السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-04-2014
1st April huh? Jangan main April Fool tau...! Btw, hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran seseorang yang pernah istimewa di hati saya. Selamat Hari Ulangtahun, kawan. Saya harap kita terus menjadi kawan sampai bila-bila.
Sabtuday lalu, memang dah pasang hajat mesti nak pegi juga melawat. Yeaaa.. pameran kasut antarabangsa. Dah banyak kali plan, sejak tahun-tahun lepas. Baru tahun ini dapat peluang. MISF = Malaysia International Shoe Festival.
Lalu lepas keja (wpun agak lewat sebab kuar opis pun dah 4:30pm), saya singgah juga PWTC. Hall 2. Tahun ini sudah menjadi tahun ke-5 festival.
Hall 2 ialah hall di seberang sungai (belakang bangunan utama PWTC). So agak jauh untuk ke situ. Takpa. Minat punya pasal, so gigih.
Jangan harap la nak jumpa Dato’ Jimmy Choo. Sebab perasmian dah pun berakhir.
Antara kemeriahan.
Walaupun hall pameran cuma satu, dan tidaklah seluas dan sebesar Pesta Buku Antarabangsa, tapi bagi peminat kasut (macam saya) tak kisah pun berpusing 3,4 kali nak kasi hati puas. Juga ada ruangan untuk pertandingan merekacipta design kasut. Juga banyak dipamerkan kasut yang unik-unik. Kompom la kita tak akan beli sebab tak akan pakai pun.
Ada banyak lagi kasut dengan rekaan unik yang saya snap. Tapi tak larat nak upload semua, sebab saya dah masukkan dalam album di FB saya.
Hasil rembatan saya? Cuma 2 pasang yang berbaloi dan padan dengan poket. Saya snap agak lewat tak sempat nak upload masuk laptop, hp dah hilang kena curik!
Yang paling menarik perhatian ialah kasut bersaiz gergasi ini. Di booth pereka terkenal Zhang Toi, memaparkan tema Swarovski Element. Berebut orang nak bergambar kat sini...
..termasuk si puan blog. Hmmmm sesuai tak kalu dijadikan header blog saya? (peminat kasut kunun, tapi pi pameran kasut pun pakai seliper Jepun!)
~...sebuah kedukaan yang pernah terjadi di kota metropolitan dulu rupanya tidak berjaya dilupakan begitu mudah oleh SERI BULAN walaupun sudah agak lama menjadi warga Kampung Separuh Desa, jika tidak kerana HISYAM yang sentiasa di sini menjadi penyeri di jiwa dan hati, sudah pasti SERI BULAN itu tidak bersinar seperti bulan, tidak berseri seperti orang Beseri...~
salam
ReplyDeletewah , rupa rupanya adda festival kasut
tak tau pun
selipar yg selesai utk meronda2
ReplyDeletehuh! besarnya kasut tuh
ReplyDeleteSelipar jepun adalah lebih selesa utk berjalan tapi selipar jepun skrg pon dah mahal harganya.
ReplyDeleteLaaaa dah lepas rupanya festival shoe ni ye...
ReplyDeleteCantik-cantik design kasut tu.. tapi tak mampu pulak nak memakainya azie :)
besar nyer kasut!!
ReplyDeleterasanya kalau kasut tu berwarna ungu pasti akan jadi header blog ni.. ;)
ReplyDeletebestnya dapat pegi.. tak pernah seumur hidup pun pegi..
ReplyDeletesaya tak berkesempatan nak pergi
ReplyDeletemenarik lah kasut tu, mahal tak kak?
beruntung ler dapat gi pameran kasut tu.....
ReplyDeleteKak, kalau akak tak tulis, saya tak perasan pun akak pakai selipar sebab kasut gergasi tu dah curi tumpuan. Mana gambar kasut yang akak beli? Nak nengok boleh?? Hehehehe
ReplyDeletemurah tak kasut kat situ?
ReplyDeleteyeah..sy x sabar nantikan kemunculan header kasut baru di blog AA.
ReplyDeleteada tak kasut color purple? :P
ReplyDeletemesti beli kasut kaler pepel,kan..kan..
ReplyDeleteingatkan kasut tu biasa jer . rupanya mak aiii besar gedabak tuh .
ReplyDeleteDh lama rasanya sy tak menyoping kasut ni kena beli gak sepasang dua pas baca entry ni.
ReplyDeleteKasut saya at the moment cuma sepasang aje. Dah koyak baru tukar baru.
ReplyDelete