Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Salam Ramadan: Panik kereta hilang di Ikea...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-06-2016


Alhamdulillah dah masuk Ramadan dah. Hari ini merupakan hari ke-3 kita berpuasa.

Banyak sekali cerita Ramadan yang pernah saya tulis sejak menjadi blogger. Tahun ini, agak lemah. Malah rasanya hampir tiada masa untuk menulis.

Sebagai bahan, saya copy paste status saya dari FB haritu:

BILA KERETA HILANG DI PARKING:
Korang...pernah tak korang terfikir sesuatu yang tak mungkin berlaku, tapi terjadi?

Sebelah pagi saya bersama Kakak Ipar & Adik Ipar saya berjimba di Nilai 3. Meronda tak sampai pun 2 jam. Tak sempat nak bergambar-gambar pun seperti lazimnya saya bila kuar jalan-jalan.

Sebelum tu saya dan adik ipar leka sembang sehingga terlepas simpang Serdang untuk ambil Kakak Ipar. Mujur sempat exit Bangi pusing bulatan untuk patah balik. Hahahaha ini saja dah jadi petanda sebuah kelalaian.




Tayang-tayang pic: lunch kami bertiga hari itu, di Sate Hj Samuri, PKNS Bangi.

Selepas lunch di Bangi, kami menyambung shopping di Ikea Cheras yang sepelaung dari rumah saya.
Kelekaan dua orang wanita pertengahan umur ni rancak sembang dan tengok barang memberikan suatu kejadian yang tak terduga.

Lepas sorong troli (yang cuma ada 1 barang sahaja, hahaha) kami keluar ke lot parking. Eh eh... mana kereta?

Hampir seluruh kawasan saya tawaf, tempat yang saya park kereta tu kosong. Rasa macam ghaib camtu jer. Berpeluh makcik ni nak oiii... apa aku nak jawab dengan Toklaki satgi?

Habis ikhtiar, pergi jumpa guard (yang biasanya guna basikal untuk meronda kawasan parking) untuk minta bantuan. Dia tanya, “Park sini atau atas?”

Hahaha masa tu baru terfikir ada satu lantai lagi di atas. Dalam keta, bantai gelak tak hengat.

Selalunya saya akan snap kawasan jika saya park keta dalam bangunan tapi kali ini terlupa terus.

Korang, bila Tuhan nak uji ketika kita leka dalam seronok sangat, sikit jer DIA uji kita dah panik tak ketahwuan. Cemana kalu DIA uji, yang kita betul-betul hilang barang?
Selamat berbuka puasa kawan-kawan....!



 ~...belum pernah sekalipun HISYAM terfikir hendak meninggalkan SERI BULAN, tetapi banyak sebab yang membuatkan SERI BULAN bagai sudah tidak ingin ditemani lagi dan saat itu dia merasa perasaan HISYAM itu bukan lagi penting untuk dia jaga...~




Wednesday, November 12, 2014

WW: sweater pesen baru!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-11-2014



Hari-hari ujan. Orang gemuks pun tahu sojuk!

*Saya tak ingat dah sapa yang hadiahkan shawl design LV ni dulu. Lupa. Ada sesapa yang nak mengaku?





 ~...memang sudah beberapa hari HISYAM berpergian ke luar daerah dengan pesanan perginya cuma sekadar mencari ruang diri, tetapi SERI BULAN paling mengerti bahawa HISYAM sebenarnya bagai memberi tanda bahawa ada beberapa daerah baru sedang dikaji-selidik untuk dijadikan tempat permastautin sementara yang baru kelak tetapi adakah nanti Mak Utih merelakan, Pak Utih membenarkan dan warga kampung akan meraikan terutama sekali tidak sanggup mendengar rengek-rajuk si anak dara Pak Imam!...~




Wednesday, June 25, 2014

WW: hadiah dari Mekah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-06-2014


Wordless Wednesday 25-06-2014

Ingatan seorang kawan lama. Balik dari umrah. Terimakasih banyak UNCLE...!




 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam kerana bagai terasa hidung dicuit dan telinga berkuit...~




Wednesday, March 26, 2014

Bila mood mula kembali...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-03-2014


Sebenarnya mood memasak saya pula yang sekejap bagus, sekejap menjunam jatuh. Wuaaaa...!

WW:


Bekal saya: Gulai Lemak Cili Padi Babat campur Nangka Muda.

Ada yang tak tahu apa itu ‘babat’? *babat = perut lembu, warna putih, direbus empuk dulu sebelum dimasak or dibuat kerabu perut.


Sarapan: Cucur Jagung.

Rajin la sangat, kunun!





 ~...Mak Utih bergesa pulang, Pak Utih bergegas datang dengan alasan yang masing-masing hampir sama; menjengah SERI BULAN yang ditinggal seharian bersendirian sedangkan mereka tahu gadis yang ditinggal bukan sembarangan malah pernah berpergian ke banyak daerah tanpa berteman malah teguh dan aman tetapi beranggapan Kampung Separuh Desa yang sunyi damai tetap menyimpan rahsia duka lagi celaka dan HISYAM pun kadang-kadang berani tidak bertempat makan pun kadang-kadang tak sempat...~




Tuesday, February 18, 2014

Kata-kata indah itu mengingatkan zaman kami bersekolah bersama dulu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-02-2014


Saya suka prasa indah di bawah ini, yang saya copy dari status wall FB sepupu saya:


yang dirisaukan terkadang tidak menghirau..

yang dikagumi terkadang tidak mengerti...

yang dirindukan terkadang tidak tahu..

yang dicintai terkadang tidak merasa...

yang diinginkan terkadang tidak sejalan...

dan yang tidak disangka terkadang terjadi..

PERENCANAAN ALLAH SWT INDAH PADA WAKTUNYA...

Aku yakin itu.



Gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan prasa.

Saya menunggu seseorang yang sudah lama touch-down dari Iraq. Agaknya apa cenderahati yang disebutkannya tu ya...?







 ~...sudah lama SERI BULAN tidak ke pinggir Sungai Menghijau Lumut sejak air perigi sentiasa penuh melimpah tetapi apabila terdengar HISYAM pernah terjemuh dengan anak dara Pak Imam yang mandi berkemban, SERI BULAN terasa hendak melihat tempat kejadian cuma dia tidak seberani itu hendak turut berkemban kerana bimbang nanti kain terburai dan ketawa terurai...~




Friday, December 20, 2013

Sekadar menarik perhatian: Header baru untuk bulan Disember...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
20-12-2013


Gigih. Mujur semalam cuti. Sempat la curi masa untuk adjust mana yang patut. Header baru untuk bulan Disember. Jom dongak!

Biasanya saya buat header untuk 2 bulan dan gantung sepanjang tempoh itu. Tapi sebab sibuk ntah apa-apa, header 2 bulan terus lajak sampai pertengahan Disember. Ahh tak boleh jadi, expired dah header tu, lalu gigih la buat header baru. Kelam kabut dan sedikit serabut. Pic puan empunya blog pun guna hat lama saja. Takdak gambaq baru pun.

Tayang-tayang:


Sarapan pagi saya. Percaya ker cuma seketul? Mana cukuppppp....

Karipap sendiri bikin. Itu yang penting. Ye dak?






 ~...menanti kain tutup tingkap yang berkibar lembut ditiup angin bagai mengharap mimpi juga selembut itu tetapi ternyata HISYAM masih sedar SERI BULAN bukanlah selembut mimpi apa lagi ketika dia meroyan marahkan HISYAM yang leka mengadap ayam jantan tidak berkokok lalu terlupa nasi sudah sejuk, ulam sudah keras...~




Wednesday, November 13, 2013

WW: Kisah megi ~ dan kisah saya yang terpinggir...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
13-11-2013


Saya yang sibuk ntah apa-apa, dan masa lapang untuk berblogging hanya sempat update tanpa sempat merayau membalas kunjungan.

Nak tunggu masa free, ntah bila. Megi saya sudah kembang! Megi saya sudah kembang!


Jom kira, berapa kepingan hotdog dalam mangkuk megi saya tu?

Oh ya... Nak masuk satu selingan.

Soklan: kenapa orang Malaysia (bukan semua tapi ramai sekali) yang bila nak tahan teksi mesti nak potong Q, dan tak mo beratur??

Next entri saya cerita terperinci. Buat masa ni, isu rebut teksi buatkan saya rasa benci...!




 ~...Mak Utih tidak pernah merasa sebegini pilu hatinya, kerana SERI BULAN tiba-tiba menyebut dia sangat berkecil hati apabila setiap kali harus ke baruh, hanya dia yang mesti mengendong bakul dan kayu api, sedang HISYAM hanya pandai mengarah arah dan menunjuk jalan...~




Thursday, October 31, 2013

Cuti tambahan Deepavali pula menjadi isu rebutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-10-2013


Sekali lagi, cuti berganda minggu depan. Cuti Diwali akan berselang sehari then cuti Awal Muharram.

Berapa ramai yang ambil cuti berderet tuh? Boleh dapat 4 berturut tuh... Di tempat kija saya, berebut-rebut depa mintak cuti. Prosedurnya, kena ngadap Manager dulu untuk maklumkan cuti, then baru isi borang, submit. Jika tiada susulan, bolehlah dianggap cuti tu lulus. Kadang-kadang kalu dia follow-up semula untuk perubahan, ada la kes yang cuti tak lulus atau dipendekkan. Mintak 4 hari jadi 3 hari. Nasib-nasib lah..

Saya tak apply cuti apa pun. Cukuplah hujung minggu 2 hari yang penuh program. Senin 4 Nov tu saya kerja macam biasa.

Saya tiada perancangan jalan jauh sehingga hujung tahun. Plan ada, tapi susah nak disahkan buat masa sekarang. Tunggu tabung Gajah saya penuh sikit lagi...

Mesti korang ramai yang akan start cuti bermula esok, kan?

Tayang-tayang:

Repeat lagi. Abaikan tutup tipuwer Purple saya yang sudah retak menanti belah tuh.







 ~...bukan angin tidak membawa khabar, bukan mulut tidak ada yang riuh bercerita, bukan juga tiada kerusi meja yang ada telinga dan mata tetapi sengaja SERI BULAN tidak mahu percaya sepenuhnya, HISYAM ada rancangan sulit hendak berjumpa dengan anak dara lain selain dari anak dara Pak Imam...~




Sunday, October 27, 2013

Bila bajet baru diumum, tindakan pun bermula...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sunday
27-10-2013


Selepas sehari Bajet 2014 diumumkan, harga gula terus naik menjadi RM2.84. Tujuan untuk rakyat Malaysia kurang beli gula, demi menjaga kesihatan. Relevan ker idea sebegitu? Saya pun tak faham. Sebab harga untuk menjaga kesihatan ni ada ketikanya, adalah subjektif. Ada cara murah, ada cara mahal.

Well, menaikkan harga gula saya rasa tidak banyak membantu cara itu. How about kuih muih manis yang sentiasa menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia? Nasi lemak pun guna sambal yang of course ler ada gula. Mungkin sedikit usaha ini boleh menyebabkan orang minum tanpa gula. But, saya rasa bagi orang yang sudah terbiasa dengan habis minum teh tarik (wpun kurang manis) tetap minum manis juga.

Kesan lain? Harga kuih muih akan terus naik. Itu baru kuih muih. Barang makanan lain? Semuanya saling berkait. Pandai-pandai la kita nak ejas mana yang patut.

Kami sendiri amat kurang guna gula kecuali hari minggu baru ada menu buat air manis seteko. Hari biasa, semua orang minum air kosong. Sekilo gula pun payah nak habis sebulan. Dalam hal ini, saya sangat berterimakasih kepada MyBabySitter dulu, yang sangat-sangat tegas dengan anak-anak saya (seawal Dak Amoi age 2 bulan) di mana semua depa kena rajin minum air suam. Sangat jarang MyBabySitter bagi anak-anak saya minum air manis. So depa terbiasa sampai besar. Ehhh melalut.

Yeahhh walaupun ada barang naik harga mendadak lately, tapi semasa saya ke Pasar Pudu pagi tadi, harga ayam tiba-tiba jatuh RM7.00 saja per kilo. Hmmm... bagus.

Ikan ada yang turun ada yang mahal. Sebenarnya dah 2,3 minggu harga ikan agak murah. Syok jer pilih itu ini.

Sayur jangan cakaplah. Memang Pasar Pudu antara pasar yang termurah. Seikat sayur  masih boleh dapat dengan RM1 or 3 ikat for RM2 saja. Memang gila membeli.


Serai seikat gini  masih RM1.00 sejak dulu.



Cili padi. Ada beberapa jenis cili padi. Ada orang sebut cili akar (panjang, hijau dan saya rasa paling murah), cili burung (yang paling kecil dan agak mahal). Sebungkus dalam pic, masih murah. RM2 saja.

Bagi saya, memang harga barang menjadi mahal kebelakangan ni. Kuih muih dah jadi RM0.50 seketul, dengan saiz masih sama. Hmmm.. peniaga ada alasan depa. Memang ada orang sebut, “Apa kaitan minyak naik 20 sen dengan kuih muih?” Sapa kata tidak berkait? Depa nak pi beli barang naik keta, kan? Depa nak pi meniaga guna keta kan? Depa masak guna gas, kan? Sapa hantar gas? Naik motor pun guna minyak, kan? Lalu, setiap kita saling ada alasan. Tapi harga tetap kena bayar.

Situasi sekarang: saya tunggu bila bonus nak kuar. Ahaks!




 ~...ujan sepanjang petang sebenarnya sangat menggembirakan SERI BULAN kerana HISYAM akan terperangkap di ambin tidak berdinding Teratak Nyatuh sehingga senja, dan Pak Utih duduk di hujung tangga sebagai peneman bersama rokok daun nipah sambil memasang telinga mendengar tingkah kata ala-ala gaduh manja teruna dara kesayangan walaupun masih tidak faham apa maksud, “nothing gonna change my love for you”...~




Friday, October 25, 2013

Kehilangan... dan selingan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-10-2013


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*Kadang-kadang, sekali-sekala memang kita akan merasa seperti kita tiada di mata orang. Seolah-olah orang tak merasa kita ada, kita hadir pun. Kerana pada waktu itu, ada orang lain yang lebih menarik perhatian, lebih bagus, lebih great (kunun), dan kita merasa langsung tidak diperhatikan.

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

*Seorang rakan mengadu dia ingin join reunion kecil kawan sekolah lama yang bakal diadakan (diumum di FB). Puluhan tahun ditinggalkan lalu dia rasa, tak ramai orang akan ingat dia lagi. Selain itu, dia rasa dia tidak pernah popular pun masa sekolah dulu. Yeahh.... istilah popular itu boleh saja popular kerana pandai. Asyik nama dia saja naik ke pentas kerana Anugerah Cemerlang Akademik. Atau popular kerana cantik dan cutenya seseorang masa tu sehingga ramai budak senior lelaki asyik dok hantar surat berbedak talkum pada dia. Atau.. popular kerana handal dalam sukan, bola sepak ker, takraw ker... sehinggakan time latihan pun penuh bebudak pompuan turun tengok!

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

*Kelmarin seorang lelaki mengadu, dia pegi beli nasi ayam di satu kedai yang jauh dari rumah dan jauh dari tempat keja (sebab kena buat keja luar kawasan). Lalu kerana merasa sedap, tingin la dia nak beli bungkus untuk si isteri kat rumah. (kenapa orang selalu guna ayat “si isteri” tapi untuk suami guna “sang suami”?).

Tapi semasa minta untuk bungkus, orang kedai tu muka masam dan jeling semacam, terus dia kensel dan tekad, itu kali akhir la dia nak makan kat kedai tu. Walaupun sedap? Yaaa... walaupun sedap, katanya.


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
(Kehilangan — Firman)

Sebenarnya, saya suka lagu Kehilangan tu.

******

Tayang-tayang:


Jeruk Asin + Ikan Bilis Garing. Pemangkin selera kalu rasa tak berselera nak demam. Makan dengan Bubur Nasi pun ok. Versi saya, goreng garing bersama cili kering.




 ~....setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah tapi masih boleh ditadah, tidak upaya membantu menoreh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah sambil mengimbas kisah kenapa boleh terjebak bagaimana boleh mengelak...~...~




Friday, October 18, 2013

Lawak lucah MyToklaki...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam JumAAt
18-10-2013



Si bini balik kerja selalu malam. Letih. Kadang-kadang bila petang jer, rasa nak demam sebab kena aircond terlalu lama. Jadi saya akan berubah menjadi sayur kobis yang layu.

Perjalanan balik kerja selalu memakan masa 45 min, kadang sejam. Tiba di transit (area rumah kawan saya) MyToklaki akan jemput (untuk balik ke rumah cuma 5 min). Selalu naik motor lah. Kadang tu, rajin kami singgah merata. Kedai la, pasar malam la...

Semalam, agak kurang stabil saya naik, lalu ada body contact yang lebey pulak. Biasalah, laki bini kan?

Boleh dia cakap, “Ehh.. bra baru ya? Keras!”

Cehhh...! Cisss...!

Selama ni, bra baru kah punca keras tuh?

wakakakakaka! > bila taip baru rasa nak gelak. Tapi masa dia cakap tu, apa dia dapat?

Saya jelir lidah...! Wekkkkk...!





 ~...sejak SERI BULAN menjadi pendamping setia Mak Utih di Teratak Nyatuh, Pak Utih sudah jarang menurut mengekor hingga ke dapur, dan HISYAM sendiri terpaksa bertapis-tapis ayat dan perbuatan hendak menyakat si buah hati kerana bimbang puntung kayu api menjadi senjata si makcik latah...~




Saturday, October 12, 2013

Maruku Pagoda yang sering saya tergoda...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
12-10-2013


Hari ini hari bekerja saya. Semalam arahan kuar, saya diarah bekerja sehingga 2:30pm, tapi selepas setengah jam tiba-tiba saya diarah stay sehingga 4:30pm pulak. Alasan, saya kena tolong cover projek orang lain yang nak balik kul 2:30pm.

Wahhh meletup saya sekejap! Apa, ingat saya takda keja sendiri nak buat? Saya pun ada job urgent nak kena handle. But.. yeah arahan tetap arahan. Bengang pun saya buat juga. Sebab lepas saya sudah bertenang hasil dari ‘meletup’ tu, saya terfikir yang mungkin saya dilihat capable untuk handle projek urgent tu, lalu itu suatu kelebihan. Cewahh pujuk driri sendiri dengan statement perasan. Positif... positif.

Sejak dulu, (wpun sekali sekala ada juga terasa tertekan) saya sudah mendidik diri (dan hati) untuk terus gigih dan kental walau berapa teruk pun saya ‘dibuli’ atau diarah  untuk sesuatu yang saya rasa berat sebelah. Bila saya set minda saya untuk sentiasa positif camtu dengan buat tak pot pada hal yang kurang berpekdah (such as pot pet gossip hal peribadi or kutuk orang atasan), saya dapati saya boleh fokus pada kerja saya dengan lebih baik.

Cukup lah saya berani kata pada diri sendiri dan tulis di blog: bahawa saya sangat komited dengan kerja, gigih untuk maju dalam kerjaya dan saya bukan jenis cincai macam setengah orang yang buat kerja lebih nak penting diri sendiri saja. Saya sentiasa pegang kuat pada prinsip, hasil kerja yang baik akan memberikan ganjaran yang baik samada lambat atau cepat. Tidak kira apapun bentuk ganjaran itu. InsyaAllah...

Tayang-tayang:


Boleh campur. 3 bungkus = RM5 or sebungkus RM2.

Jajan waktu petang yang paling popular paberet saya ialah Maruku Pagoda. Saya beli dari pelbagai ‘versi’ samada timbang kati di supermarket (selalunya Aeon Maluri) atau stall roda tiga dekat stesen LRT, or stall kecik depan bank dekat rumah... or yang ready packed jenama Tesco.

Lama-lama ramai pula rakan sekerja saya yang terikut gemarkan maruku ni, lalu selalunya saya jadi tukang beli.


Walaupun di lantai work station saya, ada yang berniaga jajan e.g. kacang dan kepek lain, tapi Maruku Pagoda sentiasa mendapat sambutan.

Cuma jangan makan banyak sangat, sebab rempah maruku boleh buat kita sakit tekak dan batuk. Macam saya sekarang... huhuhuhu! Pantang makanan bergoreng dah masuk minggu ke-3 dah nih...!





 ~...walau sedia tahu juga sedia maklum HISYAM bukan penggemar siput kerana bimbang gout tak mampu berpaut, tetapi setiap kali SERI BULAN diajak ke jeti di sebelah baruh dia sudah dikenal pasti sebagai pemborong kepah tanpa sepah sehingga Mak Utih tak upaya menolak permintaan si anak kesayangan yang sanggup makan sampai tahap ‘calat tunggoi’...~




Thursday, September 26, 2013

WW: Bila nasi menjadi bubur... [tiada kaitan dengan kes bini Mat Yo!]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-09-2013


Fitrah kita. Manusia biasa. Ada beberapa perkara kesilapan dek kelemahan, menjadi keterlanjuran lalu mendorong pula kita untuk cuba melupakan. Baik juga jika cuba mengelakkan ianya terjadi lagi. Lebih baik pula, bertekad untuk tidak mengingati, mengulanginya lalu insaf.

Lebih malang, apabila kita tidak pernah rasa bersalah melakukannya.


Bubur Nasi + Telur Masin. Menjadi sarapan orang demam semalam.


Kes bini Mat Yo? Google saja la. Saya tak pernah minat Mat Yo!
Sejak dulu saya minat arwah Mokhtar Dahari, Khan Hung Meng, Serbegeth Singh jer....!





 ~...semalam yang kelam dirasai oleh SERI BULAN begitu seram bagai terjunam ke dasar jeram, kerana HISYAM benar-benar lupa memasang lampu pelita di tiang ampaian sehingga bulan pun ikut bermuram durja lantas ingin pula dia berdendam menarik wayar ke tingkap dapur untuk menyuluh laman Teratak Nyatuh yang nampak indah di malam hari bagai dipancar kilau permata....~




Tuesday, September 24, 2013

Pakai hitam? Ada aku kesah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-09-2013


Saya sangat hargai begitu banyak komen-komen menarik dan positif lagi bermotivasi di entri saya sebelum (juga sebelum-sebelumnya). Walaupun saya tak berkesempatan BW ke blog anda sekalian, juga membalas komen di entri sendiri, tapi saya sentiasa baca.

Saya masih dedar terutama menjelang petang, dan demam sedikit (read: suhu badan naik) apabila malam. Tapi degil (memang dasar keras hati), saya makan ubat dan paksa diri pegi kija. So hari ini tetap kija wpun saya masih dalam zon tak selesa. Batuk dan tak selera makan. (Bab tak selera makan tu, kompom la ramai tak percaya).

Syukur semalam Senin, kami ‘dilepaskan’ awal. No OT. Apalagi, melompat la bila dapat balik kul 5:00pm. Sekarang ni terasa waktu rehat adalah sangat bermakna.

(Ada beberapa perkara terpaksa dikorbankan bila rutin kerja saya begitu ketat, terutama saya tak banyak waktu untuk duduk sama-sama bebudak time depa buat keja skulah.)

Secara peribadi, beberapa hobi dan minat selama ini pun terpaksa dikekang. Banyak novel-novel yang saya beli awal tahun ritu masih berplastik, dan ada yang baru suku dibaca. Sedih. Sebab selama ini novel-novel banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya peminat Sastera sejak sekolah menengah. Saya minat puisi, minat sajak. Saya score A1 dalam Sastera masa SPM. (Opsss!)

Lately pula, ada banyak novel-novel hebat di pasaran yang kini di‘siri-drama’kan. Saya ada banyak novel yang tersenarai tu. Yang sekarang dok tayang ialah Kampung Girl tiap Jumaat. Akan datang, drama dari novel ‘Jodoh Itu Milik Kita’. Saya dah pernah ulas beberapa novel tersebut. Antara entrinya > Jodoh Itu Milik Kita. (Saya perasan entri tu menjadi semakin banyak diklik orang)

Tayang-tayang (sebuah khidmat sosial):


*Pesanan masyarakat oleh BHMetro.


Sebenarnya, hitam pun antara warna paberet saya. Saya ada banyak T-shirt kaler hitam. Adakah saya akan menjadi orang yang disyaki kelak? Hahahaha!






 ~....SERI BULAN sungguh merasa terpaksa bilamana harus berdepan dengan sesuatu yang dipanggil “bizarre”, dan tanpa HISYAM, segalanya terasa begitu pelik lalu memaksa dia memberanikan diri berjalan sendiri di denai basah lembab di remang senja menyusul HISYAM di balai raya kerana sibuk mengajar anak muda bermain gitar tua....~




Thursday, September 5, 2013

Jalan-jalan ke Utara: kenduri enam beradik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jumaat
05-09-2013


Sebenarnya tujuan utama saya balik ke PB minggu lepas atas tujuan utama, kami berkenduri. Sebenarnya berkenduri (doa selamat or tahlil) selepas Raya, adalah tradisi keluarga kami sejak dulu lagi. Sejak My(arwah) Ayah dulu lagi, selalu buat kenduri 2,3 hari lepas Raya. Time gitu, selalunya kami adik beradik masih berkumpul di kampung, di Rumah Biru. Lalu kenduri akan terasa lebih meriah wpun sekadar kenduri tahlil yang jumlahnya tak seramai kenduri kahwin. Tapi tetap meriah, sebab itulah time gathering kami yang happening.

Kerana Rumah Biru sudah tidak dihuni lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan kami berkenduri di Taman Damai, rumah MyKakYang.


Dalam famili, kami ada enam perempuan. So kali ini, sangat best sebab semua saudara perempuan saya balik berkumpul. So, setiap orang (except me...) masing-masing ada ‘potluck’ masakan. Myadik-adik memang handal masak. So menu Laksa, Mee Kari, Mee Kuah sudah ada tukang masaknya. MyKakak pula masak Nasi Daging. MyAnak Buah buat Rojak Buah.



Saya suka ini. Lemang Daun Pisang (ketupat pulut + kacang putih). Sumbangan ‘beras’ MyKakYang. Ahhh “sedap habaq hang!”



Menu tradisi. Ikut resipi My(arwah)Ayah. Daging Masak Merah. Hasil karya sapa ntah. Adik or kakak saya?



Antara yang sempat disnap, sebab saya jadi bibik sepanjang hari tu.


Nampak tak sudut sate di hujung sana? Terbaekkk...!



Kuah kacangnya ‘kureng’ tapi satenya... “sedap habaq hang!”



Majlis kenduri +  majlis Raya. So ramai sedara mara kampung yang hadir, memberikan kemeriahan dan saya sendiri rasa gembira. Terharu jumpa sepupu-sepupu yang jarang kami jumpa.



Puan blog yang perasan. With myanak buah; blogger CIKINTO.


So, Azie masak apa? Kerana dia yang paling tak pandai masak, so dia jaga air saja. Mujur pun laku.

*Sori Berlori sebab tak cukup masa nak BW, and many thanks for your comments!






 ~...rindu itu macam air hujan yang turun lebat pagi itu sehingga daun getah yang muda pun hampir gugur semua, dan HISYAM termangu di serambi bersama gebar sambil menanti SERI BULAN melempeng kelapa di dapur kayu...~




Friday, August 30, 2013

‘Colek kelapa kering’ menjadi kenangan masa kecik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
30-08-2013


Perasan tak? Jerubu kembali semula selepas kita beraya. Syukur juga tak ‘mengganas’ masa bulan posa ritu. Kalu idak, ramai ler yang sakit tekak dan demam.



Ini pic pagi tadi masa nak masuk area tempat kija.

Semalam bercerita pasal masa lalu, tentang kesusahan kerja kampung vs kerja di bandar. Saya terus teringat zaman kecik saya pernah beberapa tahun kerja sambilan di kampung. Rumah jiran saya menguasahakan kelapa kering (kami sekeluarga pun buat juga, tapi tak banyak). Saya pernah ambik upah kopek kelapa kering (read: kopek isi kelapa yang separuh kering [selepas dijemur/or disalai], keluar dari tempurung. Upah dikira berapa banyak isi kelapa dalam bakul.

Memang sakit tangan, so kena guna sarung tangan. Alat ‘pencolek’ tu dari besi macam sudu berhulu kayu. Entah kat mana boleh jumpa lagi alat camtuh... Saya cuba Google pun tak jumpa.

*Pic Google

Lebihkurang gitu ler gaya mengorek isi kelapa tuh... Tapi idak ler saya pakey suar pendek camtuh. Hahahaha!

Memang saya terkenang sungguh zaman tu. Upah yang tak seberapa sen tu, tiba-tiba menjadi nostalgia yang sayu pula.

Okeh... lets tayang-tayang:


Sejak area taman saya dah seminggu dua ni asyik on-off jer air, saya hilang mood nak memasak sakan-sakan. So, malam tadi saya makan di kedai jer. MyToklaki tingin nak makan Sup Ekor. Ok jerrrr...


Saya order Nasi Goreng USA. Tiba lewat, semasa Sup Ekor MyToklaki dah susut. Standard macam biasa; Air Tembikai, but this time no Laici. Takpa, janji kenyang kentang! Bukan susah nak jaga bini macam Azie ni. Ehh.. ehh tiba-tiba!


*Saya bercuti sehingga Senin depan. Harus tidak update apa-apa sepanjang cuti itu.





 ~...HISYAM merungut pisau toreh sudah separa karat lalu pokok getah terluka teruk tetapi Pak Utih mengadu pokok terguris parah seperti hati SERI BULAN yang sedang penasaran menanti janji ikrar yang pernah disebut dulu, HISYAM lalu mengakui sesuatu yang sedang berlaku di persekitaran Kampung Separuh Desa membuatkan dia serik untuk mengukir senyum, takut untuk menawar khidmat dan tidak lalu berselera untuk makan percuma...~




Thursday, August 29, 2013

Target entry ~ bila lelaki makan bersudu, yang jantan makan bergerapu, saya cuma ada tangan gebu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam Jemaat
29-08-2013


Dah Khamis?

Alahai... cepatnya. Time flies! Tak sedar pun. Baju tak packing lagi. Esok nak outstation. Cewahhh... macam bagus jer? Bukan pasal kerja pun, tapi urusan peribadi.

Update pun dah berselang hari. Semalam nak update gak something (macam ada many things, tapi... elehh), balik rumah malam semalam, satu taman kami blackout. Tido jugak yang best.

Sebenarnya saya target tahun ini nak cuba dapatkan entri sebanyak 500 (or jika boleh biar lebih). Saya pernah ada rekod 500 entri pada tahun 2011. Tak rancang, tapi secara tak sengaja saya berjaya tulis genap 500 entri. Amboiii perasan banyak.


Tapi dah masuk August, baru ada 288 entri jer. Takkan la saya nak tulis sekadar 4,5 baris semata-mata nak jadikan entri. Tak puas nanti.

Tayang-tayang:


Port paberet saya sejak berlegar di area KD. Restoren (Kelantan) Mak Uda, Subang Pinggiran. Menu lauk nasi campur ada berpuluh-puluh jenis. Tapi tiap kali datang, mesti cari Anak Tuka Bakar. Air Tembikai Laici. Kadang-kadang siap tapau Sup Tulang untuk dinner, dan Cucur Udang enak untuk minum petang > perhhh bunyi macam dasat benor si Azie ni makan. Memang pong!



Pernah nampak or alami situasi gini? Yang pompuan (aku ler tuh!) enak jer menyuap guna tangan nan gempal gebu(s), tapi yang lelaki-lelaki bukan main sopan kuis Ikan Bakar guna sudu gerapu. Elehhh... nyampah tau. Tak macho okeh!






 ~...bila tiba musim hujan yang berselang hari dengan guruh dan guntur, HISYAM sudah mula mengira berapa baju basahan yang akan dilenjan, SERI BULAN sudah diberi tudung mengkuang yang baru dianyam dan Mak Utih mula mengira berapa tangkai mangga akan berbuah lebat dan Pak Utih mula bimbang akan belimbing buluh yang gugur ke bumi bila ayam bertenggek di dahan kala malam hujan dan bulan mengambang...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails