Thursday, November 14, 2013

Majlis kenduri blogger dan saya sedondon dengan blogger terkenal itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
14-11-2013


Sibuk yang ntah apa-apa (ayat berulang) lalu saya terlewat update kisah majlis kenduri doa selamat yang berlangsung di rumah rakan blogger Kakcik Seroja pada Sabtu 2 November lalu.

Macam biasa, tentulah makanan antara pic yang seronok untuk ditayang-tayang:


Cup cakes yang pelbagai rasa dan warna, sungguh menggoda tapi saya bukan penggemar kek, lalu menjadi habuan anak-anak.

And... bagi yang biasa dengan Pulut Kuning dan Sambal Tumis Bilis camtu, boleh jer teka siapa empunya menu tu. Ahaks!


Ada pie ti yang dibuat dengan penuh gigih oleh blogger Iyra Si Riben Merah yang berkampung sejak pagi.


Zoom dari dekat.

Menu lain dari katering yang ditempah tak sempat pula saya snap. Yang pasti ada kari daging yang enak, juga ayam goreng berempah. Apapun, kerana siang harinya kan saya dah pegi jalan-jalan tengok wayang dan makan di Ben’s dengan anak-anak, lalu saya hanya boleh makan kuih muih saja.

Dan ramai juga teman blogger yang turut hadir memenuhi undangan.


Blogger LF Dato’ Abdullah dan isteri Datin Aishah, berserta NSHanie, Iyra the Riben Merah... dan sapa tak kenal dengan pakcik saya yang sorang tuh? Geng kariah saya tuuu...


Sebahagian teman blogger yang hadir, bergambar bersama tuan rumah Kakcik Seroja dan suami.

Terimakasih kerana mengundang kami. Bukan saja, memenuhi undangan tapi juga menjadi suatu pertemuan para blogger yang jarang-jarang dapat berjumpa.

Sebenarnya, bukan nak makan sangat, tapi sangatlah seronok bila bertemu sekali sekala. Gurau senda pun tak terasa penatnya.

Dan saya suka, ‘pakcik’ saya yang jarang senyum tu boleh tertawa besar sampai bergegar meja! Hahahaha!



 ~...ketika majlis marhaban sedang berlangsung dalam irama sayu pilu bersatu irama hujan gerimis menitis atap bumbung, SERI BULAN mencari wajah tenang HISYAM yang sejak awal menjadi muram kerana terkenang seseorang yang jauh di mata tetapi pernah menjadi terlalu dekat di hati semasa mereka di Tingkatan Enam...~




Wednesday, November 13, 2013

WW: Kisah megi ~ dan kisah saya yang terpinggir...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
13-11-2013


Saya yang sibuk ntah apa-apa, dan masa lapang untuk berblogging hanya sempat update tanpa sempat merayau membalas kunjungan.

Nak tunggu masa free, ntah bila. Megi saya sudah kembang! Megi saya sudah kembang!


Jom kira, berapa kepingan hotdog dalam mangkuk megi saya tu?

Oh ya... Nak masuk satu selingan.

Soklan: kenapa orang Malaysia (bukan semua tapi ramai sekali) yang bila nak tahan teksi mesti nak potong Q, dan tak mo beratur??

Next entri saya cerita terperinci. Buat masa ni, isu rebut teksi buatkan saya rasa benci...!




 ~...Mak Utih tidak pernah merasa sebegini pilu hatinya, kerana SERI BULAN tiba-tiba menyebut dia sangat berkecil hati apabila setiap kali harus ke baruh, hanya dia yang mesti mengendong bakul dan kayu api, sedang HISYAM hanya pandai mengarah arah dan menunjuk jalan...~




Tuesday, November 12, 2013

Super Mokh the Musical: “ada orang datang naik bas nak tengok kita menang!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
12-11-2013

Ramai sudah tahu, teater Super Mokh the Musical sedang ditayangkan di Istana Budaya (IB) bermula 6 November lalu dan akan terus berlangsung sehingga 18hb November.

Ahad lalu saya berpeluang hadir menonton, (Ya, Ahad lalu Super Mokh ditayangkan 2 show, sebelah petang dan malam, hari biasa hanya malam hari).

Show bermula pada 3:00 petang. Saya lihat ramai sekali yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Walaupun saya kira anak-anak itu (seperti Chak dan Alia juga) tidak pernah tahu siapa itu Mokhtar Dahari, tetapi parents depa sudah tentu sangat tahu siapa Super Mokh. Bagi mereka generasi seperti saya or 5,6 tahun lebih tua dari saya, sangat mengagumi Super Mokh yang pernah menjadi juara bola sepak dan juara di hati kita.

Google la dan cari lah begitu banyak kisah tentang arwah Mokhtar Dahari ditulis dan dikisahkan. Sejarah hidup beliau sangat sesuai dijadikan inspirasi dan idola bagi mereka yang meminati bola... juga mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menjalani sebuah perjuangan, tidak kira dalam apa bidang...



Pemilihan Awie selaku watak Super Mokh saya kira sangat tepat dan sesuai sekali. Dikatakan Awie menguruskan badan (lost 10 kg) untuk teater ini. Dari segi rupa dan fizikal pun hampir menyamai arwah Mokhtar, cuma Awie terpaksa pakai misai pelesu. Nampak lucu tapi  menjadi.

Teater ini diarah oleh Hans Isaac (juga penerbit) berganding bersama penulis skrip, Harith Iskander. 

Sedikit info: Mokhtar, yang digelar SuperMokh, mula bermain untuk pasukan kebangsaan seawal usia 19 tahun. Beliau berjuang untuk pasukan Selangor dan Harimau Malaya selama 15 tahun. Sebelum disahkan mengidap penyakit saraf (Motor Neuron), Mokhtar meninggal dunia pada Julai 1991 semasa berusia 37 tahun.

Teater muzikal ini menyingkap perjalanan hidup Mokhtar sebagai seorang suami, bapa, rakan dan hero negara.

Banyak dipaparkan semangat dan kegigihan perjuangan Mokhtar yang banyak didorong oleh isteri tercinta Datin Tengku Zarina (watak dibawa oleh Maya Karin).


Watak lain yang dipaparkan ialah rakan baik Mokhtar, iaitu Reduan Abdullah (Rashidi Ishak), watak Soh Chin Aun, Santokh Singh dan ‘Spiderman’ Arumugan the goal keeper. Tapi saya tak kenal pelakun tu semua. Malah Radhi Khalid yang memegang watak sebagai pengurus pasukan pun hampir saya tak kenal mulanya. Dengar suaranya, baru saya dapat cam. Radhi Khalid memang orang teater, lalu bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Watak sampingan lain ialah Dina Nadzir sebagai rakan baik Zarina (kelakar bila Dina cuba mengorat Reduan Abdullah...!)

Sebenarnya memang menjadi undang-undang IB tidak membenarkan sebarang rakaman or amik gambar, tapi kerana kami duduk di tingkat atas (Grand Circle) dan barisan kerusi paling belakang (tiada orang di belakang kami), saya curi curi juga snap tanpa flash. Itupun dapat snap 2,3 keping saja.

Tiada yang mustahil untuk menjayakan sebuah teater muzikal sebegini bila ianya dihasilkan oleh pengarah hebat, pengarah muzik (Michael Verappan) yan juga hebat, dijayakan pula oleh barisan pelakun yang juga boleh menyanyi dengan baik... dan semua lagu-lagu dalam teater ini sangat indah dan juga bersemangat.

Ada satu lagu duet antara Mokhtar dan Zarina yang intronya, “Do you remember, sayangg...!”. Ah sweet!

...lalu Super Mokh the Musical bukan saja menggamit memori zaman kecil saya yang selalu melihat rumah saya selalu penuh bila ada lawan bola... kerana abang saya selalu ajak kengkawan kampung melepak meriuh di rumah kami bila ada bola... Saya sekolah rendah lagi masa tu... tv pun hitam putih jer. Dan MyBonda selalu buat kuih sedap-sedap untuk jamu depa!

Dalam teater ini juga beberapa nama besar dalam pasukan bola sepak negara turut disebut, seperti Zainal Abidin Hassan, Hasan Sani, Syukur Salleh dan James Wong. (Ya.. dulu memang ramai juga Chinese yang main bola sepak wakili negara, sekarang ni... ada ker?).

Beberapa scene yang mengharukan juga dapat dirasa... Apabila Mokhtar berkata, “Ada orang datang naik bas, ada orang datang stadium naik motor, ada yang hanya jalan kaki. Simpan duit berbulan-bulan untuk tengok kita main bola dan menang!” Ohh.. part ni terasa sebak. Malah zaman malapnya turut memberikan rasa sedih kerana Moktar dikecam hebat apabila beliau tidak lagi cemerlang di padang.

Pic Google: Watak Kenny by Douglas Lim banyak memberikan suasana ceria dan gelak ketawa yang lepas terbahak. Lucu bukan saja gaya dan dialog tapi gaya tarian dia yang sedikit bersepah tu pun sungguh menghiburkan. Saya rasa saya gelak kuat sangat masa Kenny ni jadi rakan sekerja Mokhtar. Lawak sungguh!

Dina Nadzir pun memberikan kesan ceria, tapi saya terlupa apa nama dia dalam teater ni. Shireen or Sherry?


Ini juga pic dari Google. Lihat misai pelesu Awie dan rambut sedikit keriting. Hampir tepat menyamai Super Mokh. Ini scene comel antara Super Mokh dan Zarina.



Ini pic semasa penutup yang saya rasa tak salah saya snap kerana teater sudah tamat. Mereka yang terlibat mendapat tepukan gemuruh bukan saja semasa penutup tetapi juga ketika teater dilakunkan. Part paling gemuruh ialah semasa, scene (ala-ala) perlawanan akhir bola (game terakhir Super Mokh) di mana penari menari dalam gelap menggunakan teknik ‘LED lights’ yang ingin menonjolkan jersi nombor 10 Super Mokh. Memang hebat, cuma saya tak berani nak snap.


Super Mokh the Musical sangat-sangat memberikan inspirasi dan wajar menjadi tontonan generasi hari ini. Arwah Mokhtar Dahari bukan sahaja legenda bola sepak yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia, juga disayangi oleh Sultan Selangor.

Semoga perjuangan dan semangat Super Mokh akan menjadi dorongan pasukan bola sepak negara untuk terus bermain demi negara (bukan main untuk duit) untuk memajukan sukan bola sepak negara kita.

Dan semoga roh arwah Mokhtar Dahari dirahmati.

Ohh... saya baru tahu, seorang anak perempuan Super Mokh rupanya juga rakan sekampus Dak AMOI.





 ~...melihat kaki dan betis warga Kampung Separuh Desa yang kelihatan begitu tegar kebal walaupun padang begitu keras dek musim kemarau semakin memanjang, tetapi bola nan sebiji harus direbut-menang walau apa cara sekalipun kerana HISYAM sudah berjanji habuan buat pemenang adalah makan berhidang nasi kawah daging dan bakal dilayan oleh SERI BULAN (yang kemudian terbeliak mata bila nama disebut)...~




Monday, November 11, 2013

Festival Gamelan UKM 2013: gambar yang banyak ini sebagai penghargaan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-11-2013


Sabtu lepas, 9 November saya memenuhi jemputan (sama seperti tahun lalu) dari seorang kakitangan UKM (yang juga rakan blogger) hadir di Festival Gamelan Malaysia UKM.

Kalu tahun lepas, kami hanya pergi bertiga, kali ini undangan diperluaskan kepada beberapa lagi rakan-rakan (terutama teman blogger) untuk hadir memeriahkan festival.


Seperti tahun lalu juga, penyertaan adalah dari universiti-universiti tempatan yang mengambil bahagian bermain muzik gamelan dengan cara masing-masing. Kreativiti mereka sangat memikat dan diserikan lagi dengan beberapa persembahan tarian yang berwarna-warni dan indah.

Bagi yang tak minat seni, mungkin tak gemar, tapi saya suka. Kebetulan kami dapat seat paling hadapan (sebaris di belakang seat VIP) lalu peluang ini sangat baik bagi saya selaku blogger yang pasti nak snap banyak-banyak....!

Dan entri ini ada banyak gambar. Semua gambar diabadikan di sini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua mereka yang terlibat memartabatkan seni muzik tradisi budaya Melayu yang kurang diberi perhatian sebelum ini.



Persembahan pembukaan oleh kumpulan penari UKM.


Kami berada di belakang VIPs, so pic saya turut terakam meja bunga dan gelas air. Abaikan.


Persembahan gamelan dan tarian dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Universiti Islam Antarabangsa. Serba putih.


Persembahan mereka sedikit berbeza. Ada monolog (or dialog?) yang dibaca dalam dialek Jawa. Tentang sejarah bermulanya muzik gamelan. Menarik sekali pelajar ini menuturkan bahasa Jawa.

Lagu mereka yang rancak ini bertajuk ‘Carilah Cari’ juga memikat hati.


Ini dendangan lagu diiring gamelan dari Kumpulan Gamelan Citra Nusantara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Antara lagunya ialah Ikan Kekek dan lagu lama Anita Sarawak. Saya lupa tajuk tapi menarik juga lagu retro di‘gamelan’kan.

Next:
Kumpulan Gamelan Seri Bayu, Universiti Tun Hussein Onn.


Yang di atas ni, saya betul-betul tak ingat dari uni mana, sebab saya tertinggal buku aturcara. Hanya mengharap sedikit nota yang saya taip di note hp.

Next:


Kumpulan Sanggar Kirana dari Universiti Petronas. Yang menjadi kumpulan yang saya nanti-nantikan. Kumpulan yang paling mendapat tepukan ramai. Paling meriah dan kreatif. Suka tengok ahli kumpulan ini yang bermain rancak, hebat, meriah dan ceria penuh gembira. Jelas sekali depa sungguh enjoy bermain gamelan.


Gaya persembahan depa pun sangat kreatif dan mengujakan...!


Untuk info, Kumpulan Sanggar Kirana sudah menerbitkan album pertama gamelan mereka di JW Marriot pada September lalu. Hebat! Dikatakan, kumpulan ini juga sering mendapat undangan membuat persembahan.

Saya suka nak boh gambar depa banyak-banyak...!




Mendapat tepukan dan sorakan paling meriah. Kostum depa pun nampak moden tahun ini. Beberapa wajah mereka juga dapat saya kenal turut bermain tahun lepas.

Next:

Kumpulan Gema Gamelan, Universiti Tenaga Nasional (UniTen).



Persembahan penutup: lagu Muha Hayo yang dipimpin oleh... hmmm memang saya lupa terus nama insan yang memimpin persembahan terakhir ni. Sori Berlori (saya lupa nak note dalam hp)


Persembahan penutup. Gabungan semua peserta festival.





Antara teman-teman blogger yang turut memeriahkan festival.


Terimakasih kepada korang yang terlibat! Terutama kepada teman blogger ‘tuan rumah’ yang menjemput kami.

Setinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta Festival Gamelan 2013 kerana berusaha memartabatkan muzik budaya dengan begitu cemerlang sekali. Semoga terus maju jaya dalam bidang seni ini juga bidang akademik anda.

Andai ada info yang tersilap di mana-mana, maafkan saya dan mohon untuk membetulkan sebarang kesilapan di ruang komen. Terimakasih.

Entri lain tentang gamelan ini turut ditulis oleh rakan blogger saya di SINI.



 ~...antara muzik lembut gemalai yang nampak sangat melambai, HISYAM ternyata tidak pernah tahu ada lenggok dipanggil joget kerana SERI BULAN tidak bercerita tentang muzik di kampung juga ada yang boleh melenggokkan kepala dan merampingkan pinggang tetapi apabila Mak Utih berkata, joget lambak buat orang gelak selambak dia teruja hendak menunjuk bakat sambil cuba berlagak hebat...~




Saturday, November 9, 2013

Tokyo Street di Payvie: lima hengget jer...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-11-2013


Hari ini tetap menjadi hari bekerja saya. Yeahhh Sabtu yang ceria dan meriah. Komitmen saya terhadap kerja adalah sesuatu yang tidak pelik tetapi kalu ada yang tidak faham, saya cuma nak kata kerja saya sentiasa banyak dan perlukan masa dan tumpuan yang bukan sedikit.

Sabtu juga sudah menjadi sebahagian hari untuk saya spend  masa untuk diri sendiri bila ada beberapa jam terluang selepas balik dari kerja yang mengambil tiga perempat waktu siang. Yeayyyy hari untuk jalan-jalan...!

Sabtu lepas (cuti Diwali) saya juga singgah di Tokyo Street. Mungkin ramai yang tak pernah tahu lagi pasal street ni (mungkin juga ramai yang dah tahu dan dah tak heran). Dalam Pavilion, tingkat berapa saya tak ingat. IKA yang mahir benar banyak benda dalam Payvie nih.


Tokyo Street ni satu bahagian luas dalam Payvie yang memuatkan banyak lot kedai yang menjual barangan/produk dari negara matahari naik ni.



Street ni memanjang dengan 2 lorong kiri dan kanan. Selain produk kesihatan, ubat, herba, makanan adalah paling banyak terutama sushi. Kami tak singgah makan, sebab masa ni kami baru kuar dari Ben's. Kawasan ni cantik sangat.

IKA ajak masuk satu lot kedai Daiso. (Daiso ni ada di banyak kompleks lain seperti di One U... dan lain kompleks, saya tak ingat). Mungkin juga ramai yang dah sedia tahu pasal Daiso ni. Kedai yang menjual barangan impot dari Jepun tetapi dengan harga standard semuanya RM5.00 sahaja. Dari barangan dapur, berkebun, hiasan rumah, hiasan diri, barangan gajet... dll. Memang gila lah! (macam masuk kedai Dua Ringgit tu laaa...)

Saya lupa nak snap rupa dalam kedai tuh. Orang pun ramai. Pekerjanya ada yang Japanese, juga dari Philippines.

Apa yang saya beli?


Chopstick untuk diri sendiri. Siap ada casing lagi. Senang nak simpan dan juga nak bawa ke mana-mana. Tapi saya guna di opis jer. Dalam department, saya jadi nampak pelik sebab jadi the only Melayu yang pandai makan guna chopstick, dan masa kali pertama guna dulu semua kengkawan pandang heran. Alahai... saya dah bertahun-tahun pandai guna chopstick.

Macam tak biasa. Tayang-tayang la:


Saya peminat Yong Taufu. Crab stick tu saya beli sendiri dan add sebagai pelengkap drama. Cewahhh!

Selamat berhari Sabtu, kengkawan!




 ~...musim hujan tidak pernah menjadi penghalang kepada HISYAM untuk meredah laman becak asal sahaja dia tetap tiba di Teratak Nyatuh meski kadang-kadang SERI BULAN menarik muka tetapi dia tidak pernah serik untuk mengusik menarik rambut sehingga terasa seperti bergegar lantai ambin tidak berdinding dek suara marah bertingkah suara berdekah dan Mak Utih yang menjengah terkejut terasa pula hendak mencelah...~




Friday, November 8, 2013

Isu tudung tu sebenarnya dah basi bagi saya....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-11-2013


Dulu, beberapa bulan dulu masa beberapa orang kawan maya saya (dan tak maya) bercerita dan bercakap tentang isu orang (pelanggan setia la, senang cakap) beratur panjang di kaki lima, berkampung bukak tikar, bukak mangkuk tingkat termasuk bakul susu anak kecik di depan butik tudung di Bangi tu... sampai sesama kami menggeleng kepala... dan isu tu nampak tidak besar mana...

Kini meletup di sana-sini. Di akhbar dan merebak menjadi soal-jawab balah-bahas di ruang FB pula. Apapun pendapat, masing-masing ada alasan. Ya, harus saya setuju beberapa pendapat.

Bila membaca pula jawapan dari pihak bisnes tu sendiri yang menyebut, “berniaga tudung untuk bisnes bukan untuk berdakwah dan perniagaan mereka bukannya badan dakwah, lalu tiada kaitan dengan agama” membuatkan saya turut terfikir semula... Hmmmm? Tiada kaitan agama? Bertudung kerana apa? Menjual tudung tu maksudnya sekadar menjual secebis kain? Itukah yang dimaksudkan?

Carilah di mana-mana web sosial tentang begitu banyak soal jawab dan debat tentang isu tudung singkat tapi eksklusif yang semakin menjadi bualan. Saya tak berani nak copy.

Cuma, seperti biasa saya suka nak sebut, bersederhana lebih baik, sekalipun kita mampu untuk membeli tudung berharga ratusan RM pun.

Terpulanglah niat masing-masing. Hak sendiri. Asal jangan tersilap menjawab, kelak terdedah kelemahan dan kejahilan sendiri.

As usual, saya memang beli tudung di pasar malam (dari Kak Su, penjual tudung yang saya setia dengannya). Murah bukan isu kepada sesiapa, nak beli yang mahal pun tetap guna duit sendiri.

Tayang-tayang:


Kuih Lapis Bersagu, hasil karya kawan sekerja. Saya, nak buat kuih ni? Jawabnya, terlelap la depan piyuk kukus. Heh heh heh... Jika tak kuasa nak komen pasal isu tudung tu, boleh alih perhatian pada kuih ini or keyboard comey saya!

Mengulas tajuk, ‘basi’ di situ bukan soal bertudung itu yang basi, tapi isu beratur panjang macam tunggu tiket bola kat stadium, isu tidur kaki lima bawak anak kecik tu, dan isu orang ramai sanggup bentang tikar bantal di kaki lima, itu yang sudah basi bagi saya.





 ~..memerhati HISYAM secara dekat dan merenung lama bukan mudah dapat dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi sejak dulu hanya SERI BULAN sahaja yang berani sehingga dia kemudian terkejut-sedar dijerkah HISYAM yang walaupun jarang tersenyum tetapi bila tersengih ketara lesung pipit sebelah kiri seperti Bayu yang suka senyum dalam ‘Bayu Cinta Luna’....~




Wednesday, November 6, 2013

WW — Tolo dadar: macam cantik jer! macam comel jer!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-11-2013


Selamat menghadapi SPM 2013 buat semua, anak-anak blogger!


WW: Tayang-tayang telur dadar saya malam tadi (sambil melaram frying pan baru yang diburu di Ikea hari tu)



Mewah dengan hotdog.

“Macam cantik jer! Macam comel jer!”

Hahahahaha!






 ~...adakah yang tidak rindu? HISYAM vs SERI BULAN...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails