lum ditentukan lagi.
Eh Eh gambar yang bawah sekali tu muka hampir sama. Sapa tu kak ?
ReplyDeletea'ah ek...tak ingat langsung nak bergambar dengan datin kan??
ReplyDeleteACIK:
ReplyDeleteHampir sama? eh ya ker?
Itu adalah GB.
ACU:
ReplyDeleteBila nak buat entri, cari gambar baru teringat kita terlupa nak bergambar dgn Datin. Tak per. Nanti kita pi lagi...:)
salam kenai wahai kak azie :)
ReplyDeletemeneghojah dr blog kakcik ni hehe
teman suke bace 'ayat2 cerpen' kak azie di hujung entri.. mcm ade misteri stori.. :)
salam kenal, ice room dh ada kat kota ye. slalu mkn kt bangi jel hehhe spageti die sedap
ReplyDelete