Friday, November 8, 2013

Isu tudung tu sebenarnya dah basi bagi saya....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-11-2013


Dulu, beberapa bulan dulu masa beberapa orang kawan maya saya (dan tak maya) bercerita dan bercakap tentang isu orang (pelanggan setia la, senang cakap) beratur panjang di kaki lima, berkampung bukak tikar, bukak mangkuk tingkat termasuk bakul susu anak kecik di depan butik tudung di Bangi tu... sampai sesama kami menggeleng kepala... dan isu tu nampak tidak besar mana...

Kini meletup di sana-sini. Di akhbar dan merebak menjadi soal-jawab balah-bahas di ruang FB pula. Apapun pendapat, masing-masing ada alasan. Ya, harus saya setuju beberapa pendapat.

Bila membaca pula jawapan dari pihak bisnes tu sendiri yang menyebut, “berniaga tudung untuk bisnes bukan untuk berdakwah dan perniagaan mereka bukannya badan dakwah, lalu tiada kaitan dengan agama” membuatkan saya turut terfikir semula... Hmmmm? Tiada kaitan agama? Bertudung kerana apa? Menjual tudung tu maksudnya sekadar menjual secebis kain? Itukah yang dimaksudkan?

Carilah di mana-mana web sosial tentang begitu banyak soal jawab dan debat tentang isu tudung singkat tapi eksklusif yang semakin menjadi bualan. Saya tak berani nak copy.

Cuma, seperti biasa saya suka nak sebut, bersederhana lebih baik, sekalipun kita mampu untuk membeli tudung berharga ratusan RM pun.

Terpulanglah niat masing-masing. Hak sendiri. Asal jangan tersilap menjawab, kelak terdedah kelemahan dan kejahilan sendiri.

As usual, saya memang beli tudung di pasar malam (dari Kak Su, penjual tudung yang saya setia dengannya). Murah bukan isu kepada sesiapa, nak beli yang mahal pun tetap guna duit sendiri.

Tayang-tayang:


Kuih Lapis Bersagu, hasil karya kawan sekerja. Saya, nak buat kuih ni? Jawabnya, terlelap la depan piyuk kukus. Heh heh heh... Jika tak kuasa nak komen pasal isu tudung tu, boleh alih perhatian pada kuih ini or keyboard comey saya!

Mengulas tajuk, ‘basi’ di situ bukan soal bertudung itu yang basi, tapi isu beratur panjang macam tunggu tiket bola kat stadium, isu tidur kaki lima bawak anak kecik tu, dan isu orang ramai sanggup bentang tikar bantal di kaki lima, itu yang sudah basi bagi saya.





 ~..memerhati HISYAM secara dekat dan merenung lama bukan mudah dapat dilakukan oleh sesiapa pun, tetapi sejak dulu hanya SERI BULAN sahaja yang berani sehingga dia kemudian terkejut-sedar dijerkah HISYAM yang walaupun jarang tersenyum tetapi bila tersengih ketara lesung pipit sebelah kiri seperti Bayu yang suka senyum dalam ‘Bayu Cinta Luna’....~




29 comments:

  1. Salam AA,

    Sejambak ucapan sempena meraikan kedatangan tahun Baru Maal Hijrah/awal Muharram kepada AA & seisi keluarga semoga hendaknya dilempahi oleh rahmat kesejahteraan juga diberkati rezeki dan kesihatan senantiasa Alhamdulillah...

    Bagi kak Ratna, sipenjual tudung tersebut hanya semata mencari makan diatas keuntungan supaya cepat kaya... soal agama dibuang ketepi maka itu baginya tiada kaitan dengan agama, mengapa? karena sedangkan tudung-tudung yang dijual kok pendek sontot dan bertingkat-tingkat pula (kalu untuk dipakai dirumah tidak mengapa, akan tetapi untuk diluar rumah,Na'uzubillah...) jelas sekali tudung yang dijual tidak lansong menepati unsur-unsur syariah yang telah ditentukan... usah mencemar agama bagi menggalakkan kaum Hawa yang sedari jahil dengan ilmu pengetahuan agamanya akan bertambah jahil dari cara pemakaiannya, karena sebagai penjual tudung boleh dianggap sebagai penyampai dahwah/seruan Islam kepada para muslimah semua gimana cara bertudung yang sebenarnya bagi memelihara kaum Hawanya supaya akur menutup auratnya tanpa tarikan bagi pehak kaum lelaki dari terpikat dan tewas oleh nafsunya, maka itu tutuplah aurat kamu dan bukan dengan bertudung sebagai menutup kepala/rambut semata yang tidak mencukupi sebagai muslimah yang solehah karena ianya tidak lengkap pabila tidak lengkap jadilah perkara yang bukan-bukan... kaum Hawa sekarang semahunya berstatus muslimah namun jahil, mencemar nama Islam didalam keangkuhan diri... tanpa disedari sudah mempersendakan agama demi ikutan berfashion yang tidak ada kaitan dengan syariah yang sebenarnya.

    Akhlaq kalu dipelihara melalui keimanannya yang tidak berbelah bagi akan terpelihara samasekali penampilan diri dengan menutup auratnya demi kesejahteraan maruahnya sebagai seorang muslimah yang mulia disisiNya, sedemikian lumrahnya sekarang bertudung untuk kepuasan duniawi semata... kesalkan diri dari sekarang dan usah menyesal nanti dipadang tanah Mahsyar... ingatlah pabila sudah bertutup lingkup maka diri harus diperbaiki seboleh dengan sebaiknya dari situ akan dicontohi lantas yang tidak bertudung atau menutup auratnya akan dibukakan pintu hatinya menerpa kearah yang suci..

    Salam mesra semanis madu.

    p/s: para ibu yang bergelimpangan dikaki lima beserta anak kecilnya sampai ber-picnic, apakah gerangan hajat mereka yang sebenarnya? Membeli tudung untuk dipakai sendiri atau untuk dijualkan semula dengan harga yang dilipat-gandakan?

    ReplyDelete
  2. pompuan x wajib bertudung.. tp wajib menutup aurat seluruh anggota tubuh badan.. hujung rambut sampai hujung kaki.. kecuali muka dan tapak tangan.. gi mana nak menggayakannya terserah.. asal tertutup aurat.. hik.. hok tu di ciptakan tudung.. biar nampak molek dan memudahkan.. tp la ni.. makin mahal tudung makin singkat.. makin nipis.. hok tu x molek la.. tp.. ikhlas ckp.. designer tudung dan penjual tudung pon leh jadi pendakwah secara x sengJa bila dia menjual tudung yak bertepatan ngan syariat Islam.. cukup labuhnya.. cukup tebalnya.. InsyaAllah terlepas fardhu kifayah.. malang la kalo dia sengaja design dan jual tudung yak x menepati syariat.. dia tau salah tp sengaja jual utk nampak trendy dan untung.. berapa banyak saham dia dpt bersubahat.. takotttt..

    susahnya jadi perempuan kan.. sbb tu Nabi Muhammad S.A.W penah ckp.. "wanita paling mudah masok syurga tp paling ramai masok neraka" hmm Ya Allah selamatkanlah ahli keluarga perempuanku dan saudara saudara perempuanku dan sahabat sahabat perempuanku #huk

    last sekali.. x salah nk nampak cantik.. tp kecantikan tu hanya halal utk suami suami #sengih

    NOTA KAKI : shin pon selalu x tutup aurat tp hanya menulis pendapat jer.. #ampun

    ReplyDelete
  3. Tanggungwajab penjual juga utk pastikan pelanggan menutup aurat dgn betul...kelak..kita juga akan disoal di sana...

    Sy pkai tudung bli psar mlam je kak...takat nak beli tudung beratus..tp singkat..! Mmg x la...mmbazir..!!

    Rajinnya la kwn tu dok buat kuih gitu....cam sdap jek..!

    ReplyDelete
  4. #tudung singkat tu memang bukan pilihan sy..mahal & teramat2 la singkat.tidur di kaki lima?sy tak sanggup..tak dapat pun takpe.baik la tidur kat umah ata tilam empuk!
    #kuih sagu tu kakak sy rajin buat..kalau saya memang macam kak azie, tido tepi periuk kukus la gamaknya

    ReplyDelete
  5. Berbanding tudung tu saya lagi suka tudung yg di jual oleh tokeh Jakel...:) Bagai Kak Azie kata mahal atau murah tudung tidak menjadi isu selagi menutup aurat tetapi berniaga tudung juga adalah fisabilillah, bila keluar kenyataan spt disebut saya terkedu!

    ReplyDelete
  6. Menjawab soalan kena berhati-hati. Salah buka mulut padah jadinya..
    Sayang andai business yg boleh mendapat pahala berganda jadi sebaliknya..

    ReplyDelete
  7. salam k.azie….setuju sgt dgn N3 akak harini sbb saya pun dah lama (dlm hati jelah) dok kesian tgk mereka2 yg beratur di kaki lima semata2 nak beli tudung yg tu. baik perempuan mahupun lelaki (lelaki lagi kesian, dah le beli utk org lain pastu ibarat bersubahat utk heret kaki mrk ke neraka ALLAH….nauzubillah)…..mgk mereka ada alasan tersendiri tapi personally saya mmg tak setuju baik dgn penjual yg mmg jahil komennya & juga pembeli yg jahil pengetahuannya.
    Btw sedap plak nengok kuih lapis sagu tu. heheh nak order dr kawan k.azie jauh kan, kena bt le nampak gayanya

    ReplyDelete
  8. saya masih ingat.. belum basi lagi.. cerita sehelai tudung seorang cikgu yang sama harga dengan instalment kereta sebulan

    ReplyDelete
  9. Kak Azie, kita sekapal. Saya tak kisah beli tudung di mana, asal saja menutup aurat. Butik2 yang mahal nie semuanya tak dapat menutup aurat saya. Maklumlah, badan saya besar...tudungnya kecik. Mungkin untuk wanita yang bertubuh kecil, sesuai kot. Oleh sebab itulah saya tak banyak koleksi tudung. Susah nak cari yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, high 5! hehehehe. saya sama macam akak. tudung fesyen saya tak layan. sebab semuanya kecil-kecil belaka. depa yang jual tudung kat pejabat saya dah tahu saya tak layan tudung awning, so depa pun buat tak tahu aje. walaupun depa kata ada tudung bidang besar, tapi malas la nak cari.

      saya masih layan bawal. bawal rock! yihaa!

      Delete
  10. entahlah, saya pun tak berani komen panjang tapi saya pernah dengar ceramah agama
    kalau penjual tudung tu jual tudung jarang, dia dikategorikan bersubahat
    tu tudung jarang, kalau tudung singkat....
    saya tak pernah pakai tudung jenis bertingkat-tingkat tu
    suami saya melarang dan saya wajib menuruti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga macam mereka yang membuka salon-salon kecantikan dan mereka yang mengunjungi salon-salon kecantikan itu, ada hukum nya.

      macam kawan saya, dia pun pakai tudung tidak boleh jarang dan singkat. dia kata SIRIM tak bagi. SIRIM tu hubby dia la. haha

      Delete
  11. saya cuma ada selai tudung tingkek bagi menunaikan kehendak anak dara yg sy beli dgn rege RM50 sajerk.. sudahnya anak sy pun tak nak pakai sebab singkek.. ekeke

    ReplyDelete
  12. tudung bertingkek2 tu ke kak...hehehe...smpai ada yg pukul 5 pagi dh beratur depan kedai yg bukak pukul 10 pagi. Sabor jerlah yerrr.....

    ReplyDelete
  13. Kalau kenyataan (tokey tudung tu la) akan pasti di lihat/dengar seantero...adalah lebih baik dia fikir dgn lebih panjang apa yg akan di kata....

    makcik pun sama...tudung biasa je...tak adalah yg nakkenaberaturbilanakbeli...

    ReplyDelete
  14. saya hairan la...apesal saya beli pashmina kat pasar malam tak jadi isu pun, takde kecoh2 pun...haha. sorry kak azie..buat lawak tak kena tempat pulak. saya setuju..isu tu dah basi. tudung bertingkek-tingkek ni lawa kalau kena dengan tone warnanya..tapi kalau bab jenama dan harga yang mahal...memang straight away saya cakap NO, biarlah lawa macammana pun. yang penting fungsi tudung tu sendiri..gunanya menutup aurat.

    ReplyDelete
  15. Moga nanti dia berfikir kembali....
    mama lagilah tudung memang stail lama2 lepas tu murah2.

    ReplyDelete
  16. suka hati demeler yerk.. tang jawapantu ehm... fikir2kan dan selamat beramal...

    ReplyDelete
  17. saya tetap dgn tudung bawal dulu, kini dan selamanya :) Datangla tudung 40 tingkat dan beropol mcm langsir umah saya, saya tetap setia pada yang satu. Tudung Bawal Forever :)

    ReplyDelete
  18. Tu laaa kan, terkejut tengok ada yg sanggup beratur pnjng semata2 nak beli tudung tu...

    ReplyDelete
  19. Dulu sy pasan dah tudung tu spesisnya mcm ne. Tp diam2 je sbb tgk org tak bape nak bsg psl hal tu. Mcm semua org dok halalkan pesen tudung kuih lapis (ala-ala lapis sagu akak tu le....)

    ReplyDelete
  20. saya , bila diminta pendapat oleh isteri ttg tudung kepala..lebih prefer kepada keselesaan dia daripada jenamanya. org perempuan yg berhijab lebih tau tu, ..soal isu basi tu..sy pon geleng kepala masa tu kawan KKA kita up-status depa suatu ketika dulu...tgk signbord gah di Hiway . tak sangka plak 'bisnes mereka tiada kaitan dgn agama' ..memang sy tak amiktaupun pasal ni.

    macam ada kaitan plak warna kuih tu..bertingkek2 haha macam sedap jer !

    ReplyDelete
  21. tudung bawal juga yang best...

    ReplyDelete
  22. isu y sy pandang ialah harga y mahal (bg sy) dan sampai begitu susah nk dapat? nk beratur sampai begitu, bawa anak berkampung berkelah semata sebab fesyen, bukan sy orangnya.... harap tetap berkekalan sy yang part ini.

    tudung RM 5 or RM10 sy pandang la, sebab sepadan poket....

    ReplyDelete
  23. kalau dah nak, pasti ada usaha atau apa saja asal dapat. kalau dah taknak, seribu alasan boleh diberi. heheh.

    ReplyDelete
  24. saya tak minat dengan tudung bertingkek-tingkek tu.. tak menepati citarasa saya.. ;)
    lebih senang dengan tudung bawal.. ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails