Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Festival Gamelan UKM 2013: gambar yang banyak ini sebagai penghargaan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
11-11-2013


Sabtu lepas, 9 November saya memenuhi jemputan (sama seperti tahun lalu) dari seorang kakitangan UKM (yang juga rakan blogger) hadir di Festival Gamelan Malaysia UKM.

Kalu tahun lepas, kami hanya pergi bertiga, kali ini undangan diperluaskan kepada beberapa lagi rakan-rakan (terutama teman blogger) untuk hadir memeriahkan festival.


Seperti tahun lalu juga, penyertaan adalah dari universiti-universiti tempatan yang mengambil bahagian bermain muzik gamelan dengan cara masing-masing. Kreativiti mereka sangat memikat dan diserikan lagi dengan beberapa persembahan tarian yang berwarna-warni dan indah.

Bagi yang tak minat seni, mungkin tak gemar, tapi saya suka. Kebetulan kami dapat seat paling hadapan (sebaris di belakang seat VIP) lalu peluang ini sangat baik bagi saya selaku blogger yang pasti nak snap banyak-banyak....!

Dan entri ini ada banyak gambar. Semua gambar diabadikan di sini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua mereka yang terlibat memartabatkan seni muzik tradisi budaya Melayu yang kurang diberi perhatian sebelum ini.



Persembahan pembukaan oleh kumpulan penari UKM.


Kami berada di belakang VIPs, so pic saya turut terakam meja bunga dan gelas air. Abaikan.


Persembahan gamelan dan tarian dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Universiti Islam Antarabangsa. Serba putih.


Persembahan mereka sedikit berbeza. Ada monolog (or dialog?) yang dibaca dalam dialek Jawa. Tentang sejarah bermulanya muzik gamelan. Menarik sekali pelajar ini menuturkan bahasa Jawa.

Lagu mereka yang rancak ini bertajuk Carilah Cari juga memikat hati.


Ini dendangan lagu diiring gamelan dari Kumpulan Gamelan Citra Nusantara, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Antara lagunya ialah Ikan Kekek dan lagu lama Anita Sarawak. Saya lupa tajuk tapi menarik juga lagu retro di‘gamelan’kan.

Next:
Kumpulan Gamelan Seri Bayu, Universiti Tun Hussein Onn.


Yang di atas ni, saya betul-betul tak ingat dari uni mana, sebab saya tertinggal buku aturcara. Hanya mengharap sedikit nota yang saya taip di note hp.

Next:


Kumpulan Sanggar Kirana dari Universiti Petronas. Yang menjadi kumpulan yang saya nanti-nantikan. Kumpulan yang paling mendapat tepukan ramai. Paling meriah dan kreatif. Suka tengok ahli kumpulan ini yang bermain rancak, hebat, meriah dan ceria penuh gembira. Jelas sekali depa sungguh enjoy bermain gamelan.


Gaya persembahan depa pun sangat kreatif dan mengujakan...!


Untuk info, Kumpulan Sanggar Kirana sudah menerbitkan album pertama gamelan mereka di JW Marriot pada September lalu. Hebat! Dikatakan, kumpulan ini juga sering mendapat undangan membuat persembahan.

Saya suka nak boh gambar depa banyak-banyak...!




Mendapat tepukan dan sorakan paling meriah. Kostum depa pun nampak moden tahun ini. Beberapa wajah mereka juga dapat saya kenal turut bermain tahun lepas.

Next:

Kumpulan Gema Gamelan, Universiti Tenaga Nasional (UniTen).



Persembahan penutup: lagu Muha Hayo yang dipimpin oleh... hmmm memang saya lupa terus nama insan yang memimpin persembahan terakhir ni. Sori Berlori (saya lupa nak note dalam hp)


Persembahan penutup. Gabungan semua peserta festival.





Antara teman-teman blogger yang turut memeriahkan festival.


Terimakasih kepada korang yang terlibat! Terutama kepada teman blogger ‘tuan rumah’ yang menjemput kami.

Setinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta Festival Gamelan 2013 kerana berusaha memartabatkan muzik budaya dengan begitu cemerlang sekali. Semoga terus maju jaya dalam bidang seni ini juga bidang akademik anda.

Andai ada info yang tersilap di mana-mana, maafkan saya dan mohon untuk membetulkan sebarang kesilapan di ruang komen. Terimakasih.

Entri lain tentang gamelan ini turut ditulis oleh rakan blogger saya di SINI.



 ~...antara muzik lembut gemalai yang nampak sangat melambai, HISYAM ternyata tidak pernah tahu ada lenggok dipanggil joget kerana SERI BULAN tidak bercerita tentang muzik di kampung juga ada yang boleh melenggokkan kepala dan merampingkan pinggang tetapi apabila Mak Utih berkata, joget lambak buat orang gelak selambak dia teruja hendak menunjuk bakat sambil cuba berlagak hebat...~




Monday, October 7, 2013

“Karya sastera PERLI...”’: editor Sinar Harian terlepas pandang?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
07-10-2013


Saya jarang dah beli paper sekarang. Saya baca berita secara online saja, tengok berita di tv dan kadang-kadang di radio.

Semalam saya baca berita online dan ternampak tajuk berikut di web Sinar Harian:


(Abaikan iklam BMW X5 tuh).

Tidak sepatutnya tajuk besar sebuah berita boleh silap sebegitu. Kerana dengan hanya satu ‘character’, ia akan membawa makna yang lain, yang sangat berbeza. Nak salahkan siapa? Wartawan yang taip atau editor yang tak semak?

Kita boleh terima beberapa kesalahan ejaan dalam tulisan kecik yang lambat ‘ditangkap’ oleh mata, tapi please... come on lah! Ini tajuk besar.

Bertahun-tahun (I can say, puluhan tahun) bekerja dengan buku dan ejaan, saya ada suatu kelebihan di mana, mata saya cepat dapat menangkap sesuatu ejaan yang silap walau dengan sekali pandang. Even buku tu English sekalipun, saya boleh rasa ada yang silap jika saya nampak sedikit ‘lain’. Kata orang, kita mungkin tak pandai bercakap, tapi ada orang pandai menulis dan boleh mengesan vocabulary yang tepat.

Dialog dalam filem P.Ramlee: Bahasa jiwa bangsa, tau!

Cerita lain yang berkaitan:


Ya, of course la saya perasan. Saya pernah menang esei terbaik masa Form 6 dulu. Hahahaha ..! (apa kaitan ntah...)

Memang lately saya suka gunakan tajuk entri yang panjang. Tak tau kenapa. Saya suka dan rasa sedap dibaca.




 ~...ketika Mak Utih begitu teruja hendak melayan kehendak HISYAM yang kepingin merasa apa yang disebut orang sebagai juadah penganan, SERI BULAN mula terasa dia masih perlu banyak belajar hal rumahtangga kerana seorang HISYAM yang walaupun pernah berada bertahun di negara empat musim rupanya masih kuat jati diri sebagai orang Tenggara yang suka belacan dan jajan juga masih gemar wanita yang berdandan...~




Saturday, February 9, 2013

Chinese New Year tanpa limau...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-02-2013


Walaupun Tahun Baru Cina 2013, tahun Ular Air dianggap sebagai tahun yang tidak stabil oleh sesetengah peramal, tetapi setiap orang yang menyambutnya sentiasa mengharapkan yang baik dan kemakmuran untuk kehidupan mereka.

Saya ada ramai kawan Cina. Kami mesra dan tak pernah berbalah. Malah banyak kali juga kawan-kawan Cina saya datang ke rumah bila open house Raya dulu-dulu. Maklum saya memang kerja dengan company bukan Melayu.

Setiap tahun menjelang Tahun Baru, semua staf akan diberi 8 biji limau mandarin seorang beserta angpau oleh bos. Hamper juga diberi sama rata.

Selepas bercuti biasanya ofis memang akan tutup seminggu, kami akan dibawa pula makan-makan di hotel atau restoren. Masa tu memang seronok sebab semua orang akan gembira dan wajah pun semua happy. Angpau company pun sangat best. Bonus jangan cakapla.. Kalu time tu saya pandai pasal Bandung, gerenti saya pegi joli sakan ke sana. Hahahaha...!

Itu adalah rutin tahunan saya berada di bawah syarikat bos Cina, sejak 1990 lagi... sehingga 2010, bila pada tahun 2010 berada di bawah syarikat baru... suasana sebegitu semakin tidak dirasai lagi.

No limau, no Lion Dance. Cuti pun cuma public holiday saja, no cuti extra. Walhal MyBoss adalah Cina. Memang pelik dan akhirnya semua staf dapat menerima yang bos memang tak meraikannya. Walau ada yang mengata MyBoss seorang yang kedekut... mungkin juga. Nak dapat sebiji limau pun susah walaupun 4,5 kotak memang ada dihantar oleh beberapa orang client.

Sepanjang hampir 3 tahun di situ, cuma sekali sahaja kami dibawa makan di restoren sempena Tahun Baru Cina. Selebihnya, kami lebih suka membeli sendiri limau mandarin yang rata-rata memang murah di musim Tahun Baru Cina.

Saya suka limau mandarin. Saya suka Lion Dance. Saya suka kacang tanah. Saya suka cuti. Hehehe saya memang sedang bercuti panjang!



Ini pic tahun lepas, masa Chap Goh Mei. Ada sambutan di taman kami. Lion Dance tu yang best. Harap-harap tahun ini ada lagi sambutan Chap Goh Mei so saya nak pegi tengok singa tu dekat-dekat lagi!






 ~...SERI BULAN suka binatang juga, tetapi kerana adakalanya bertemu dengan manusia bersifat binatang dia ingin sekali belajar lebih tahap Silat Gayung untuk menampan diri sejak kes lelaki durjana cuba panjat tingkap biliknya sehingga HISYAM menumbuk dinding retak seribu...~




Monday, January 28, 2013

Cempuling Klasik: saya baru tahu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-01-2013


Saya sengaja membuat entri khas tentang kumpulan sedondon merah ini. Kumpulan ini menjadi kumpulan muzik tradisional yang dijemput khas di majlis walimatulurus Awatif, seperti dalam entri sebelum ini.


Pengacara majlis menyebut nama kumpulan ini Kumpulan Cempuling Klasik.

Saya Google tentang cempuling klasik ini dan membaca banyak maklumat tentang kumpulan muzik tradisional ini berasal dari orang keturunan Jawa. Malah ini menjadi salah satu warisan kesenian Jawa yang masih (dan semakin) popular di majlis-majlis terutama perkahwinan.

Oh saya baru tahu...

Dari mula kami sampai di dewan Restoren Zam Zam ini, lagu dari mereka tidak putus langsung malah sangat segar di telinga. Saya suka sebab saya gemar muzik lama, lagu lama yang malar segar dan mengasyikkan. Apatah lagi didendangkan secara live begitu. Berkali-kali saya sengaja lalu lalang dekat situ untuk melihat lebih jelas (dan snap pic la tentunya).

Pengacara memperkenalkan mereka ini dari Sepang, Selangor (tetapi dari Google, saya baca banyak kumpulan seumpama ini dari Tanjong Karang, Sg Sireh, Sungai Besar...). Malah beberapa orang pemain muzik dalam kumpulan ini hampir semuanya bermula dengan ‘Wak’.

Lagu-lagu kebanyakannya berirama lembut, lagu dari zaman P.Ramlee, zaman Sudirman, lagu yang bersesuaian dengan tema pengantin, lagu Ayam Den Lapeh pun ada... lagu duet dengan Saloma pun ada, lagu Rafeah Buang, Ahmad Jais.... malahan lagi Hindustan “Mann” pun ada...!

Oh saya suka...!


Saya kagum kerana penyanyi wanita itu masih muda, tetapi boleh membawakan lagu retro, lagu klasik dengan baik sekali. Cuma part lagu Hindustan tu saya rasa lenggok dia kurang menjadi. Maklum hafal lirik agaknya... atau mungkin juga baca lirik di depan tu.

Yang pasti tetamu sangat terhibur dan majlis menjadi meriah sekali.

Dan sedikit kesal pula, saya lupa meminta namecard kumpulan ini ketika pengacara majlis ada menyebut beberapa maklumat dan mempromosi kumpulan Cempuling Klasik ini.





 ~...wayang pacak dilihat sebagai acara tradisi yang menjadi rebutan dan sebutan ramai warga Kampung Separuh Desa, tetapi HISYAM menyebut acara itu sebagai acara klasik yang mengusik jiwa kerana setiap kali duduk berlunjur di atas bendang yang keras merekah dia turut merasa betapa kerasnya hati SERI BULAN tidak mahu ikut berduaan ke Tenggara...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails