Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Saturday, April 16, 2016

Munafik: memang layak pun 19 juta...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
16-04-2016


Dah lama rasanya kita tidak melihat sebuah filem hebat. Karya yang lain dari yang lain.

Sebelum ini bukan takda filem seram, tapi banyak filem seram komedi yang lawak tak lojik seolah mempersendakan pula.

Saya tak layan filem seram sebenarnya. Saya penakut. Hati saya kecik kalu bab ni walaupun dalam banyak hal lain jiwa saya besar. Hahahaha! Saya memang penakut sejak kecik. Tengok citer hantu mesti tutup muka. Takut ngigau. Lemah semangat.

Okey Munafik karya Shamul Yusof memang hebat. Seram tetap seram (kami tonton siang jer, beli kat AstroFirst). Filem bermesej. Lakunan hebat. Lokasi tepat. Rumah lama yang scary. Banyak scene malam dari siang. Suspens.



Memang layak pun kutip juta-juta. Layak dapat pujian kerana lakunan Nabila Huda sebagai Maria yang dirasuk sangat bagus. Nak bagi award pun dah boleh.



Shamsul kreatif. Dua keadaan. Percaya orang beriman. Atau curiga pada golongan yang berimej Ustaz. Shamsul merungkai itulah kemelut masyarakat Melayu. Sejak dulu. Cuma saya tak duga sihir masih digemari. Ntah. Jika zaman dulu memang banyak. Hmmm susah saya nak komen.

Yang best, tak perlu pelakun bermekap cantik seksi baju terdedah (semua pelakun wanita berlakun bertudung), tiada scene pegang-pegang, juga tiada scene lawak-lawak tak berapa bijak.

Kemuncak filem ini tiada siapa pun di antara kami dalam rumah menduga siapa punca siapa munafik. Unpredictable. Memang patut pun pecah panggung filem ini.

Sesungguhnya iblis dan syaitan itu musuh orang Islam yang paling nyata.

Dialog yang paling memberikan kesan: "Redha dan maafkan orang, hati kita akan tenang. Maafkan orang".

5 bintang. Tahniah. Filem wajar ditonton.

*******

Percaya tak, di department saya, setiap pagi sebelum memulakan kerja kami akan saling memberikan salam, bersalaman dan bermaafan sesama kami. Sudah menjadi amalan kami. (Selain solat Duha, dan baca surah alKahfi setiap Jumaat). Sesungguhnya hubungan sesama kami lebih baik dan lebih memberikan ketenangan.




 ~...majlis doa selamat di rumah Imam Ali malam itu nampak meriah tetapi kemudian seram kerana hujan dan kilat petir terjadi tiba-tiba dan air sungai dikhabarkan mendadak naik lalu SERI BULAN hanya mampu memandang sayu ke mata HISYAM sebagai tanda malam itu mereka mungkin harus memijak becak...~




Tuesday, September 23, 2014

PERFUME: tolong maklumkan saya ya....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-09-2014


Entri ini saya adaptasi semula dari entri lama saya. Saya ulang siar dengan menambah di mana perlu. Kenapa?

Sebab saya dah tertengok promo di Astro Kixx (channel 728 or 729?), di mana filem PERFUME ini akan ditayangkan sekitar September—Oktober ini. Tapi saya tunggu masih belum ditayang lagi. Sesapa yang ternampak tarikh sebenar filem ini akan dimainkan nanti, mohon maklumkan ya...!

Kenapa? Sebab filem ni best. Best sangat!

Filem Perfume: The Story of a Murderer. Filem ni keluaran tahun 2006, tapi saya tak pernah tahu sebelum itu dan tak pernah sangka citer dia best... Pertama kali kami tonton masa tahun 2009 dulu.

Yang mula-mula tahu pasal filem ni tentulah IKA. Pastu dia bagitau ALONG. Biasanya kalu citer yang direkmen dek budak berdua nih, kompom best!...



*pic Google: ini ialah cover novel asal PERFUME ini. Menjadi novel laris sebelum diangkat menjadi filem yang hebat pula.

Watak utama adalah si pembunuh. Yang merupakan seorang yang sangat sensitif deria baunya sejak dilahirkan. Namun, lahir sebagai seorang yang kurang kasih sayang dan dia ‘terbunuh’ seorang perempuan. Dan agaknya itulah bermulanya orang Eropah (dalam filem ini negara Perancis) membuat minyak wangi dengan lemak manusia dan sebagainya..

Watak utama; Jean-Baptiste Grenouille telah berjaya menghasilkan formula untuk menghasilkan perfume yang akan dapat menjadikan orang berkasih sayang, namun untuk itu, dia perlu membunuh beberapa orang gadis yang masih dara untuk mendapatkan organ tertentu.

Memang suspens citer ni, sehingga ke kemuncaknya, dia berjaya mencipta perfume yang sangat sempurna. Sesiapa saja yang terbau perfume itu akan berasa terdorong untuk berkasih sayang, bernafsu dan seumpamanya lah..



Petikan dari web tentang filem ini:
Grenouille finds work in Grasse assisting with perfumes. After some experimenting, he succeeds in preserving the scent of a woman by cutting her hair, covering her in animal fat, and then distilling the fat. To force the woman to undergo the procedure, he must kill her. Grenouille embarks on a killing spree, murdering beautiful virgins and capturing their scents. He dumps the girls' naked corpses around the city, creating an uproar that threatens to tear the city apart. Nearing completion, Grenouille selects a beautiful young lady, Laura (Rachel Hurd-Wood), for his thirteenth scent, the lynchpin of his perfect perfume. Laura's wealthy father, Antoine Richis (Alan Rickman) realises the danger and attempts to flee the city with his daughter. Grenouille tracks her scent to a roadside inn and sneaks into her room that night. The next morning, Richis discovers Laura lying dead in her bed.




Fakta filem ini:
  • Ben Whishaw as Jean-Baptiste Grenouille, a young man with a powerful sense of smell. He murders more than a dozen women to create the perfect scent. 
  • Dustin Hoffman as Giuseppe Baldini, a washed-up perfumer who first teaches Grenouille how to capture smells and create perfume.
  • Rachel Hurd-Wood as Laura Richis, a beautiful lady and the subject of Grenouille's attention. Her scent, he feels, will complete his collection.
  • Alan Rickman as Antoine Richis, Laura's wealthy and powerful father.
  • Corinna Harfouch as Madame Arnulfi, a perfumer in Grasse who employs Grenouille at her flower garden.
  • Karoline Herfurth as The Plum Girl, Grenouille's first victim. Grenouille is forever haunted by the fact that, in killing her, he lost the sublime beauty that was her scent.
  • John Hurt as the Narrator.


Semua penduduk tahu dia bersalah. Dia akan dihukum gantung atas kesalahannya tetapi bila dia menuang setitis perfume ciptaannya ke atas saputangannya, semua orang tiba-tiba menjadi asyik masyuk, berahi... dan.. dan.. korang bayangkanlah apa yang berlaku sesama mereka.. (dalam filem tak tunjuk aarrr... tapi kita bleh agak). Jangan risau, part lucah tidak ditayangkan. Tapi jika di panggung, saya rasa ada.


Dia mengorbankan dirinya sendiri. Menuang seluruh perfume hebat itu ke badannya, dan dia dimakan oleh penduduk kampung halamannya sendiri. Yang dianggapnya sebagai suatu pengorbanan.





 ~...sejak menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa, HISYAM merasa bau rumput selepas hujan, bau daun getah selepas renyai lebih enak wangi bersulam bau beras diemping sehinggakan SERI BULAN tidak lagi menarik perhatian...~




Wednesday, October 23, 2013

KL Gangster 2: Dato’ Rosyam Noor, memang ‘legend’lah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-10-2013


Ya, saya dah menonton KL Gangster 2 (KLG2). Sebuah filem terkini dari Syamsul Yusuf Haslam yang menjadi sebuah filem yang kontroversi kerana isu cetak rompak. Bagi saya, cetak rompak tu berlaku mungkin kerana adanya “orang dalam” yang busuk hati dan khianat. Nak cari duit mudah dan cepat dengan cara mencuri hasil karya orang lain. Cemana la si Syamsul tu tak mengamuk.

Untuk memahami jalan cerita KL Gangster 2 (KLG2), kena tonton filem KLG1 terlebih dahulu, kerana KLG2 ni bukan sambungan, tapi prelude. Lalu menonton yang kedua, baru kita faham bagaimana KLG1 itu dan bagaimana segala punca bermula.

Dah nama pun kisah gangster, lalu saya tidak mahu mengulas tentang dialog dan bahasa yang digunakan. Yeah... memang kasar, biadap, kurang ajar, dan segala yang tidak sopan. Dah nama pun gangster, kan? Mana ada gangster yang cakap sopan santun bagi salam segala?

Dalam KLG1, kita lihat Malik (Aaron) baru keluar dari penjara (sebab dianiaya oleh Shark) tetapi bagaimana dia “dikenakan” oleh Shark tu belum diketahui sehingga lah kita tonton KLG2 ini.

KL Gangster masih berkisah tentang kumpulan-kumpulan gangster yang ada di KL. (Betul ker wujud, eh?) Dulu kita difahamkan kumpulan gangster (kongsi gelap) ni banyak ditubuhkan oleh kaum Cina. Tapi apa yang dipaparkan, kaum Melayu pun gangster sakan jugak. Walaupun hampir seluruh dialog sesama depa, masih lagi guna slanga (pelat) Kantonis. Bab ni saya tak faham, Melayu sama Melayu pun nak cakap macam Cina?

Malik terpaksa join kongsi gelap atas sebab terpaksa. Dia perlukan duit untuk membiaya pembedahan emaknya yang disahkan ketumbuhan di kepala. Dalam masa yang sama, dia mengambil kira hubungan baiknya dengan King, ketua gangster yang terancam kedudukannya kerana ketua gangster lain yang lebih kuat berkuasa, iaitu Tai Long (lakunan Dato’ Rosyam Noor).

KLG2 bukan filem sembarangan. Itu yang saya rasa. Filem ni penuh aksi, stunt, gaduh, pukul, bunuh, rogol, belasah... dan segala yang lengkap untuk kita sebut sebuah filem gangster. Gangster hati kering, katanya. Tai Long seorang ketua yang tamak, ganas dan ingin membolot semua kawasan perlindungan sehingga menimbulkan rasa terancam kepada kumpulan gangster lain terutama King dan anaknya Shark.


Permusuhan mereka memuncak apabila isteri King dibunuh (kerana dia belot dan menyokong Tai Long) dan Malik berasa tertanggungjawab untuk membunuh Tai Long. Selain itu adiknya Jai juga berdendam kerana adik perempuan mereka dirogol oleh Tai Long.

Oh ya... untuk menonton filem ini, saya rasa bebudak bawah umur elok jangan dibawa. Filem ini banyak unsur gaduh pukul dan bunuh. Gangster hati kering, sanggup jer tembak tanpa belas. Pukul orang tua tanpa rasa kasihan.

Itu belum lagi dikira dialog yang sangat-sangat kasar. Dah nama pun gangster, kan? Lalu saya melihat dialog sebegitu adalah relevan di dalam filem ini. Cuma, jangan diikut ya. Walaupun saya dah dengar ramai remaja dok cakap cenggitu di mana-mana. Bahasa ‘lu gua’, ‘sial’, ‘pailang’ dsb sudah menjadi bahasa biasa hari ini.

Unsur lucu banyak dibawa oleh Zizan (sebagai Abang Long Fadil) yang menjadi kawan baik kepada Malik. Hmmm... macam tak kena jer, seorang gangster hati kering yang digelar “Abang Besar” seperti Malik boleh jer berkawan baik dengan seorang lelaki “tak berapa bijak” seperti Fadil tuh. Sangat kontras okeh...!

Seorang lagi yang sangat kelakar dalam filem ni, si Ajib (Sofi Jikan) yang asyik dengan ‘sengatnya’. Gangster kanan kumpulan King, ganas la jugak tapi kelakar. Selalu berpantun dengan rima yang kadang kena kadang berterabur. Hahahaha...! tapi seronok la jugak. Sebenarnya dia lah yang bunuh bini King, tapi Shark sangka King yang bunuh lalu dendam itu disimpan (sehingga ke filem KLG1) hingga dia sendiri yang bunuh King.

Watak Malik dan Jai (Aaron dan Adi Putra) masih cemerlang walaupun depa terlalu hensem untuk jadi gangster. Tapi tak salah, cuma kesian la pulak. Ekspresi wajah Jai lebih menjadi berbanding Aaron yang nampak terlalu tenang-cool untuk menjadi gangster hati kering. Dalam filem ni Aaron nampak lebih kurus dan cengkung.

Keseluruhan, saya paling tabik kepada Dato’ Rosyam Noor yang menjadi Tai Long. Ketua gangster paling ganas, dan saya rasa wataknya lebih ganas dari wataknya semasa filem Lenjan dulu. (Dalam filem Lenjan, dia menang award Pelakun Pembantu Terbaik (sori jika silap) dalam satu festival filem luar negara).

Keputusan mengambil Dato’ Rosyam Noor sebagai Tai Long dalam KLG2 ini sangat tepat dan cemerlang sekali. Terlalu ganas. Terlalu jahat. Tembak ikut hati dia jer. Paling tak boleh terima, dia rogol adik Jai depan Jai sendiri. Dialog dia tak boleh blah, “Abang Jai, Tora-tora minta izin nak bersetubuh dengan adik abang.” Phiewww... dasat betul dialog!


Walaupun ada sedikit isu tentang dialog dia, “Pintu neraka pun tak terbuka untuk aku,” tapi saya tak reti nak komen apa. Dialog itu memang kelihatan sangat-sangat angkuh (sehingga ada ustaz yang tegur), tapi saya melihat itu memang ayat gangster. Gangster mana ada yang ingat Tuhan punya. (kecuali dia memang nak insaf). Undang-undang dunia pun dia langgar, apa lagi undang-undang Tuhan.



Watak Shark by Shamsul tak berapa menonjol berbanding dalam KLG1, kerana mungkin masa ni gangster lain lebih berkuasa dari dia.

Berapa bintang? Hmmmm jika per/10, saya nak bagi 8...! Bukan kerana cerita, tapi kerana lakunan.





 ~...SERI BULAN bukan pendendam, sentiasa memaafkan sentiasa merelakanm malah sentiasa ikhlas terhadap apa saja hasutan dan khianat dari HISYAM kerana rasa kasih yang bercambah lama dulu sukar sekali ditarik akarnya dari tanah jiwa yang dulu pernah kering kontang lalu terlalu mengharap pula dia ada istilah banjir melimpah masuk di taliair belakang Teratak Nyatuh...~




Saturday, August 17, 2013

“Obla du du du, I love youuuuu...!”


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
17-08-2013


No updates. Secara rasminya, tiada. Tapi dah memang resmi blogger, sikit sikit hal mesti nak tulis nak rekod.

Hari ini hari bekerja saya, wpun sekerat hari. Tapi kerana tugasan yang berlabel “super urgent” (pernah dengar ada software called ‘i-Dinasour’?), lalu time saya lajak  sampai 2:30pm.

MyKakYang dari Perak, singgah ke rumah petang tadi. Raya haritu depa tak turun KL so minggu ini baru ada peluang.

Apa saya nak masak dalam masa singkat? Kebetulan saya ada tempah Seri Muka dari tokey kuih di ofis. Then saya buat Cucur Udang (+ kentang), dan sempat pula masak Kuah Kacang sebagai cicahan.

Malam, dah tak larat nak buat apa dah. Plan nak berjalan raya pun dah mood ke lawooot.

Lalu saya layan filem PARDES lakunan Shah Rukh Khan dan Mahima Chaudhry (Astro Prima).


Mere meh bubba...!!

Obla di di di
Obla da da da
Obla du du du
What to do....?

Obla di di di
Obla da da da
Obla du du du
I love youu...!

Saya masih kekal minat filem-filem Bollywood wpun bertentangan dengan minat majoriti rakyat dalam rumah yang lebih ke arah K-Pop.






 ~...kerana hujan sudah lama tidak menimpa laman Teratak Nyatuh dan Kampung Separuh Desa sudah separa kontang, setiap kali matahari memuncak di ubun kepala, HISYAM semakin memerah muka dan SERI BULAN semakin memuncak rasa hendak terjun tiruk di Sungai Menghijau Lumut...~




Saturday, July 6, 2013

Monster University bukan sebarang universiti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
04-07-2013


Rasa macam berminggu tak update blog. Cehhh ketagih tak bertempat.

Kerja saya mengambil banyak masa lapang saya, walaupun malam hari. Sebab saya sampai rumah agak lewat, then penat lalu mood menulis terus menipis.

Ni cerita Ahad lepas. Cemana tak penat. Letih merewang dan berkenduri tak hilang lagi di hari Sabtu, Ahad lepas terpaksa juga menunaikan janji pada CHAK yang tuntut nak keluar. Pastu demand nak tengok movie Monster University yang baru kuar di panggung. (Film ni merupakan sambungan dari filem Monster Incorporated — saya tak tau bab katun ni tapi bebudak ni pandai betul).

Okey, kerana AMOI dah booking tiket secara online, terpaksa juga lah si omak ni bersiap dan keluar. Heret anak dara yang berdua tu jer, sebab IKA tak balik dan AMOI kena buat keja (work from home) dan kena standby depan laptop. APTB...!


Salah satu watak dalam citer Monster University. Watak yang sombong tapi kemudian menjadi kawan sejati yang baik. Puppet dan pelbagai barangan dari filem tu dijual di salah satu kedai dalam Pavilion. Jamu mata saja, tak beli pun.


Filem ni sebenarnya best sangat! Tak rugi pun layan. Patutlah bebudak ni suka benar nak tengok filem ni, sebab filem yang pertama depa dah tengok. Pun best.Terhibur. Sesuai untuk kanak-kanak, sebab ni filem katun. Weyyyy layan katun pun syok tahu?


Lepas menonton, apa acara yang best? Yeahhh... kalu dengan bebudak macam ni, memang agenda makan-makan yang dinanti.

Malas merayau dalam Payvie yang luas ya amat, kami terus ke lokasi yang mudah dan senang. Well... Jusco Maluri. Mula-mula masuk Nando’s, dah duduk dan siap pegang buku menu... tapi tak terpilih. Langsung keluar. Okey, cari makan lain.



Chak & Alia nak Fresh Orange, then saya order Epal Hijau + Asam Boi.


Secret Recipe Fried Rice & Satay, pilihan Alia. Kongsi with Chak. Sedap rupanya. Kami tak pernah try sebelum ni.


Saya belum lagi menukar paberet menu setiap kali masuk sini. Setia dengan Macaroni Prawn Cheese. Lama tak makan, terus belasah kaw-kaw!


Yeaaa... aiskrim Double Delight for Chak. She love it..!

******

Cerita lain:
tempat kija saya tengah kalut nak menerima kunjungan dan ‘mengadap’ beberapa pihak untuk “Listing”. Jika beberapa proses lancar dan permohonan berjaya, nama ‘sendirian berhad’ di belakang company name akan bertukar menjadi ‘Holdings’!

Apa agaknya benefit yang menanti? Ahaks!




 ~...suatu kesilapan sering dijadikan modal untuk menghentam peribadi mulia seseorang, tetapi mencari peribadi mulia tidaklah susah kerana HISYAM sendiri berperibadi mulia cuma, untuk mengekalkan keperibadian sebegitu, tanpa sokongan erat lagi kuat dari SERI BULAN, mana mungkin sebuah laman boleh segar lagi wangi sebegitu...~




Tuesday, May 21, 2013

I Miss You: saya pun terjebak dek kerana si Harry yang malang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-05-2013


Hero dan heroin sangat cantik dan kacak. Putih melepak gebu dan menawan. Baik yang lelaki, apatah lagi yang pompuann.

Walaupun semakin menjadi fenomena, saya tidak sampai ke tahap ketagih Gaban, tapi terjebak dan terperangkap dengan konflik cerita membuatkan saya tidak mahu tinggal walau satu episod pun. Tapi banyak sebenarnya yang saya dah tertinggal.

Irama latarnya mengharukan. Lagu temanya mendayu dan menyentuh hati. Sayu. Pilu. Sedih. Kecewa. Hampa. Merana. Pernyataan 3 jiwa yang berdepan konflik tiga segi sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Tidak berkesudahan. Lalu saya jadi simpati.

Jika ramai orang lain mungkin lebih memihak simpati pada si hero yang menanti Lee Son Yeon selama 14 tahun, tapi saya lebih simpati kepada Harry Bolsen @ Kang Hyung-Joon (lakunan Yoo Seung-Ho).


Hero kacak ni sebenarnya seorang pembunuh, tapi pada saya sebenarnya jiwanya sendiri yang terbunuh. Saya melihat, dalam banyak keadaan, Harry ni yang sebenarnya mangsa keadaan.

Saya malas nak ulas terlalu banyak pasal siri ni. Siri ni menjadi fenomena ramai remaja sebab ceritanya memang best. Persahabatan sejak kecil ‘childhood friend’ yang membawa kepada beberapa tragedi yang mengharukan, memisahkan dua sahabat karib. Ala-ala cinta platonik.


Siri ni dah habis ditayang di Seoul. Bebudak saya dah tengok habis dah siri ni (download laa...) tapi kini ditayang di TV9.

Sejak semalam (untuk sepanjang minggu ini), saya dikerah untuk stayback sehingga 8.00 malam. Jadi dapat tengok pun dah hujung-hujung. Rasa release tension juga sebab walaupun lagunya sedih, saya tetap terhibur!

Saya pernah baca tentang ada group peminat fanatik siri ini yang anjurkan beberapa siri pertemuan @ gathering sesama mereka. Memang dahsyat juga, sebab rata-rata adalah remaja wanita.

Wpun dalam rumah saya semua yang pompuan ni kemaruk Korea, tak pulak depa tingin nak pegi join mana-mana group kelab peminat. Mujur lah...




 ~...merenung mata HISYAM yang juga sedikit sepet seperti tersenyum, selalu membuatkan SERI BULAN tertanya-tanya darah warna apakah yang ada di dalam tubuhnya sedang semasa terlibas cangkul di kaki dan darah masih berwarna merah dia tahu ada campuran lain yang menjadikan HISYAM memiliki senyum yang menawan, mata yang menikam dan perilaku yang merenyam...~




Saturday, March 9, 2013

Sabun kenangan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
08-03-2013


Hari melepak. Setelah puas berehat, cover tido yang kunun tak cukup sepanjang hari-hari bekerja.

Menunai janji untuk masak yang ‘sakan’ macam time tak kija dulu. Lalu haruslah ke pasar macam biasa.

Lauk hari ini sekadar Ayam Masak Kurma + Telo Masin + Papadom + Kacang Panjang Goreng campur Telor = perhhhh..., kan? hehehehe

Alhamdulillah, menjelang tengahari hujan membasah bumi juga selepas 5,6 hari panas terik, hangat membahang (tapi sebenarnya area ‘kok lerah’ tempat kija saya semalam sudah lebat sakan, bila sampai rumah, kering pula).

Acara sebelah petang adalah santai lepak di rumah. Tengok ‘wayang’ ler, apa lagi. AstroFirst citer ‘Husin, Mon, Jin Toncit’ tu. Best jugak, layan filem tu walaupun memang banyak yang tak lojik.

Sebagai hiburan bolehlah, nak percaya jangan sebab tahyul. Merepek merapu pun ya jugak (terutama di hujung cerita, merepek ntah apa-apa). Baik lagi filem yang sebelumnya tu Hantu Kak Limah, jauh lebih best dari yang ini.

Part saya suka, kerana terimbas kenangan masa kecik di kampung dulu. Pasal sabun yang kami dok guna sekeluarga. Sabun ‘Popinjay’ nih:


Sabun jenama ni, disebut dek Husin dalam filem ni. Hehehe terkenang sungguh.

Selain jenama sabun mandi tu, sabun cuci kain Cap Kapak pun menjadi kenangan juga. Sabun Cap Kapak ni dah susah nak dapat sekarang. Tapi kalu nak baju putih bersih putih, inilah sabunnya. Kat kampung-kampung haruslah ada lagi dijual.






 ~...merasai detik mandi di perigi dengan airnya yang dingin sampai menggigil dagu lebih dari gigil lutut dek seram senja lembayung meredup, SERI BULAN lebih rela mandi di tepian Sungai Menghijau Lumut walau dipaksa berkemban macam anak dara Kampung Separuh Desa yang lain, tetapi bila pulang berselubung tuala telinga jenoh menadah marah Mak Utih...~




Saturday, January 5, 2013

The Thieves: filem box-office yang korang tak rugi tengok berkali-kali...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
05-01-2013



Minggu lepas saya ternampak promo filem box-office Asia bertajuk ‘The Thieves’. Macam best. Ada banyak sebab kenapa ianya ‘nampak macam best’. Pertama kerana ianya filem Korea. Saya pun dah terjangkit penyakit kemarukkan filem-filem Korea. And then, ada ramai pelakun Korea dan China yang berganding. Menjadikan filem ini sebuah filem box-office yang menjadi sebutan ramai kaki wayang sekarang ini.

Dak AMOI sendiri pun sebut filem ini memang best sampaikan beratur panjang orang beli tiket di panggung. So bila saya sebut nak langgan filem ni di Astro Best, semua setuju. Memang best dan berbaloi sungguh...! Dengan hanya RM10 untuk langganan selama 48 jam, kita boleh tengok berulang kali sampai boleh hafal plot. Puas dan menghiburkan. Nak baring boleh, nak meniarap boleh, nak menyandar boleh. Tak perlu beratur beli tiket dan duduk menggigil dalam panggung wayang yang kadang sejuk macam peti ais! (atau sengaja kasi sejuk so that couples boleh duduk peluk-peluk??)

The Thieves bermula apabila seorang pakar pencuri bernama Macau Park mengumpul beberapa orang geng pencuri profesional untuk bergabung mencuri berlian ‘The Tear of the Sun’ bernilai US$20 juta. Macau Park (lakunan Kim Yoon-Seok) mengatur setiap strategi untuk mendapatkan berlian bernilai tinggi itu. Setiap sepuluh orang dari mereka diberi tugas masing-masing.

Di sinilah kita rasa seronok melihat kepakaran setiap orang yang melakukan pelbagai teknik untuk mendapatkan berlian itu. Filem ni bukan banyak fighting sangat, tapi aksi tetap menarik dan hebat! Saya suka sebab setiap muslihat sangat hebat dan menakjubkan. Yeahh.. bukan senang nak rompak berlian bernilai US$20 juta, kan?

Kalu dah pencuri tu, tetaplah pencuri, kan? Setiap orang mempunyai tipu helah sendiri dan mempunyai agenda untuk kepentingan diri masing-masing. Cuma dalam pada itu, mereka tidak langsung sedar, salah seorang ahli mereka (Julie) adalah polis. Tiada siapa dapat meneka kerana bapa Julie adalah seorang pencuri juga dan merupakan kawan mereka suatu ketika dulu.

Dalam usaha mencuri berlian itu, akhirnya ada yang terbunuh. Di sinilah beberapa muslihat yang best kita tengok kerana berlian itu bergerak dari satu tangan ke satu tangan antara mereka kerana masing-masing hendak memiliki untuk diri sendiri.


Mereka bertemu di Macau dan berkumpul untuk membincangkan strategi dan posisi masing-masing. Lokasi berlian adalah di sebuah kasino di Macau.



Melihat cara Popeye (lakunan Lee Jung-jae), yang tidak suka Macao Park memegang bahunya, kita akan tahu antara mereka sebenarnya musuh dalam diam. Ada kisah di sebalik gandingan mereka sebagai satu pasukan. Kisah pengkhianatan dan cinta yang dirampas. Memang best. Walaupun ada beberapa scence flashback, tapi kita akan faham kenapa kemudiannya, Macao Park pun memasang ‘plan B’ dalam kes mencuri berlian ini. Antara mereka berdua ada dendam yang belum berbalas.



Pompuan comel itulah polis sebenarnya, Julie (Angelica Lee). Bapanya dulu pernah bekerjasama mencuri dengan Chen (Simon Yam), jadi mereka menyangka anaknya juga seorang pencuri. (Simon Yam tu walaupun dah tua, tapi maintain hensem dan lakunannya berkarisma).



Popeye berganding dengan Pepsi (Kim Hye-soo) menggunakan kepakaran mereka untuk memecah petibesi di dalam bilik khas untuk mendapatkan berlian ‘The Tear of the Sun’. Tapi betul ker berlian tu dalam peti besi tu? Ahaa.. kena tengok. Kelakar pun ada!


Jennycall (Jun Ji-hyun), seorang pakar memanjat, melompat dawai yang ditugaskan memecah masuk melalui tingkap. Best jer tengok dia melayang dari satu bangunan ke satu bangunan.

Ada beberapa lagi watak pencuri lain: Chewing Gum (Kim Hae-sook), akhirnya mati bersama Chen. Seorang lagi artis terkenal Korea: Jampano (Kim Soo-hyun), kalu tak silap pelakun ni memang top kat Korea.

Berlian yang diburu sebenarnya adalah milik seorang gangster lain. Lalu berlakulah kejar mengejar dan bunuh membunuh. Juga sebuah kisah lama yang tersimpan antara Macao Park dan Pepsee akhirnya terdedah juga. Sebuah kisah dendam yang terurai.

Yang kelakarnya, pandai pulak depa create replika berlian yang palsu untuk diletak ditempat berlian asli. Lalu berlian palsu tu pun bergerak dari satu tangan ke satu tangan juga.

Jadi siapa sebenarnya yang dapat berlian asli tersebut?

Jom kita tengok filem yang best ini...!



~...dendam lama jangan disimpan pendam terlalu lama, kalau pun tidak sampai menjadi pekasam setidak-tidak dendam akan menjadikan muka selalu masam dan HISYAM tidak mahu kerana dendam SERI BULAN juga, dia semakin hilang seri macam bulan tiada sinarnya..~









Tuesday, November 13, 2012

Cuti Diwali: nak layan Enthiran sampai habis kepek sebalang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
13-11-2012


Diwali (also spelled Devali in certain regions) or Deepavali, popularly known as the “festival of lights,” is a five day festival which starts on Dhanteras, celebrated on thirteenth lunar day of Krishna paksha (dark fortnight) of the Hindu calendar month.

Jatuh pada hari ini, Selasa. Cuti umum.

Saya tak ambil cuti tambahan pun. Anak-anak dara nan bertiga itu sudah balik ke rumah malam tadi. So, agenda masak-masak kembali meriah. *Kari Ayam dan Cendol Bancuh Sendirik.


‘Kolam’ yang dilukis di depan pintu masuk kompleks yang sepelaung dari tempat kija Saya.

Cuaca asyik hujan, so melepak di rumah adalah paling best walaupun tanpa kepak.

Petang ni nak layan filem Tamil yang best di TV3 kul 3 petang. Enthiran, lakunan hero Tamil yang tersohor Rajinikanth (Sivaji The Don!). Turut berlakun adalah heroin jelita, Aishwarya Rai.

Walaupun dah pernah tengok 2 kali filem ni, tapi tetap teruja nak layan lagi sebab best. Walaupun kelakar-kelakar tak lojik tapi santai dan release tension!




Sambil layan apa yang patut di FB, dan berusaha menghabiskan Kerepek Pisang hasil buruan yang diusahakan Anyss, Bangi semalam.





~...HISYAM bermatian tidak mengaku dia miang keladi hanya kerana dia tidak pernah menunjukkan minat kepada Pengat Keladi hasil karya SERI BULAN...~



 




Thursday, June 21, 2012

Hoore! Hoore!: Orang GEMUK tu cute ker?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-06-2012


Atas desakan CHAK, aku langgan juga filem Hoore! Hoore! di AstroFirst hari minggu hari tu. So layan sampai bleh hafal skrip. Hehehehe...

Filem muzikal ini dikatakan, mengenang seniman rakyat yang menjadi pujaan rakyat Malaysia, arwah Dato’ Sudirman Hj Arshad. Semua lagu-lagu dalam filem ini menggunakan lagu-lagu arwah Sudir. Dinyanyikan semula oleh para pelakun filem ini yang rata-rata adalah penyanyi.

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang gadis 17 tahun, Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Ibunya bernama Lia (lakunan Adibah Noor), ayahnya Hairil (Harun Salim Bachik) dan neneknya Nenda Zaimah dilakunkan oleh Fauziah Nawi. Semua mereka ini menyanyi sendiri dalam filem muzikal ini.

 
“Orang besar-besar ni kiut pe!”


Pelakun utama as Nurul Aiman lakunan Nurfarah Nazirah memang nampak sweet dan juga sedap menyanyi. Kawan Aiman bernama Johari, seorang yang tampan dan segak dan menyukai Aiman. Dia menerima Nurul Aiman seadanya, walaupun kawan-kawan lain sering mempersendakan Nurul Aiman. Nurul Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang turut disokong dan didorong kuat oleh neneknya (bekas Ratu Kebaya di zaman mudanya).

 

Apa yang aku faham, mesej filem muzikal ini bukan sekadar lagu-lagu Sudir yang best, tetapi seperti kata Nurul Aiman: “saya ingin meneruskan perjuangan dan semangat nenek saya untuk keluar dari kepompong rendah diri.”

Seorang samada lelaki atau perempuan, yang berbadan besar atau mudah kata; GEMUK sering menjadi bahan ejekan dan dipandang rendah oleh ramai orang lain yang lebih cantik dan bergaya. Sedangkan bak kata Nenek Aiman; “Manusia ni cantik di dalam. Buat apa muka lawa, tapi perangai cingai?” hehehehe.

 

Nurul Aiman berjaya membuktikan dia sangat istimewa dan penyertaan beliau dalam pertandingan Ratu Idola (yang dikempen kuat pula oleh Johari melalui blognya) akhirnya mendapat sokongan ramai wanita yang berbadan besar sepertinya juga. Dia menjadi inspirasi bahawa walaupun diejek GEMUK, insan berbadan besar tetap mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kata nenek Iman lagi: “sahabat sejati tidak akan pernah berubah hati...”

Tengok filem, macam tak sangka ianya diarahkan oleh pengarah Cina.

Aku? Pun berbadan besar dan dah lali dipanggil Gajah, Gemuk, Tong Drum, Badak Sumbu dan sebagainya. Tak mengapalah. Aku dah kahwin pun, dah ada anak-anak, ada kerjaya, ada kengkawan. So gelaran itu kena telan juga dengan rela hati.



~…hanya tinggal nama dan rupa…~


 

Monday, February 27, 2012

AZURA 2012 vs AZURA 1984: Macam langit dengan bumi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
26-02-2012


Sabtu Ahad panjang pula dirasakan bila tiada xtvt luar yang dibuat. Aku sengaja mengosongkan hujung minggu. Tangguh semua kerja luar.

Semalam Sabtu, layan filem SANGAM sepetang. Kemudian CHAK merengek nak tengok Bujang Terlajak, lalu aku pun beli thru Astro First. Dia ulang tengok sampai 5,6 kali. Adehhh...!

Ahad, aku sempat layan rancangan khas eksklusif tentang kisah cinta LISA SURIHANI-YUSRI. Seronok tengok luahan orang-orang sekeliling pasangan cute itu.

Sebelah petang aku layan Full Movie AZURA 2012 di YouTube. Cukuplah sekali. Sekadar memenuhi dan mencari keistimewaan. Kerana ini filem “remake”. Arahan Aziz M. Osman yang sudah dirancang bergitu lama.



Filem Azura asal (1984) ditayang ketika Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud berada di puncak kegemilangan. Filem arahan Deddy M. Borhan ini menjadi filem Melayu pertama mencapai box ofiice. Siap ada jual dalam bentuk kaset (dialog saja lah). Masa tu aku Form 5, dan kami memang beli kaset tu, sebab masa tu tiada CD dan memang tidak ke panggung langsung.


Jadi bila selalu pasang, banyak dialog dlm filem Azura ’84 tu memang aku boleh hafal. Sayang, filem itu jarang ditayang masa kini. Cuma pernah sekali dua sahaja.

Dalam Azura 2012, OGY pun ada berlakon (watak ibu Azura) tapi cuma muncul sekali, tanpa dialog pun.


Secara dasarnya, plot Azura 2012 ni, hampir sama jer dengan yang asal. Kisah cinta, kahwin tanpa restu kerana Zack anak jutawan. Hidup susah kerana ayahnya Tan Sri Puteh (dulu Dato’) sekat semua elaun. Kerja stesen minyak. Disuruh berpisah demi masa depan.. Bla bla... Semua masih plot yang sama. Dah remake, kan?




Lakunan, hampir semua biasa saja. Shah Jazle mungkin berlakon dengan baik, tapi reputasinya lately tidak baik, penuh kontroversi lalu mungkin orang berfikir dua kali untuk ke panggung.



Aku tak kenal sapa pelakun baju hijau nih. Watak antagonist. Jadi kakak tiri Zack. (dolu Zack anak tunggal). Sebagai Wanda, hati busuk dan asyik speaking jer dari mula sampai habis. Moden sangatlah konon.

Bagi aku, Azura 2012 tak best. Citer biasa saja. Filem cinta, memang tiada aksi. Dramatik sangat pun tidak. Pendekata tiada yang boleh membuatkan kita teringat kerana tiada scene yang mengesankan. Lagu pun tak best, kecuali lagu AZURA asal itu disegarkan dan digunakan juga kali ini.

Aku google sedikit info tentang AZURA 2012: kutipan filem Azura 2012 sehingga 6 Februari 2012 sekadar mencatatkan angka RM600 ribu. Sungguh mendukacitakan.




~...HISYAM pernah kata, “awak bukan sahaja sahabat baik saya tetapi juga seorang teman sejati dan sejiwa,” malangnya SERI BULAN sering dikelirukan pula oleh perlakuannya yang sering memberi layanan manja pada hampir semua anak dara Kampung Separuh Desa...~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails